Friday, August 28, 2009

MAJLIS PERASMIAN


Tarikh: 14/08/2009
Tempat: Falkuti FRS UiTM Shah Alam

VIP yang di Majlis Perasmian


keseronokan terpancar diwajah

Seawal jam 0800 pg Koi, Yatie & Ina dah menangok kat Falkuti FRS menunggu baju sponser yang dibawah olih Sapia untuk di pakai sewaktu perasmian nanti. Hari ni ada majlis perasmian sempena Program Explore Kapas Experiance Challange 2009 yang akan diadakan pada 14 - 19/09/2009 di Pulau Kapas. bila baju sampai alamak.. terangnya warna, oren pun orennnnnnnn lah asalkan baju free. TQ sapiah.


Perasmian bermula jam 0900 pg, kelihatan ramai juga pensyarah yang datang, ada juga wakil dari Caw. Latihan Bukit Aman, PDRM. Majlis pagi itu dirasmikan oleh En. "BOB", tahniah kepada bebudak degree kerana dapat mengelolakan majlis tersebut dengan jayanya siap tayang video explore yg lepas-lepas lagi, tu yg menambahkan semangat kami nak pergi. macam seronok aje.

Perasmian selesai jam 1130 pg, ingatkan lepas perasmian ada makan-makan hampehhh, dengan perut yg berdondang sayang kami terus pergi ke stor untuk loading barang, disana 3 buah lori PRDM dah menunggu, selesai di stor kami kena loading barang basah kat asrama Melati pulak, tak ada seorang PLK lelaki yang bantu kami sewaktu di sana, apa lah ko org ni asyik kencing je malu le sikit dengan adik-adik ni, tinggal Koi, Yatie, Kamisah, Liza & Ina je yg lain semua dah cau dulu. buat le selalu perangai mcm tu.

Nak bertolak jam 0400 ptg, jam 0300 ptg masih kat UiTM apa lagi masing-masing mcm lipas kudung, sampai rumah ambil barang dengan tak mandi terus je pergi ke PULAPOL, KL. siap leoding tepat jam 0500 ptg kami bertolak ke IPD Marang.

Jam 0710 ptg kami singgah sekejap di Temerluh, nak ambil periuk nasi & tarmus nasi yg koi pinjam dari mak di kampung, entah mcm mana bas dah terlajak hingga ke RR Temerluh, terpaksalah adik koi hantar barang tersebut ke RR, sementara tunggu adik sampai ramai mencuba makan ikan patin masak tempoyak yg terkenal di Temerluh, Pahang, ramai yg memuji keenakannya. setelah adik sampai 5 minit lepas tu kami pun menyambungkan perjalanan semula.

Koi tenguk ramai yg tido, koi tak dapat lelapkan mata sebab seronok sangat. jam 1020 malam kami singgah sekali lagi kat makan, koi tak makan asyik mencari baju hujan, takut nanti kat Pulau Kapas hujan, lagipun En. dah list kan suruh bawak. kat kedai makan tv menayangkan cerita tarzan 2 baru je nak layan kutu dah ajar jalan semula.

Tepat jam 0100 pg kami sampai di IPD Marang, teramat cantik dan canggih IPD Marang, bangunannya semuanya masih baru, kalau nak banding dengan IPD Sentul 100 kali cantik IPD ni. Setelah si mamak berbincang kami terus menujuk ke surau IPD , kami dibenarkan berehat sebentar di surau menunggu hari siang, kami dapat tahu adik-adik degree tido.

HARI PERTAMA - IPD Marang/Jeti Marang/Pulau kapas

Tarikh: 15/08/2009 - Hari Pertama - Jati Marang/Pulau Kapas


gotog royong pasang kemah


Kumpulan 1 -Koi, Ina, Khairol & Brain - geng P.Kapas

tiada siapa yg bolih mengambil beg sehingga semua kemah siap dipasang


heh....gitu ropenye bila kena maroh

Tepat jam 0100 pagi kami sampai di IPD Marang, Fuhh lamak cantik sungguhhhh.... bangunan, peralatannya, berek, semuanya masih baru, kami dibenarkan berehat sebentar menunggu siang di surau, Koi, Mala, Atikah, Pah tak dapat tido dan Koi terus mandi ingatkan dan pagi rupanya jam baru 0300 pg. lambatnya.... siang tak sabo nie. Dok tengah melamun ada pulak seorang mahluk ganjil cuba nak curi beberapa ekor kambing tepi pagar IPD nampak je muka koi apa lagi kutu pun cabut.......waktu diaorg hanyut dibuai minpi, koi masih sibuk cari charger h/phone bontot besar tak jumpa2 rupanya dah tertinggal.

Pagi
-
Baru jam 0700 pg kami dah berkumpul ada yg pergi sarapan, alih-alih waktu Koi, Zalina & Kamsiah nak gi sarapan si mamak ajak gi pasar beli barang basah untuk makan tengahari yg lain naik bas menuju ke Jati Marang. Tengah sibuk-sibuk cari ikan, ayam dan bahan-bahan nak masak tomyam, ada pulak kutu yang pesan ikan masin melilau kami cari untuk makan 90 org, rupanya untuk fesi 10 org makan jee. patut le bagi duit ciput.
Jam dah menunjukkan 1000 pg kami yang kat pasar ni tak dapat makan lagi, perut koi dah berdendang sayang, tapi tak pe, bak kata pepatah "kalau buat baik akan dibalas baik" tak semena-mena ada pulak geng lama mamak dari PULAPOL belanja kami sarapan pagi, alhamdulilahhh. Apa lagi, koi belasahlah nasi dagang, teh tarik gelas besar punyaaa. cayalah memang lain rasanya kalau dibandingkan dengan nasi dagang kat KL. rugi koorg tak cuba tau. Waktu kami sampai kat Jati Marang koi tengok mereka salah tempat sepatutnya kami naik bot kat jati Perikanan Marang sebab tempat tu ada kren angkat barang, Puas jugak lah si mamak pujuk barulah Peg. Marin tu setuju nak tukar tempat, TQ Mamak...disebabkan salah tempat terpaksalah kami loading barang tanpa guna kren meleleh poluh padan mukoo. koi dimaklumkan yang En hisyam dah naik anginnnn sebab lambat. ni yang koi takut ni. Akhirnya dapat juga kami berlepas... untuk ke Pulau Kapas koi naik bot marin yg kecil sebab laju sikit, biar cepat sampaiii, kami trip yg pertama sampai semua perempuan ada 1 org je lelaki itu pun yg jenis dua alam, mcm nak putus urat perut dan urat kentut angkat barang, masa sampai tadi koi nampak ada seorg lelaki gemuk, botak, muka bengis berkaca hitam tercegat kat bawah pokok tepi pantai sambil berkata "Apasal Lambat, mana yg lain?, kumpulkan semua PFD dan beg kamu satu tempat dan pergi kemas dan pasang kemah sekarang!!! dalam hati berkata manalah yg lain ni, kalau nak kena marah pun biarlah semua kena, setelah selesai kami kemas dapur dan pasang kemah barulah kaum ADAM sampai lega... tak payah pasang kemah pusat & kemah peralatan bukan apa, koi bukan ingat sangat pasal knot ni kang ikat-ikat runtuh pulak kemah satu hal pulak.

Tengahari - Kami dihidangkan dengan nasi lauk tomyam adik-adik yg masak, kami dipaksa makan cepat-cepat sebab banyak kerja yg masih tertangguh lagi pun hari dah hampir gelap, tapi ada pulak yg terasa hati dipaksa makan dan katanya tak menghargai rezeki. sampaikan hamba tu tak nak makan, dengo kata merajuk. Setahu koi kalau tak makan tu yg tak menghargai rezeki kan En. Mazlin. kalau koi tak menghargai rezeki takkan badan kita mcm ni ya tak?.

Petang - Untuk alas perut petang tu koi cuba buat air milo dan masak jemput-jemput petang tu, tapi asyik kena panggil je sampai hangit jenput2 koi, mana daknya setiap 10 minit kena panggil sebab time utk pasang kemah pusat dah lambat, rasanya ada juga 7 kali kena panggil dah le pantai tu panas kena marah lagi tuuuu. Koi rasa kerja koi dah siap AJK Penempatan je, depa ni yg lambat bebenor buat keja.

Malam - Koi tolong masak nasi je sebab menu bebudak degree dah sediakan, ikan gorang & sayur gorang sedap juga diaorg masak, koi tolak batu ngan kayu je. asal kenyang koi bedal. Lepas makan, kami di ajar macam2 pengetahun yang berguna, kami diajar knot oleh En. Enjoy.... CPR & First Aid oleh En. Mazlin, tak garang pulak orang ni kalau siang tadi mcm Sarip Dol dari Pinang Sebatang. Untung malam tu kumpulan koi dibantu oleh En. Hisyam Alwi itu pun tak faham-faham, mcm mana nak masuk otak, mata dah kecil, tali pun dah tak nampak, kelas malam tu tamat jam lebih kurang 1230 mlm. TIDOOOO.

KEMAH 6 MAN TEN & 4 MAN TEN


Tarikh: 15/08/2009
Tempat : Pulau Kapas

Sampai saja di Pulau Kapas kami disambut dengan muka yang garang-garang, dalam hati sapa pulak yang kepala botak berkaca mata hitam bawah pokok tu....."yang lain mana"? dia bersuara. diaorang turun kat jeti Makcik Gemok. jawap salah seorang dari kami. sementara menunggu mereka sampai kami punggah barang-barang dapur. koi cuba bagi adik-adik air sebab kasihan melihat mereka kehausan angkat barang. sampai hati bolih dia rampas air tu dari adik-adik, lepas tu koi tanya dia, bolih saya beri air pada mereka? tanya koi, air ni, air awak ke? ya jawap koi, apa dia ingat kami minum air dia ke. susah payah le si mamak cari sponsor. tapi tak pe mungkin dia tak tahu, lagi pun En Hisyam dah berpesan kalau nak bawa air kena bawa untuk minum 80 orang. kira okey la tu.

Tempat orang walaupun marah kena tahan.....biasanya kita marah orang, ni kita pulak kena marah terasa juga.. apa bolih buat...

Siap kemas dapur, kami terus pasang kemah nasib baik koi ada pengalam sikit pasang kemah jadi tak lah susah sangat. kami masa tagging barang koi dah pesan supaya ambil kemah untuk 6 man ten sebab badan kami besar tak termasuk dengan barang lagi. Koi, Ina, Yati & Rose dah janji nak tidur sama. agak selesa tido kemah besar lah katakan.... tapi ada kutu yang yang degil bila koi suruh tagging kemah besar tak nak, nak tahu apa yang jadi!!? malam pertama mereka tak bolih tidur.....dah le sempit ada bunyi lagi, bayangkan kemah 4 man ten bolih tidur seramai 4 orang itu belum termasuk barang, dah le barang dengan badan sama besar...itulah orang tua cakap tak mahu dengar....kan dah susah..... dengar cerita esok pagi-pagi mereka tukar kemah yang lebih besar nasib baik ada kemah lebih kalau tak mungkin mereka tidur dalam kemah pusat kot.

Kepada mereka semua koi harap selepas peristiwa itu mereka akan sentiasa bolih menerima pandangan dan teguran orang lain bak kata pepatah "Yang Tua Dihormati Yang Muda Disayangi" tak gitu....!?.


ADUH SEMUT GIGIT AKU......


Tarikh: 15/08/2009
Masa: 1000 malam

Dah dapat kemah yang selesa, macam-macam barang bolih disumbat ya tak!? masa singgah makan malam semalam masing-masing pulun beli makanan ringan untuk bekalan kalau malam lapo. sewaktu bersantai petang tu kami sempat menjamah makanan ringan yang dibawa. itulah En Hisyam dah pesan kalau nak makan tak bolih sorok-sorok, akibat langgar arahan malam tu kami tidur ditemani semut-semut. apa lagi terpacul la satu suara "Aduh semut cicit aku......" olih kerana suasana malam tu gelap kami tak nampak sangat semut-semut tu jadi kami pun picit je benda-benda yang merayap dibadan kami.

Pagi tu bila kami bangun punya le banyak semut yang mati kena picit, untuk tak kena gigit lagi kami sedekah biskut yang kami bawa kepada rakan-rakan supaya cepat habis. nasib baik yang gigit tu semut betina, gigitannya tak laa kuat sangat tapi kalau semut jantan yang gigit malam tu mungkin ke hospital kami malam tu. kah, kah,kah...


HARI PERTAMA - W.CONFIDENT, PULAU KAPAS

Tarikh: 16/08/2009
Aktiviti: Water Confident - Pulau Kapas

Hari ini adalah hari pertama koi berada di Pulau Kapas, selepas aktiviti Jalan Lasak pagi tadi, petang kami disajikan pulak dengan aktiviti Water Confident, bunyi macam seronok, sampai berebut-berebut siapa nak kena campak dulu dalam laut. kami dapat kumpulan ke 2 kena campak dalam laut.

Bot kami yang dipandu olih En Enjoy mengalami kerosakan, mati pulak enjinnya, koi rasa mungkin muatannya berlebihan kot, mana taknya badan yg naik semua XXL, Koi, Brain, Khairol & Ina cute. berhempas pulas juga En. enjoy hidupkan enjin bot sampai terputus talinya. nasib baik En Mazlin datang membantu menunda bot kami, takut juga bot kami dibawa arus ketengah laut.

Bila lihat kumpulan pertama dicampak dalam laut, perut mula lee kecut dah laa jauh, dalam pulak tu tak nampak batu karang langsung. bila teringat masaalah yang timbul tadi, mula le otak ni fikir yang bukan-bukan, bukan apa kata orang tua-tua kalau awal lagi dah mengalami masala tentu banyak masalah yang kita akan tempuhi nanti.

Sampai je kat pelampung, kami terus diarah terjun kelaut, sebelum kena tolak baik koi terjun sendiri, sekurang-kurang tak lee banyak koi minum air nanti. untuk sampai ke sisir pantai macam-macam stail kami kami berenang, kuak lentang, kuak kupu-kupu, kuak penyu semua ada. dalam otak ni berpusing-pusing fikir yang bukan-bukan terbayang naga, jerung dengan giginya yang tajam, kalaulah dia gigit peha koi yang gebu ni rasanya seminggu juga dia tak payah makan. itu yang laju je mendayung..... nasib baik kami semua pandai berenang, cuma Ina cute je yg koi risau sikit, sebab dia tak berapa pandai, masa latihan kat UiTM hari tu dia tak dapat datang. Untuk menghilangkan takut Khairol jaga dia sebab Khairol ada sijil Gangsa dalam renang. Dalam takut-takut tu rasa lucu pun ada bila tenguk gelagat Ina cute berenang, menyongsang dia berenang kalau dia letih di bergayut je kat khairul lagi senang.

Malang sememangnya tidak berbau, kalau berbau dah tentu koi lari, dah nak sampai sangat tingal beberapa ela aje dari pantai, batu-batu karang pun dah kelihatan, seronok jangan nak cerita lebih-lebih kumpulan kami dapat potong kumpulan si mamak. dalam kegembiraan tu tup, tup koi rasa ada sesuatu yang menyucuk kaki koi, Aduh.......... ibu jari kaki kanan koi kena tibai dek landak laut.....ya Allah sakitnya....

Sampai je pantai, En Mazlin suruh koi ketuk tempat yang sakit dengan seliper dia, kuat-kuat pulak tu.. biar sampai pecah benda yang hitam tu katanya. rasanya tak tergamak koi nak ketuk, lepas tu En Yasser ambil alih tugas mengetuk alamak.... dia ketuk macam orang buat rumah lag bro.....mcm2 rasa koi dapat, sakit, gatal, panas, rasa bengkak kaki jadi besar mcm buah kelapa pun ada. berpeluh jugak koi tenguk dia sampai keletihan dibuatnya. lepas tu En. Ali kimik ajak ke dapur untuk dituangkan air limau bagi mengurangkan bisa. Alhamdulilah mujarap jugak petuanya.

Rupanya bukan koi seorang je yang kena tibai, Si Mamak kena 5 kat tumit kaki kanan, Si Wan kena 5 liang kat tangan, ada juga kena kat buntut..... nak tahu siapa tak lain tak bukan si Ina Begum leee. pandai juga landak memilih tempat bila nak menyengat yek. Malang sungguh kepada siapa yang tidak mengalami pengalaman sebegitu. rugi tak rasa.......

Apa-apa pun tahniah kepada siapa yang kena tibai, terima kasih kepada semua yang membantu Koi sewaktu Koi alami kesukaran dan kesakitan


ICE BREAKING



Tarikh: 15/08/2009 @ Masa: 1000 Malam

Setelah selesai solat, makan malam, kami ada aktiviti Ice Breaking yang dikelolakan olih bebudak degree yang diketuai olih Lyne. macam-macam aktiviti malam tu yang tak tahan tu setiap kumpulan kena membuat persembahan, nie yang leceh nie. senang cite koi serah bab-bak nie kat Sharipah Noor dia memang handal soal nie. kami semua ikut je apa yang disuruh, rupa-rupanya dia suruh menari.....

"kiri....., kiri......, kiri depan belakang
kiri depan, kiri belakang
kiri depan belakang."

Sambil menyanyi kami semua kena goyong punggung, kekiri, kekanan, kedepan dan ke belakang. Aduh, malu..... nak buat macam mana.. dah terpaksoooo. tak bolih mengelak dah....


Thursday, August 27, 2009

HARI PERTAMA - JALAN LASAK, PULAU KAPAS

Tarikh: 17/08/2009
Aktiviti: Jalan Lasak

Hari adalah hari kedua koi di pulau kapas, seawal 0530 pg pagi lagi Yatie & Ina dah pergi solat subuh, koi minggu ni bulan mengambang, dapat tido lama sikit. Selepas sarapan pagi kami dimaklumkan ada aktiviti jalan lasak iaitu merentas hutan, dengar je kena merentas hutan koi pun pulun air 5 botol 100plus dlm beg takut dalam perjalanan nanti haus...

Sewaktu merentas hutan kumpulan koi terdiri dari Ina, Khairol & Brain bergabung dengan kumnpulan si mamak iaitu Fauzi, Kamisah, Saripah & Aslina e-PJJ. dan dibantu seorang fasilitator yg mengiringi kami iaitu En. Apize, koi lihat beliau seorang adik dan cute.... bebelum aktiviti bermula kami dibekalkan maps & compass En. Apize mengarahkan setiap orang diwajibkan membaca maps dan compass dengan secara bergilir-gilir. Distance hendaklah dikira mengikut langkah kaki, tugas itupun juga mesti bergilir2 mengiranya.

CP pertama Kami adalah di Jeti Chelet Makcik Gemok, dari situ kami mencari bearing ke CP2 Rumah Api sewaktu nak naik rumah api tangganya punyalah tinggi menonggek jugak la koi ngan Ina panjat tangga tu, sebab tak larat punya pasal pada pertengahan jalan koi suruh En. Apize jalan dulu, tapi dia tak nak, "saya akan jalan belakang agar dapat menjaga keselamatan kami serta dapat memantau kami takut tersesat, katanya. baik juga budak ni dalam hati koi.

Di satu persimpangan sewaktu menurun bukit menuju ke CP3 kumpulan kami agar sesasar sedikit dari laluan, koi lihat En. Apize hanya memerhatikan gelagat kami mungkin dalam hati dia berkata "pandai tak bebudak ni baca bearing", klu ikut kan bearing dah betul dah, cuma laluan tu agak curam dan bahaya setelah perbincangan dibuat kami mengambil keputusan untuk turun semula dan bertanya orang kampung akan laluan sebenarnya. kami difahamkan tempat yg kami nak tuju tu Teluk Berakit namanya, Alaaa rupanya kat belakang Chelet Makcik Gemok je Sonang bai tuuu.

Dipertengahan jalan menuju ke CP 3 kami terserempak dengan kumpulan yatie yg terdiri dari Hadi, Mala, Apai, Sapia, Khairi, Yusane dan Fasi mereka En. Hisyam Alwi sempat fasi mereka mekamlumkan ada kumpulan yg hisap rokok dalam hutan tak tahu group sapa, yg pasti bukan group koi ya. sewaktu dalam perjalanan si mamak terjumpa dengan seekor anak ular nasib baik koi tak nampak, koi tercari2 juga kalau-kalau ada anak ikan dalam sungai tapi tak nampak pulak, pelik jugak.

Setelah masuk sungai, keluar sungai, naik bukit, turun bukit, langkah pokok tumbang, menyusup pokok tumbang akhirnya sampai juga kami di Teluk Berakit, segala penat lelah kami terus hilang bila melihat kebesaran dan Keindahan ciptaan Tuhan, sewaktu kami sampai kami lihat bebudak degree bersama En Ali, En. Din dan beberapa orang Fasi sedang mandi manda dan Snorkeling fuhh... bestnya kalau dapat mandi.... sambil kami melihat gelagat diaorang kami makan bekalan yang dibawa tadi, alhamdulilah yg ada hanya roti sardin dan air 100plus je itupun sedap.

Lebih kurang 15 minit jugak kami rehat sebelum En. Apize ajak kami gerak untuk cari CP4, bila bearing dibaca alamak kena patah belakang semula tak ada jalan lain ke tanya koi kat si mamak, betul la kita kena patah balik, dengar je kena patah balik perut koi mula memulas ketakutan bukan apa koi takut anak ular yg kami jumpa dah mengadu kat mak dia yag kita lalu kawasan mereka, takut kalau-kalau mak dia & geng buat road block nanti..... nak, tak nak kena redah gak bukan ada jalan lain. koi buat-buat berani je, itu yg si mamak & khairol kalau jauh sikit dah kena panggil.

Sewaktu perjalanan menuju ke CP4 kami terserempak dengan kumpulan Wan, Rino, Harun, Joe, & Zalina kumpulan mereka semua bertongkat guna strategi nampak.... dengar kata strategi telah menjadi tragedi, kesihan.... skaud koi lak yg kena tu. Sampai je di CP4 di jati Makcik Gemuk En. Apize ajak lepak jap ambil napas, kami dah tak larat kami duduk je kat atas laluan jalan kaki, orang lalu lang pun dah tak kira, nak malu apa, bukan jumpa lagi dengan diaorang bisik hati koi.

Bila diberitahu ini adalah CP terakhir kami pun bersemangat semula walaupun baru rehat 5 minit rehat kami dah ajak En. Apize balik. cepat sampai cepat rehat betul tak!. Tepat jam 0100 ptg kami sampai kemah dan En. Apize suruh kami lapur semula dengan En. Hisyam. Sampai je kat tempat makan kami ingat ada makan dihidangkan rupanya kena masak le pulak, Ya Allah letihnya, kat dapur koi nampak muka yatie, Sapia tengah bertungkus lumus menyediakan makan tengahari kalau nak cepat makan, kena la bantu mereka sebab yang lain tak balik lagi. Sewaktu nak makan pun payah, nak jemput dulu, dah le tak tolong masak, doa dah dibaca 3,4 kali tak sampai-sampai lagi, dah la kalau tak cukup semua tak bolih makan, baik lelaki dan perempuan bila la kamu semua nak berubah seharusnya tinggalkan pangkatmu, darjatmu di jati Marang agar sewaktu kita di Pulau Kapas kita adalah seorang PELAJAR DIR-PLK DDRM- FRS 113 yang sebenarnya.

Water Confidence
Ingat petang bolih le rehat rupanya ada aktiviti water confident, group koi dapat terjun tempat ke dua, nasib baik Khairol, Koi, Brain tahu berenang cuma koi takutkan Ina je dia tak tahu berenag masa kelas renang di Pusat Renang UiTM dia tak dapat datang. Ina ambil keputusan suruh Khairol cover dia. Semasa dalam laut macam2 koi fikir, terbayang naga, jerung dengan giginya yg tajam kalaulah dia gigit kaki koi yag banyak isi ni tak tahu nak hakapppp...

Terlepas jugak koi dari cengkaman jerung tapi malang tak berbau, dah nak sampai di gigi pantai koi terkena pulak landak laut 2 liang koi kena tibai, di ibu jari kaki kanan dan tumit kaki kiri, sakit jangan kira laaa, sampai darat senang je En. Mazlin suruh koi ketuk tempat kena tu, tak tergamak koi nak ketuk last-last En. Yasser yg buat, ko org nak tahu..... dia ketuk kaki koi dengan selipar dia yg gemok tu macam orang ketuk paku buat rumah laaa geng. macam2 koi rasa gatal, panas, sakit, berdenyut2, rasa kaki jadi besar buah kelapa pun ada. dia ketuk sampai berpeluh-peluh, letih dia kasihan... rupanya utk pecahkan duri tu memang kena ketuk bukan pelahan tapi kuat2. untung koorg tak kena. untuk hilangkan bisa En. Ali ambil air limau nipis lalu dititiskan tempat yg kena, betul lah sakitnya berkurangan. satu petua yg bagus. TQ Semua kerana membantu.

Nasib baik aktiviti Abseiling tak jadi, koi dengan basah-basah terus masak untuk makan tengahari, pandang kiri, pandang kanan asyik-asyik muka tu je yg masak nak juga rasa makanan Mala ke Liza ke,Joe ke, kata orang masakan anak dara sedap. nampaknya kempunan jugak nak rasa makanan diaorang. Lepas makan baru ko dapat mandi dan rehat sekejap.

Malam - Lemak Manis
Sebelum aktiviti kami diberi sedikit taklimat oleh Lanny, koi tak faham langsungggg apa ke bendanya Lemak Manis ni, tak pernah dengooo pun, hentam je lah mcm cari harta karun kot. Beliau menyerahkan satu sampul surat yg mengandungi klu, klu pertama hanya di bawah lampu ayam je senang, lepas tu...koi tak faham klu yg di tulis berbunga-bunga sangat, puas kami kelebek dan silak kemah asal jumpa tertera nama kumpulan 1 kami ambil rupanya salah kena ambil sampul mengikut turutan, dah le salah kena berbalas pantun pulak, jawap-jawap tak kena rupanaya jawap pantun orang lain punya, koi punya jawapannya En Yasserrrrrrrrr yg lagi tadi tioq kat sebelah. Klu yg terakhir ada sebut pasal robek, terbujur kaku, koi nampak seorang fesi pakai telekung dok tengah tido kat tempat makan, puas le kami kejutkan dia rupanya bukan. kah, kah, kah maluuuuu

Entah datang dari mana idea Khairol bolih dia kata mungkin ada kaitan dengan pisau kot atau dalam perut ayam ke ikan ke,apa lagi berlari le kami pergi kat dapo hampehhh bukan la brooo. apa la lu bikin badan koi & ina jadi hamis ke. tak bolih pakai betul. compass dah guna bearing dah betul tak jumpa jugak puas kami pusing kat pokok belakang dapo tu masih tak jumpa, nasib baik En. Yasser bagi klu suruh korek rupanya kat dalam tanah. kami jumpa satu plastik hitam yang mengandungi air botol , mamiee dan beberapa makanan ringan,lega... TQ En. Yasser...

Rasa bangga juga kami kumpulan yang ke 2 dapat selesaikan semua tugasan malam tu. Lebih kurang jam 0300 pg semua kumpulan dapat menyelesaikan klu yg diberi. barulah kami dapat Tioooooooooq


Wednesday, August 26, 2009

INDAHNYA... LEMAK MANIS

Tarikh: 17/08/2009
Masa: 1200 mlm

Setelah dilanyak pagi petang koi ingat malam ni ada lee rehat sikit, dipulun pulak kami dengan lemak manis. bunyi macam seronok ok lah kot. sebelum bermula kami diberi taklimat sikit. masa taklimat koi terdengar bunyi gedung, gendang, gendung, gendang, ingat bebudak degree sedang buat latihan untuk persembahan hari penutup nanti, yaa lah, koi kalau bawa bebudak kadet polis camping dulu time mcm ni sibuk buat latihan. pandang kiri kanan lampu semua dah terpadan tenguk jam dah 1230 mlm. nak tanya dengan adik-adik degree batang hidung pun tak nampak. berputar-putar kepala ni memikir apa yang akan berlaku selepas ni. penerangan yang diberi tak berapa jeas tapi malas nak tanya, berat mulut.

Setiap kumpulan diberi satu sampul surat yang mengandungi petunjuk melalui pantun, petunjuk pertama senang bai tuuu, cari lampu pelita ayam je. Bila nak cari petunjuk yang kedua dah haru biru dibuatnya. puas baca pantun tak faham-faham, dipendekkan cerita cari aje sampul surat yang bertanda kumpulan satu habis cerita. malam tu koi lihat semua orang lintang pukang dibuatnya masing-masing berlari ke hulu ke hilir sampai berlaga-laga, nak cari sampul surat. tenguk orang selak-selak kemah kami pun selak jugak, Si Brain jumpa satu surat untuk cari penunggu malam (En. Hisyam) ditepi pantai bila dapat klu kami terus pergi untuk dapatkan keset untuk didengar. al malang lah sungguh bila semua kaset rosak, koi tenguk muka En. Azila dah mencuka lagu yg mereka nyanyi semakin perlahan mungkin dah keletihan. tak tahan lihat kebodohan kami, lalu mereka ber klu yang keempat.

Bila kami nak cari sampul ke 5 kami menghadapi kesukaran sebab kena baca compass bila kami minta kompas En. Azila kata kami punya dah terambil yang lain tak ikut susunan. kena marah lagi... rupanya kami tertinggal sampul yang ke 3 bukan susah sangat dibawah batu dekat dewan makan jee. terjerit juga bila jumpa.

Masalah lain pulak timbul bila nak cari sampul ke 5 kena berbalas pantun pulak koi bak berpantun ni failed betul. nak harap si Brain dan khairol!!? hemmmm bolih ke dia pun sama menyanyi dengan bebudak degree bukan nak tolong cari idea nak balas pantun, puas jugak koi dan Ina cute berpantun tak kena-kena. apa benda le yang dia nak nie.....aduh pening kepala, jam dah tunjuk pukul 0300 pagi esok dengar cerita ada berkayak pulak.

Lama juga kami berfikir apa yg diaorang nak sebenarnya, rupanya setiap kumpulan soalannya lain-lain, patut le bila kita jawap walaupun betul tetap salah rupanya kita jawap soalan kumpulan lain punya. bila dah faham lupa pulak soalan kami kena suruh diaorang ulang soalan semula, baru le kami bolih jawap rupanya yang dicari En Yaseer.... patut le dia sampai terlena tunggu jawapan kami.

Bila dapat je klu ke 5 ada berbunyi terbujur kaku, robek kami terus meluru di dewan makan kebetulan ada seorang perempuan bertelekung tidur kat situ, ya Allah punya le bodohnya kami bolih kan kami kejutkan perempuan tu. bukan saya katanya.. kah, kah, kah maluuu....Entah mana datangnya idea si Khairol bolih dia kata robek ni tentu ada kaitan dengan pisau, mungkin ayam kot katanya, berkejar kami kat dapur selongkar semua tak ada juga. baca baering dah betul tak jumpa juga nasib baik En. Yaseer beri klu sikit baru lekami jumpa rupanya ada sebungkus makanan ditanam dalam tanah kat belakang dapur je. rasa bangga juga bila kami orang ke dua dapat menyelesaikan semua klu. dah tak lalu nak makan kami beri semua kat adik-adik. lega walaupun agak lambat kami semua tetap dapat menyelesaikan semua tugasan.

Sebenarnya Koi dan mungkin juga orang lain tak pernah main permainan Lemak manis ni, rasanya permainan ini selalu dimain olih bebudak, bagi kami yang nak masuk separuh abad ni sememang bebal juga nak faham. sorry dik jgn marah.... walaubagaimanapun kami tetap seronok dan dapat pengalaman yang baru.


MASAK OH MASAK

kesan terkena periuk nasi panas

Kalau nak cerita pasal masak memasak ni koi sememangnya berminat sangat, sedap tak sedap belakang kira yg penting apa yang disediakan semua habis dibedal. pada awalnya koi seorang yg tak tahu memasak langsung masa kecil koi hanya ditugaskan pergi kedai, kebun, & merayau2 keja rumah dah dibuat olih 2 orang kakak lagi.

Waktu mula-mula kahwin memanjang telipon mak tanya resepi bila nak masak. dpat pulak suami yg suka makan kat rumah nak tak nak kena belajar juga masak, pantang aje ada resepi dalam akbar koi pun potong dan simpan buat koleksi. Masa dulu selain tak mampu nak beli, buku resepi bukan mudah nak cari. Kerja pulak kat ceruk bandar (IPD Temerluh, Pahang)

Koi belajar memasak dalam qualiti yang banyak bila koi bertugas di Caw. Hal Ehwal Awam IPD Ampang Jaya, Selangor sebab selalu masak untuk bebudak kadet-polis. setakat makan untuk 300 orang bolih lagi koi masak, Sedap??? yg itu koi tak bolih nak jamin kena rasa sendiri.

Masa Malam BBQ di Pulau Kapas Harun menunjukkan bakatnya goreng ayam berempah, memang sedap betul. koi terfikir ayam goreng kalau makan mesti ada nasi, lagi pun perut koi bukan pandai makan masakan orang putih ni, nasi jugak dia nak, betul jugak kata Apai, walaupun tak ada dalam menu koi masak juga nasi goreng bodoh. Mula-mula koi ingat nak masak satu kuali sahaja, bila Harun kata tak cukup koi pun tambah sekuali besar lagi, takut tak cukup kata harun, alhamdulilah berkat juga nasi goreng yg koi masak.

Dalam kelang kabut masak hari tu koi terlupa yang koi termasak tangan koi sekali, itu yg nasi gorang rasa sedap je ada ramuan tersendiri. jangan maree. jangan tak tahu, dekat 3 minggu jugak tangan koi yg kena kuali panas tu nak hilang kesannya. mengelembung jugakk kulit koi. tapi tak pe koi buat dengan penuh ikhlas untuk kalian semua. andai kata rasanya tak sedap koi mintak maaf le ya.

aktiviti sampingan yg diminati

Sebenarnya koi bukan nak lawan kemahiran memasak En. Rahsia cuma ingin berbakti kepada kekawang dan adik-adik je. moga2 tiada yg tersinggung hari tu maaf yeee.

Tuesday, August 25, 2009

HARI KEDUA - KAYAK, PULAU KAPAS


Tarikh: 17/08/2009 - Hari Kedua - Pulau kapas
Aktiviti: Pagi - Kayak

senaman dulu....

Hari ni ada aktiviti berkayak, koi pakai semua baru dari atas sampai bawah, itu yang bersemangat..... koi dapat nudy dengan Brain, Ina ngan Khairol seawal jam 0830 pg kami semua dah berkayak untuk elak cuaca panas. ingat kayak tasik dgn laut sama rupanya laut susah sikit sebab ada gelombang, kayak koi asyik ketengah, ke tepi, ketengah, ke tepi, last-last ke tengah. Sampai Brain tanya dengan koi lorat Sabah "Ko beratnya berapa? 84 kg laung koi, ko berapa pulak? "Ako 95 kg" katanya, patutlah koi rasa payah sangat nak dayungnak pandang belakang pun tak bolih asyik nak terbalik je.

Sewaktu nak sampai Teluk Berakit koi nampak ikan melompat-melompat ke permukaan air, rasa cemas mula terasa, kalau tenguk National Geografi kat ASTRO saluran .. ikan melompat tu tandanya ada sekumpulan ikan sedang dimakan jerung, aku ingat mati hari tu, mengucap dah 3,4, kali, kalau dihitung-hitung dah jadi satu mukhadam ayat koi baca. takut bukan kepalang. tapi bila dilihat dalam air kelihatan banyak batu karang agak mustahil kalau ikan jerung bolih berenang di air sicetek itu. betul tak? saja jee nyedapkan hati.

Sampai je di teluk berakit kami dibenarkan snorkeling alamak.... saat yg paling ditunggu-tunggu. Cantiknya ciptaan tuhan.... jumpa gua, ikan NEMO kecil, cutenya.... opsss tak bolih tangkap kata En. Hisyam. time geng kedua snorkeling, koi ambil peluang makan sarapan yang dibawa roti sardin dgn 100 plus, pas tu Koi, Ina, Yatie & Khairol makan pulak epal hijau dicecah dengan air laut pulamak sedap jugak, semasa mandi koi ada juga terkucil beberapa kali, bak kata pepatah seperti mencurah segengam garam kelautan tak terjejas pun....

haiii. letihnya, epal cecah air masin... best gila

Sebelum bertolak balik En. Hisyam menerangkan serba sedikit tentang cara berkayak yg betul, setelah selesai kami teruskan perjalanan ke satu tempat yang banyak penyu berkaki dua kata En. Hisyam, ingatkan apa rupanya tempat ramai org putih, disitu kami terjumpa beberapa timun laut dan anak ikan yang jinak-jinak terutama bila kami memberinya makan roti. Setelah melepaskan lelah, 15 minit kemudian kamipun bertolak balik ke kemah.

capsize la pulak......

Bila saja nampak kemah, lega rasanya tub, tub ada capsize pulak sebab hari tu Mala "Kencing" waktu latihan kat Tasik Shah Alam, sememangnya En. Hisyam nak kenakannya dan berpakat dengan budy Mala, iaitu Hadi. 2 kali kami kena, suruh naik kayak dalam masa 8 minit, koi macam biasa kalau tak dilotong dek Wan jgn harap dapat naik. TQ Wan.

Akhirnya........ setelah kuyup dan kenyang minum air laut sampai juga kami, setelah mendengar penerangan dan mengikut arahan yang betul semasa berkayak kumpulan kami akhirnya sampai tempat ke dua & ketiga.

Alhamdulilah kali ni tak payah masak, dengan jasa baik Kak Rock dengan menyediakan hidangan makan tengahari, menu kari ikan tongkol , sayur dan air anggur.

LANDAK OH LANDAK

Tarikh: 16/08/2009 Hari Kedua - Pulau Kapas
Aktiviti: Water Confident


bergini keadaan 2 minggu selepas ditibai oleh landak laut

Petang - Lebih kurang jam 0300 ptg, kami ada aktiviti water confident kumpulan koi terdiri dari Brain, Khairol, Ina & Koi, kami kumpulan ke dua yg menjalanakan aktiviti tersebut selepas kumpulan si mamak. Belum lagi aktiviti bermula dah ada masaalah, sewaktu bot yang membawa kami ke tengah laut telah rosak, En. Enjoy cuba untuk menghidupkan enjin tetapi talinya pulak putus lalu bot kami ditunda olih bot En. Mazlin.

Kata orang kalau mula-mula dah dapat halangan tu maknanya ada sesuatu yang buruk akan berlaku, hati koi mula rasa gerun koi pandang Ina, Ina pandang kami masing-masing membesarkan mata. Koi buat-buat tak takut sambil tanya En. Enjoy jauh lagi ke cik, dekat je kat pelampong tu katanya. kami di jatuhkan jauh dari rakan-rakan tapi koi tak berapa takut sebab kumpulan koi hanya Ina yg tak tahu berenang, jadi dia Khairul support dia sebab Khairol ada pinggat gangsa dalam renang. legaaa

Sewaktu renang macam-macam gaya kami buat letih buat kuak lentang, kami menangkup, gaya katak, anak katak semuanya ada, yg berenang kaki dulu pun ada asal kan sampai ke destinasi, yg bangganya kami bolih potong kumpulan si mamak tu, ingat nak mintak tolong kat dia rupanya diapun tak tahu berenang. asyik ketengah ketepi je.

Waktu dalam laut koi sebenarnya ada jugak perasaan takut, macam-macam koi fikir, terbayang naga lah, terbayang jerung dengan mulut terngaga sambil menunjukkan giginya yg tajam, fuhh lamak kalau dia gigit peha koi banyak isi ni sebulan dia tak payah makan. syukur... semuanya selamat.

salah satu jenis landak laut

Bak kata perpatah malang sememang tak berbau, lepas dari cengkaman jerung koi kena pulak tusukan landak laut.... dah nak sampai di gigi pantai lak tu. 2 liang koi kena tibai satu kat ibu jari kaki kanan dan satu lagi di tumit kaki kiri. aduhhhh sakitnya tak bolih nak hakappp, mula rasa panas, sakit, berdenyut2, gatal, rasa kaki membesar sebesar buah kelapa pun ada.

Sampai je darat ehh senang2 je En. Mazlin suruh ketuk kaki yg sakit, mana bolih tak tergamak koi nak ketuk bila En. Yasser tenguk koi ketuk macam nak mati je dia pun ambil mengetuk kaki koi, hanya koi dan Allah saja yg tahu bertapa sakitnya....dah le tangan dan selipa dia besarrr dia ketuk pulak kuatnya macam orang menungkang rumahhh la...., katanya nak kasi bisanya pecah, koi tenguk En. Yasser ketuk sampai letih, punya lah kuat dia mengetuk sampaikan berpeluh-peluh dia. rupanaya ikut petua memang mcm tu kena ketuk sampai yg hitam tu pecah baru tak sakit. Apa-apa pun TQ En. Yasser. lepas tu En. Ali bawak koi ke dapur pulak dan dia letakkan air limau nipis kat tempat luka tadi, betul lah hilang bisanya.TQ En. Ali. Koi cuba congkil kaki nak tenguk apa yg hitam tertanam dalam daging tu, tapi rupanya di dah jadi hancur mcm arang.

Rupanya bukan koi seorang yg kena si mamak, wan, harun pun kena diaorang lagi banyak tapi biasa le lelaki... mereka kuat kan, yg kasihanya si Yatie dengar cita kaki dia kena peluk di obor-obor, kalau kena jari obor2 pun sakit inikan pulak kena peluk obor2. Yatie kata petua kena obor2 letak abu je dah baik. Kalau tak kena tak ada kenangan pahit manis nanti betul tak geng!! rugi sapa yg tak kena...

Kalau ada aktiviti mcm tu, koi masih lagi nak ikut sama jangan malukan orang Pahang kan En. Din? Org Pahang semuanya kuat-kuat belaka.

Sesungguhnya pengalaman sebegini tak mungkin koi lupakan sepanajang hayat koi. TQ semua kerana membantu koi dalam menghadapi situasi yg getir.


Monday, August 24, 2009

HARI KETIGA - PULAU KAPAS

Tarikh : 18/08/2009 - Hari Ketiga - Pulau Kapas
Aktiviti : Survival

Untuk aktiviti survival kami diarahkan oleh Cik. Azila agar berkumpul tepat jam 3.30 ptg. Hanya beberapa peralatan yang dibenarkan dibawa itupun satu kumpulan hanya satu je:-

* Lampu picit
* Andoh
* Peralatan Sembahyang
* Baju Sejuk

Barang-barang yang dibekalkan oleh Cik Azila seperti kanvas lebar 6x9, 4 batang manchis, 2 botol air meniral besar, parang, beras, sebiji telur, kentang, garam, kopi & teh. Sampai saja dlm hutan kami terus cari kayu buat unggun api & masak nasi dan jerang air sambil tunggu benda tu masak kami anyam daun2 untuk dijadikan tempat tido. siap masak kami makan dgn menggunakan sudu plastik dibuat dari botol tadi dan pingga dari daun yg Brian petik sedap juga, dlm hutan semuanya sedap. Jam 0700 mlm jenereta dihidupkan kuat gila bunyinya,takut nanti fesi datang tak dengar pulak.

Jam 0830 mlm kutu semuanya tido koi terkebil-kebil tak dapat tido, koi paksa juga tido entah mcm mana bila koi terjaga jam 1200 pg ada 3 fesi (Azila, Apize & ......) sedang berdiri tengok kami diaorg tegur kenapa Khairol tak pakai baju, kenapa unggun api awak kecil sangat, cuba tengok tangan awak nampak tak kata Cik. Azila, sebenarnya kami saja nak jimat kayu sebab kayu kami sikit kalau ikut pengelaman waktu masak ketupat raya, simpanan kayu kami kalau dibakar dengan api besar tahan 4 jam je. dalam keadaan gelap tu terpaksalah kami cari kayu yang besar sikit supaya tahan sampai pagi. Khairol sentri sekejap je koi belum tido dia dah tido, koi suruh Brain jaga sekejap bekira betul tepat jam 0100 pg dia dah nak tido nasib baik koi sedar klu tak tak ada sentri mlm tu. Lepas tu koi tak tido sampai siang, jam 0300 pagi Cik Azila & geng datang lagi tak cakap apa lepas tu diorg blaa jam 0400 pg En.Hisyam tanya kami ada dengar apa-apa tak? tak jawap kami, apasal Khairol tak pakai baju klu saya dtg lagi awak tak pakai baju saya tarik tetek awak. Entah lah budak tu "KETEGAK SANGAT" puas dah nasihat panas katanya. Si Ina takut punya pasal dia tido sepanjang malam supaya tak dengar apa-apa katanya.

19/08/2009 - pagi
Jam 0700 pg koi duduk atas bukit jauh sikit dari kemah tengok ke arah laut koi nampak gambar tido mereka diambil mereka tercari-cari koi dia ingat koi dah hilang. seronok tengok gelagat mereka. Lepas tu En. Hisyam datang dia suruh koi duduk dalam takut koi hilang kot. kejap lagi saya datang balik kata lalu terus ke kumpulan lain. sementara tunggu dia datang Ina bergayut pada akar kayu mcm tarzan tu entah mcm mana koi dengar bunyi bedebok mcm nangka busuk jatuh je rupanya, dia dah jatuh tergolek. kah,kah,kah

Pahit Manis Kehidupan
Kedatangan kali kedua En. Hisyam kami diarah berkumpul dan menceritakan kenangan pahit manis masing-masing, Kenangan dan pengelaman En. Hisyam banyak menyedarkan koi bertapa pentingnya kasih sayang terhadap kedua ibubapa kita, koi lihat kenangan Ina, Khairol & Brain semuanya sedih dan berkaitan dengan kehilangan orang tersayang tapi kenangan pahit koi hanya kehidupan lampau yang amat daif sering dihina oleh org kampung puas En Hisyam suruh koi cerita, maaf En. Hisyam sememang itu saja cerita sedih koi buat setakat ini.

Akhirnya petang tu dapat juga kami balik ke kemah dan dihidangkan olih kak Rock dengan bubur nasi yang sangat lazat ada telur masin, sotong goreng. ditambah dengan kicap jgn tak tahu, 2 kali koi tambah nasi.

Malam - BBQ
Sejak petang kami kaum hawa dah bersedia untuk buat BBQ, melihatkan nasi sejuk banyak koi ambil keputusan untuk masak nasi goreng walaupun tak ada dalam menu, nasib baik koi goreng nasi kalau tak perut orang kampung mcm koi ni bukan bolih laju makan makanan org putih. Harun pulak tunjuk bakat goreng ayam berempah, poooooh lawan dgn nasi goreng terangkat. selain tu ada juga bakar sotong, udang, ikan & buah-buahan, air fresh oren dan anggur. Malam tu kira kami seronok habis laa...kami.

Selesai BBQ koi packing barang dapur, ada yang buka kemah pusat, kemah peralatan supaya tak lambat esok, koi tenguk bebudak fulltime bertungkus lumus buat kerja malam tu hingga jam 4 pg waktu koi masuk tido diaorg tak tido lagi tak nampak seorg kelibat budak PLK & e-PJJ pun yg membantu. nak jadi apalah ko org ni kita semua datang sini bukan nak berehat, makan tido, makan tido je tak bolih keje lebih sikit. Hai geng!!!!!!!! malulah sikit dgn adik-adik.



LIMPAHAN AIR DI SURVIVAL

Tarikh: 18-19/08/2009
Masa: pagi

Setelah semalaman kami dibiarkan dalam hutan, bila bangun pagi kami semua kehausan pelbagai cara mencari sumber air, termasuk minum air kelapa, sewaktu berjalan-jalan di kawasan jenerata pump air koi terserempak dengan Syaripah dan si mamak sedang berkira-kira nak potong saluran paip yang menyalurkan air ke kemah kami, apa kata kita potong saja getah ni koi, belum sempat koi jawap pah dah menyampuk bang...! jangan buat kerja gila bang.... nampak sangat si mamak tu dah hilang akal, tu la kalau orang tak biasa hidup susah..... sebab arahan tak bolih bercakap dengan orang lalu koi pun bla cepat-cepat takut kantoi.

Bila koi sampai di kemah si Brain bawakan kami air, dari mana ko dapat air? ako buka penyambung saluran paip dia menjawap, wahhh...pandai juga budak ni. pagi tu memang kami raya hindu...lah mewah dengan air. tu yang bolih buat tarzan bergayut pada akar pokok, tenaga dah banyak lah katakan..... kenapa lah kami tak terfikir nak buat mcm tu dari petang tak lah kami bercatu air untuk minum. bolih juga kami kongsi bersama rakan-rakan yang lain. bak kata orang biar tak ada api, jangan tak ada air. semua kerja terbengkalai kalau air tak ada. payah ....

Sebenarnya kami berempat berpakat untuk merahsiakan perkara ini sehingga balik, nampak gayanya lepas ni En Hisyam kena cari lokasi yang lain laa sebab lubang dah pecah.

Friday, August 21, 2009

Sesi Suai Kenal

Tarikh: 18/08/2009(selasa) Tempat: Pulau Kapas

Setelah selesai aktiviti "ikhtiar Hidup" satu hari satu malam petang ada pulak sesi suai kenal, lebih kuarng jam 0300 ptg En. Hisyam datang kat kemah kami, beliau yg mulakan cerita dulu, cerita dan pengamalan yg ditempuhinya sungguh menyedihkan hati. pas tu Brian pulak cerita sedih jugak ditinggalkan ibu bapa sejak kecil, Khairol cerita yag lebih kurang sama bapanya meninggal sewaktu kecil dihina dan dipulaukan keluarga pabila susah, Ina pulak cerita tentang kepayahan ibunya menjaga adiknya yg kemalangan sewaktu ketiadaan bapanya. cerita mereka semuanya sedih dan berkaitan dengan kematian.

Tiba giliran koi, tak ada cerita yg menyedihkan untuk dikongsikan, sehingga En. Hisyam menyatakan yg koi mungkin belum bersedia untuk berkongsi masaalah pada mereka waktu itu.

Certa sedih koi bermula sewaktu kami sekeluarga berpindah dari Negeri Johor ke Negeri Pahang, dengor cita ayah curi rantai mak waktu mula merantau ke Pahang. Dulunya mak adalah orang berada, bapanya adalah ketua kampung. waktu di Pahang, kami dianggap pendatang oleh orang kampung waktu tu, kami menyewa di sebuah rumah yg besar tetapi hanya dibahagian dapur sahaja dengan alasan mereka mempunyai perabut yg banyak. di dapur hanya ada sebuah pangkin dan dapur masak sahaja. disitu kami tidur dan makan. kami tinggal emak,ayah koi & 2 kakak koi. Waktu tu kakak yg sulung berumur 9 thn koi masa tu baru umur 3 thn, mungkin terlalu susah agaknya tetapi banyak peristiwa yg masih koi ingat hingga sekarang. Pernah satu ketika kami membeli ikan tetapi kami diberi ikan busuk, ikan-ikan yg tidak laku dicampak ke dalam sungai. klu jual kat kami pun tak pe. tapi.... tula manusia namanya.

Sewaktu umur koi 7 thn, kami pindah ke rumah baru lebih separuh dari rumah tu koi yg buat dengan ayah, terasa bangga hingga sekarang, Sewaktu koi tkt 3 koi mempunyai 3 kawan baik Yatie, Sal, Habsah, koi tak tahu kenapa mereka suka sangat berkawan dengan koi walaupun ibupaba mereka menghalang tetapi mereka sentiasa suka dgn koi, pernah satu hari bapa Habsah repot dgn guru besar, katanya koi ajak anaknya merayau2 apa lagi kami pun kena mengadap guru besar le dah le org kampung tuduh koi suka mencuri, pantang koi lalu je kat kebun mereka dah kena tuduh mencuri, mak kalau dengar cerita pasal koi, belum sempat cakap apa2 dah kena tibai tak dapat rotan, tali pinggang kalau tak pun batang ubi kayu pun jadi. badan jgn cerita lebam-lebam pecah darah, dua tiga minggu baru hilang.

Berbagai usaha koi buat untuk mengambil hati mak, setiap kali berjalan koi akan bawak buah tangan, pucuk paku merah,pucuk paku pakis, siput sedut, daun cemperai, ikan sungai dan banyak lagi tapi mak masih je marah, bab kerja org pempuan koi tak berapa pandai. tu yg mak selalu marah tak tolong kat dapur asyik merayau kat dlm hutan je.

Entah mcm mana keputusan SRP (PMR) koi bagus dpt pangkat "A" lagi, waktu tu ramai jugak yg terkejut, alhamdulilah rezeki tuhan yg beri, tp tingkatan 5 koi terpaksa duduk di asrama, satu hal pulak kena bayar asrama RM30 sebulan belum duit poket lagi, enak tak nak setiap bulan mak kena jual ayam dan buah nangka untuk menampung perbelanjaan koi. harapkan duit ayah mana le cukup dengan buat arang di kilang papan. dan perbelanjaan 2 adik dibawah koi lagi. kalau tak ada benda nak makan selain ada ubi kayu kami akan makan ayam sebab mak banyak bela ayam. yg sedihnya sehingga tkt 3 koi masih belum mampu mempunyai baju dalam sendiri, walaupun tak muat koi terpaksa berkongsi dengan 2 org kakak yg lain. sedihnya....

Lepas SPM - pagi koi menoreh getah petang koi belajar menaip kat Batu Kikir, untuk membantu mak dan ayah pada tahun 1988 belum keputusan SMP keluar koi dah masuk polis walaupun umur koi baru mencecah 18 tahun. setidak2nya koi dapat menaikan maruah keluarga koi selama ini. dan sekarang koi menjadi kebanggaan ibubapa koi memandangkan dalam keluarga hanya koi yg bekerja kerajaan."I LOVE MAK, AYAH" sesungguhnya tiada sebesar kuman pun perasaan benci koi pada kamu sekelian

Koi tahu, sebenarnya mak sayang dgn koi tapi mungkin dia sakit hati org mengata koi agaknya, Sesungguhnya....Allah swt. sememangnya Maha berkuasa, org yg mengata koi selama ini koi tenguk mereka tak senang mana pun hidup pun susah jugak. ini saja sebahagian ceti koi, kalau nak cerita terlalu banyak satu hari pun tak habis.

Oleh itu kepada rakan-rakan koi harap pengalaman hidup koi ini akan menjadi tauladan kepada kalian. hindarlah lah perasaan dengki sesama kita. jadikanlah PLK PDRM sebuah keluarga yg harus dibanggakan kepada diri sendiri dan juga Pasukan.

BBQ

Tarikh: 19/08/2009
Tempat: Pulau Kapas

Malam ini malan terakhir kami di Pulau Kapas dan kami dihidangkan dengan makannan yang agak istimewa, kami dijamu dengan BBQ semuanya segar-segar dari laut:

Ikan Kembong
Sosej
Sotong
Udang
Ayam
Nasi Goreng
Air Fresh Oren
Air Anggur

Kalau dah orang kampung.... perut ni kalau tak ada nasi mcm tak berapa jalan sikit makanan orang Putih ni. Harun pulak tunjuk kemahiran goreng ayam berempah nampak mcm sedap je, broo.. kalau ada ayam mesti lawannya nasi, betul tak?? Nasib baik koi nampak ada nasi sejuk satu periuk, dapat juga koi buat nasi goreng buat tambah-tambah menu yang ada. mula ingat nak goreng satu kuala je , bila tenguk permintaan banyak koi pun goreng satu kuali besar lagi. Alhamdulilah habis semua hidangan malam tu tak ada yang membazir....

Kami gotong-royong masak malam tu, bila tenguk bebudak degree baru habis aktiviti kami suruh mereka berehat je kasihan. sesekali memasak ramai-ramai seronok jugak bolih rasa macam-macam air tangan. tenguk mereka makan dengan selera perut koi jadi kenyang. ini adalah malam pertama kami dihidangkan dengan makanan yang mewah. walaupun kara-oke tak ada kira meriah habis lee malam ni.. syukur..Alhamdulilah rezeki yang Allah s.w.t. beri.


SEMANGAT BEBUDAK DEGREE

Tarikh: 29/08/2009

Malam tu selepas majlis BBQ Koi, Ina, Yatie kemas sikit-sikit bahagian dapur, yang jangan harap dah lama hanyut dibuai mimpi. jam 0200 pagi Ina dan yatie dah tak tahan minta izin beradu gak, tinggal koi sesorang kat dapo. koi tabik dengan adik-adik baik lelaki atau perempuan masih tak tido semua bergotong-royong, bertungkus lumus kemas paeking barang Kemah Pusat dan Kemah peralatan. jam 0400 pagi dah tahan mengantuk koi pun masuk tidur.

Bila jam 0700 pagi waktu nak mandi koi terkejut bila nampak adik-adik yang buat kerja malam tadi masih tak tidur dan tak mandi lagi, bila koi tanya kenapa tak mandi, nanti bila sampai di IPD Marang, kalau tak siap kemas tak bolih mandi .. katanya lagi. kasihan tenguk diaorang , kenapa lah bebudak PLK tak bersikap bergini... entahlah bila mereka nak berubah, sentiasa bawa pangkat, darjat mereka kemana saja mereka pergi. Koi awal-awal lagi waktu sem 1, suami koi dah berpesan kalau belajar, buat macam orang belajar, jangan bawak perangai polis kat fakulti jangan malukan abang. katnya. koi sentiasa jadikan sesi pembelajaran ni satu yang menyeronokkan dan sememangnya koi seronok lebih-lebih lagi kalau aktiviti Out door. kalau dilawa sekali lagi pasti koi akan ikut sekali. TQ kerena diberi peluang.


Thursday, August 20, 2009

HARI KELIMA - BALIK

Tarikh: 19/08/2009 (Rabu) - Hari Balik

Wahhh..lebarnya senyum kalau nak balik


bergambar bersama orang-orang kuat yg menjayakan program ini

Jam 0700 pg sewaktu koi bangun nak mandi koi jumpa bebudak tu lagi, nak tahu diaorang tak tido & tak mandi tau, dari malam BBQ tadi dia orang berkemas buka kemah pusat, buka kemah peralatan kasihan tenguk diaorang tak berhenti-henti ber kemas dari malam sampai pagi, takut nanti terlepas bot, kalau nak mandi kat IPD Marang nanti katanya, Koi ngan geng PLK semua dan lawa mula malas nak buat kerja.

Hah....sapu cepat dik, kalau lambat, nanti terlepas bot pulak...

Jam 1000 pg bot yang bawa kami ke Jeti Marang dah sampai kali ni koi cuba naik bot Marin yang besar pulak, biar lambat sikit sampai darat sebab sayang nak tinggalkan Pulau Kapas walaupun baru 4 hari tinggal kat sini rasa seronok pulak, hilang semua stress yang selama ini membelengu kepala. Rasanya lapang sikit otak ni. kalau tambah lagi 3 hari lagi bagus.


waktu datang PFD muat bila balik dah tak muat
sabo kak Rock saboooo, kita dah nak balik nie...
tak ada cermin muka cermin bot pun jadi le dikkk..

Sewaktu bot hendak bertolak hentak macam mana kami dapati beberapa kayak telah terlepas ikatan talinya dan hanyut dibawa arus ke tengah lautan. entah macammana ada seorang fesi wanita telah berenang kelaut untuk menarik kayak-kayak tersebut. mungkin terlalu ingin menyelamatkan kayak sehingga beliau terlupa yang beliau telah terjun tanpa mmeninggalkan pochbagnya seperti "luncai terjun dengan labu" biarkannn......

Bila tiba di jati Marang kami lihat beliau menangis sambil mengeringkan gambar, duit dan h/phonenya yang basah kesihaan pulak melihatnya.....setelah perbincangan dibuat kami pun membuat derma ikhlas terhadapnya...,. moga-moga dapatlah meringankan sedikit beban sekiranya beliau nak beli h/phone baru. duit tu jangan joli katak pulak dikk..

Setelah selesai loading barang ke dalam lori kami mendapat tahu yang adik-adik teringin nak naik bas polis sampai kat simpang pun jadi laaa. bukan senang nak naik bas polis tau.... Punya lah teringin sangat nak naik kenderaan polis sehinggakan seorang budak e-PJJ (Azlina) tertinggal didalam lori polis nasib baik tak di bawa terus sampai UiTM Shah Alam. yang sebenarnya dia tak tahu macam mana nak suruh pemandu tu berhenti.


Setelah semua selesai, kami bertolak ke IPD Marang, sebab ada beberapa bebudak degree nak tumpang mandi, sementara menunggu mereka bersiap koi ngan geng ambil peluang minum kat kantin IPD Marang, 30 minit selepas tu kami bertolak balik dan singgah di kedai keropok 008 untuk membeli buah tangan. unutk mengalas perut koi makan keropok lekor yang mentah, sebenarnya lebih sedap makan keropok mentah jika dibandingkan dengan yang digoreng. beru terasa ikannya. tapi ada juga yang tak tergamak untuk menjamahnya.

Sehingga jam 0600 ptg kami masih belum makan tengahari tak tahu nak makan kan mana, untuk meredakan keadaan Harun mempelawa kami makan di Restoran Pak Wan di Daerah Kijal tapi dengan syarat tidak melebihi RM 20 seorang. koi makan ngam-ngam RM 10. nasi putih, daging masak merah, telur dada & air sirap, lebih RM 10 lagi Harun kata untuk minum petang. apa-apa pun TQ Abang Hassan.

Malam - Bandar Temerluh
masakan "Tempoyak Ikan Patin" sehingga menjilat jari

Waktu agak lewat hampir jam 1000 mlm, baki RM 10 ringgit ada lagi, sewaktu kami singgah Bandar Temerluh untuk memulangkan periuk nasi & tarmus nasi yang koi pinjan dari adik ipar kami singgah untuk makan malam di gerai ikan patin yang terkenal di Temerluh, Pahang. sebab dia orang tak puas makan sewaktu makan hari bertolak hari itu.

Sampai - PULAPOL Kuala Lumpur
Kami masa hanya 30 minit saja untuk makan malam dan teruskan perjalanan dan sampai di PULAPOL, Kuala Lumpur tepat jam 0130 pg. Syukurr Alhamdulilah akhirnya sampai juga koi kat KL dengan disambut oleh suami dan anak lelaki koi....walaupun kulit koi hitam tapi masih lagi mereka mengenalinya. TAMAT.


Sunday, August 9, 2009

Latihan Kayak Di Tasik Shah Alam


kayuh jangan tak kayuh

angkat yg ringan je...... mcm pak pacak la pulok

Tarikh: 8, Ogos, 2009 @ 0800 pg Tempat: Latihan Kayak di Tasik Shah Alam

Hari ini koi dgn geng PLK-PDRM buat Latihan Berkayak di Tasik Shah Alam. Seawal jam 7.30 pagi semua orang berkumpul di Stor untuk loading peralatan berkayak untuk dibawa ke Tasik Shah Alam. Terkilan juga koi ada juga yang kencing sewaktu loading barang terutama kaum "ADAM" yang selama ini koi harap tenaganya. Sewaktu dalam perjalanan untuk ke tasik telah beberapa kali kayak terjatuh dari dalam lori ke jalan raya, Syukurrrr alhamdulilah, beberapa orang yang mengikuti rapat lori tersebut tak terhimpap dek kayak yang terjatuh tadi.

seperti biasa taklimat & senaman sebelum jalankan aktiviti
Sewaktu taklimat koi dapati beberapa orang telah di tegur olih En. Hisyam kerana merokok di tempat awam, syabas... kerana telah bersikap jujur menegur kami yang otai ni.

Setelah mendengar beberapa taklimat ringkas dari En. Hisyam kami semua warming up terlebih dahulu sebelum memulakan latihan dengan peralatan kayang yang masih panas dan dara. rasa sayang juga nak gunakan.. benda baru. sayang............ koi dan Ina mengambil keputusan menggunakan kayak yang lama bukan apa saja nak test muat tak dengan punggung kami yang comel ni. kami ingat berkayak macam dondang sayang rupanya kena "capsize" budy koi rasanya mcam dah kenyang minum air tasik. kah, kah, kah..... dahlah airnya warna hijau rasanya tak tahu nak hakap.....

berjaya........
Setelah selesai berkayak Koi, Ina, Yatie, Kamsiah, Liza tumpang mandi dalam tandas awam kat tasik tu, mandi dengan sabun tak ada serupa tak mandi je. Apa yang sedih tu lepas mandi koi tenguk diaorang ramai yang dah caau tinggal Atikah & Fauzi je, mana pergi diaorang yang lain!!? banyak barang yang belum loading dalam lori untuk dihantar ke stor semula. Terasa malu rasanya dengan adik-adik, nasib baik mereka sudi membantu kami loading barang. Untuk kamu semua koi ucapkan ribuan terima kasih jasamu tetap kak koi kenang sampai bila-bila. untuk rakan-rakan PLK-PDRM bila kah kalian akan berubah tinggalkan pangkatmu, gelaranmu sewaktu kamu memasuki gerbang UiTM. jadilah kalian semua termasuk koi seorang pelajar yang sebenarnya. Ammin....