bukti hidup CP9, koi berjaya........
peralatan yang digunakan sewaktu orienteering
Tarikh: 30/09/2009
Tempat: Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam
Dengan bersemangat seawal jam 0700 pagi koi dah bertolak dari rumah menuju ke Shah Aalam, sampai Bangsa ambil yatie kat rumah dia, takut terlewat koi pecut gila kereta kebal koi, melantun-lantun dibuatnya. sampai Bukit Cerakah jam 800 pagi kedai makan tak bukak lagi nasib baik si Yus dan Sapiah bawah buah tangan dari Sabah, dah lapo kuih cincin pun jadi lah buat alas perut. waktu hujan bertambah lebat. ada juga kutu yang membebel tak nak buat, takut demam lah, nanti kalau demam tak bolih buat kerja la... kalau hujan mcm ni selewat-lewatnya jam 1200 thg nanti baru berhenti, koi ajak makan pun tak nak. banyak betul alasan budak nie. Tak tahan dengor koi ngan mala terus bla isi perut kat kedai makan. mee goreng telur mata & teh tarik, lega.....
mcm biasa taklimat dulu.....
Jam 0830 pagi En. Hisyam sampai, entah ilmu apa yang beliau hujan pun berhenti, padan muka budak tu, banyak sangat alasan. setelah selesai taklimat kami pun dilepaskan, koi peserta yang ke 8, sebab malas nak baca peta CP1 koi dah kantoi, CP1 koi terus tuju kat pejabat dekat pintu masuk, nasib baik org pejabat kasi tahu tempat basikal kat mana. CP2 (surau) tak jadi masalah, bila saja koi nak menuju ke CP3 di kandang rusa koi terjumpa kad kawalan yg tercicir, ingat nak buat dajal rupanya member (ina) punya, dari jauh koi lihat dia terkial-kial mencari kadnya. dari CP3 (kandang ruda), CP4 (kolam) kami jalan seiring, bila je menuju ke CP5 Simpang Empangan Air Kuning Ina dah tinggal kan koi, koi bab-bab panjat bukit ni memang kalah sikit.
OPSSS!! ada kad cicir yaaa..
Sampai je Simpang Empangan Air Kuning lutut koi mengigil ketakutan dan keletihan panjat bukit. baru koi sedar tempat tu lah yang berhantu... tempat lembaga putih terbang.. bayang Ina dah lama lesap, koi terpinga-pinga waktu tu koi dengar suara riuh rendah seperti ada acara sukannika sedang berlaku di kawasan empangan tersebut.
perangkap yang disediakan untuk kami, kantoi gak laa si Rino
Koi baca baering tak jumpa, dok tengah kalut-kalau sampai En Hisyam dan En. Apize, sambil bertanya "kak koi lepas ni ke mana" CP6 kat Taman Orked, cuba baca kompas tanyanya lagi, puas koi cuba tak dapat, beliau cuba bantu koi rupanya ada kemera kat bawah kompas tu yang kompas jadi biul. lepas ucap terima kasih koi pun bla tapi yang seramnya sepanjang jalan koi masih lagi dengar suara tersebut hanya tuhan saja yang tahu perasaan koi waktu tu. nasib baik dalam perjalan koi terjumpa En Yasser hilang sikit takut koi. sampai CP6 (Tmn. Orked), CP7(menara), CP8 dah tak takut sebab jumpa ramai peserta lain, yang lucunya bila di CP8 koi jumpa semula Ina kami pun terus joint semula untuk cari CP9, sewaktu menuju ke CP 9 koi sempat jugak singgah beli air 100plus lega... air meniral(1 liter) yang koi bawak tadi kat CP7 lagi dah habis. sewaktu di CP9 koi tenguk Ina macam dah tak larat sakit kelengkang katanya koi sakit jari kelengking nampaknya kami jalan hanya guna 3 selender le...
Koi dan Ina berpakat nak ikut jalan pintas le konon, tersesat la pulak... terjumpa M/kar peronda polis yang sedang memonteng kami tanya pada polis tersebut dia beri panduan belok kanan, terus... belok kanan, jumpa jambatan, terus... jumpa kawasan padi. kami pun pecut pusing-pusing tak jumpa yang kami jumpa tempat kami jumpa polis tadi, hampehhh penipu betul, rupanya jalannya hanya kat sebelah kereta polis yang parking tadi je kena lalu kebun durian baru jumpa kawasan padi di situ kami dah membuang masa hampir 15 minit. kalau tak dah lama kami sampai. Akhirnya kami sampai juga disambut tepukan meriah dari kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat. TQ semua.
walaupun letih masih lagi control ayu... Aktiviti hari sungguh mencabar koi terpaksa menghabiskan semua CP dengan mengambil masa yang agak lama iaitu 2 jam 20 minit. habis lemak semua turun. waktu dilepaskan jam 1031 dan tamat jam 1251 punya lah lama...letih jangan nak cakap, kaki, betis, peha, jari kaki semuanya sakit, bila nak naik tangga kat opis mcm ketam... masuk tandas!? by nombor bro... dekat seminggu gak baru nak baik.
Sebenarnya untuk menyedapkan hati, sebelum balik koi ajak Ina & Yatie dengan menggunakan pass bebudak degree kami masuk semula ke kawasan Empangan Air Kuning untuk memastikan adakah acara sukan berlaku disana, alangkah terkejutnya apabila sampai disana hanya terdapat 3 orang yang sedang memancing. waktu sampai Ina dan & Yatie takut nak turun dari kereta. koi terpaksa turun sebab nak ambil beberapa keping gambar, koi lihat tak seekor pun ikan makan umpan si pemancing, tapi ikan berenang-renang dalam air banyak, melihat keadaan itu koi pun cabut.
kami terus menuju ke Taman kaktus dalam perjalanan ke sana kami terjumpa Pegawai Pertanian Bukit Cerakah sedang memungut durian, kami pulak kaki durian dengan muka tebal koi bertanya "Cik tak jual ke durian ni? jual RM 3.00 sekilo, bila kata jual je kami pun tibai 5 kilo, makan sambil menghayati permandangan di situ sungguh nyaman...hari tu kami semua kekangan durian sampai nam makan nasi ayam pun dah tak lalu. Waktu balik masing-masing dalam kereta berlawa sendawa si yatie punya sendawa bergelodak keluar dari dalam perut punya le kuat baunya hingga kami terpaksa buka tingkap.... Apa-apa pun kenangan di Bukit Cerakah tak mungkun koi lupakan walaupun seram tapi seronok, kalau diajak pasti koi akan ikut serta.