Tarikh: 30/09/2009
Tempat: Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam
Dengan bersemangat seawal jam 0700 pagi koi dah bertolak dari rumah menuju ke Shah Aalam, sampai Bangsa ambil yatie kat rumah dia, takut terlewat koi pecut gila kereta kebal koi, melantun-lantun dibuatnya. sampai Bukit Cerakah jam 800 pagi kedai makan tak bukak lagi nasib baik si Yus dan Sapiah bawah buah tangan dari Sabah, dah lapo kuih cincin pun jadi lah buat alas perut. waktu hujan bertambah lebat. ada juga kutu yang membebel tak nak buat, takut demam lah, nanti kalau demam tak bolih buat kerja la... kalau hujan mcm ni selewat-lewatnya jam 1200 thg nanti baru berhenti, koi ajak makan pun tak nak. banyak betul alasan budak nie. Tak tahan dengor koi ngan mala terus bla isi perut kat kedai makan. mee goreng telur mata & teh tarik, lega.....
Koi dan Ina berpakat nak ikut jalan pintas le konon, tersesat la pulak... terjumpa M/kar peronda polis yang sedang memonteng kami tanya pada polis tersebut dia beri panduan belok kanan, terus... belok kanan, jumpa jambatan, terus... jumpa kawasan padi. kami pun pecut pusing-pusing tak jumpa yang kami jumpa tempat kami jumpa polis tadi, hampehhh penipu betul, rupanya jalannya hanya kat sebelah kereta polis yang parking tadi je kena lalu kebun durian baru jumpa kawasan padi di situ kami dah membuang masa hampir 15 minit. kalau tak dah lama kami sampai. Akhirnya kami sampai juga disambut tepukan meriah dari kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat. TQ semua.
Aktiviti hari sungguh mencabar koi terpaksa menghabiskan semua CP dengan mengambil masa yang agak lama iaitu 2 jam 20 minit. habis lemak semua turun. waktu dilepaskan jam 1031 dan tamat jam 1251 punya lah lama...letih jangan nak cakap, kaki, betis, peha, jari kaki semuanya sakit, bila nak naik tangga kat opis mcm ketam... masuk tandas!? by nombor bro... dekat seminggu gak baru nak baik.
Sebenarnya untuk menyedapkan hati, sebelum balik koi ajak Ina & Yatie dengan menggunakan pass bebudak degree kami masuk semula ke kawasan Empangan Air Kuning untuk memastikan adakah acara sukan berlaku disana, alangkah terkejutnya apabila sampai disana hanya terdapat 3 orang yang sedang memancing. waktu sampai Ina dan & Yatie takut nak turun dari kereta. koi terpaksa turun sebab nak ambil beberapa keping gambar, koi lihat tak seekor pun ikan makan umpan si pemancing, tapi ikan berenang-renang dalam air banyak, melihat keadaan itu koi pun cabut.
kami terus menuju ke Taman kaktus dalam perjalanan ke sana kami terjumpa Pegawai Pertanian Bukit Cerakah sedang memungut durian, kami pulak kaki durian dengan muka tebal koi bertanya "Cik tak jual ke durian ni? jual RM 3.00 sekilo, bila kata jual je kami pun tibai 5 kilo, makan sambil menghayati permandangan di situ sungguh nyaman...hari tu kami semua kekangan durian sampai nam makan nasi ayam pun dah tak lalu. Waktu balik masing-masing dalam kereta berlawa sendawa si yatie punya sendawa bergelodak keluar dari dalam perut punya le kuat baunya hingga kami terpaksa buka tingkap.... Apa-apa pun kenangan di Bukit Cerakah tak mungkun koi lupakan walaupun seram tapi seronok, kalau diajak pasti koi akan ikut serta.
No comments:
Post a Comment