Thursday, December 10, 2009

TERKILAN

Tarikh: 11/12/2009
Tpt: Pejabat

Hari nie seawal jam 0715 pagi sewaktu koi dlm kereta En.Pogi dah ring, ring apa hal agaknya. rupanya dia nak kasi tahu keputusan final exam 2009 dah keluar. sampai je opis koi pun terus layan internet, syukur, alhamdulilah....koi lulussssssssss

Keputusan kali ini adalah keputusan koi yg paling tertinggi dlm semua sem (3.33) tapi koi masih rasa amat terkilan bila CGPA koi tak dapat 3.00 koi berharap sangat sem nie akan melayakkan koi mendapat CGPA 3.00 rasanya dah berhempas pulas koi menjawap, mungkin rezeki belum menyebelahi koi, lebih sedih lagi bila SPS 133 koi tak dapat "A". koi tahu penguasaan koi dlm Bahasa Inggeris amat lemah dibanding dengan kawan-kawan yg lain. tapi setidak-tidaknya koi dah ada peningkatan dlm BI walaupun seawal dulu BI koi "0".

Apa-apapun semua beban dlm kepala koi dah tak ada lagi. dan koi tak pernah kecil hati dgn sesiapa. yg pasti koi akan sentiasa meningkatkan penguasaan BI koi. almaklumlah dulu sekolah susah, sek koi aliran Bahasa Melayu, sekolah pun kawasan ulu . kalau cakap lebih sikit nanti org kata belagak pulak.

Tak lupa juga koi ucapkan tahniah kepada semua kekawang yg berjaya,TQ semua kerana sentiasa memberi dorongan kepada koi selama ini, tak lupa gak kepada semua pensyarah yg pernah mengajar koi selama ini, tanpa kalian siapa lah koi, sebenarnya yg buruk semuanya dari koi dan yg baik tu datangnya dari "ALLAH" swt.

Wednesday, December 9, 2009

HARAPAN

Tarikh: 8/12/2009
Tpt: Pejabat

Pada 0900 pagi semalam semua PLK sem-7 ada perjumpaan bersama En Sadiq di Uitm bagi membincangkan program motivasi yg akan kami buat di Langkawi pada 16-20/1/2010 nanti. seramai 86 peserta akan menyertainya yg melibatkan semua pelajar PLK-PDRM. kami juga mengundang beberapa orang Pensyarah dari Shah Alam dan juga pensyarah dari UiTM Perlis. yg sedihnya kami difahamkan yg En Hisyam tidak dapat menyertai kami, apa bolih buat mungkin beliau terlalu sibuk, tapi kalau merajuk jangan lamo-lamo nanti lokeh tuo.

Rasa seronok pulak kali ini kami diberi peluang sebagai pengajur. kalau diikutkan hati kami semua nak buat merioh sikit, tapi tenguk dulu budget lee. Baru koi tahu rupa setiap kali menganjur sesuatu program memerlukan wang yg banyak mencecah puluhan ribu ringgit gak. kalau dulu waktu koi sebagai peserta kalau ada yg tak cukup asyik nak complain je rupanya susah mereka nak buat. adat manusia tak pernah berpuas hati dgn apa yg ada.

Program kali nie koi diberi tugasan sebagai AJK makanan, tu yg best.. tugasan yg dikira agak senang kira bolih cilok, cilok. kebetulan koi ada lesen memandu pasukan (polis) bolih gak ronda2 dgn kereta polis Apai kata nak pinjam 1 van dari IPD Langkawi agar senang kami buat pergerakan disana tak payah sewa kereta selain tu dpt cut cost.

Berita gembira yg En Sadiq bawa, kami dimaklumkan pihak PDRM tiada halangan sekiranya kami semua sambung degree. cuma pihak UiTM belum tentukan lagi bolih/bila, koi difahamkan agak sukar untuk merealisasikannya memandangkan ianya memerlukan budget yg banyak. koi harap ianya akan jadi kenyataan.

Koi berdoa agar semua yg dirancang akan menjadi kenyataan. Insyaalah... kalau diizinkan Allah swt. sebagai manusia kita hanya merancang tapi TUHAN yg menentukan. Aminn.

Tuesday, December 1, 2009

KERIANGAN PENGHUJUNG TAHUN 2009

Tarikh: 3/12/2009

Beberapa jam yg lalu koi ada berjumpa En. Fog yg baru balik dari mesyuarat di UiTM, dego cite PKL-PDRM akan mengadakan kursus di Langkawi pada 17/01/2010 nanti, katanya kami jadi fasi tu.... alamak... seronoknya selain tu cik Fog ada juga beri tahu, surat dari UiTM untuk kami adakan praktikal akan bermula dari 3 Jan hingga 4 April 2010 di PULAPOL KL. 2 bulan tak kerja tuuuu org kata mcm raya hindu lee...

Kalau diizinkan Allah swt azam tahun baru koi tahun nie nak kuruskan badan, itupun kalau ada kemampuan, kebetulan kat PULAPOL ada gym bolih gak koi cuba mana tahu menjadi..... bukan apa... kalau tak turun badan nie, takut kalau time konvo nanti tak ada saiz jubah nak pakai pulakkkk buat malu kaum je.

Selain dari tu ada berita yg lebih seronok En. Fog bawak, katanya keputusan Final exam akan keluar minggu depannnnnnnnnnnnn, moga2 semuanya lulus dengan cemerlang, lepas nie rasanya ramai gak yg tak tido lena. sabo kawan2

Mulai dari sekarang, marilah kita sama2 kumpulan dana agar jamuan yang dirancangkan nanti dapat dilaksanakan dengan meriah. Insyaalah...

RAYA KORBAN 2009

Hari Raya Korban tahun nie koi dapat off kecil satu hari, tolak campur dapat le koi cuti 3 hari, jadi sewaktu di Kg. kami adik beradik rancang pada raya ke 2 nak buat "Ayam Percik" alaa kelantan dan mee kari . ayam dah tempah 6 ekor ingat ayam kecil rupanya 6 ekor RM 126.52 ayamnya semuanya besar bagak, tersandar kami semua dibuatnya.

Setiap kali balik kampung koi akan pergi memancing di sungai belakang rumah mak koi, kali ni koi pergi dengan adik & kak long untuk lepas gian je. walau pun guna kail batang rumbia dapat gak 2 ekor ikan keli 2 ekor ikan putih dan 3 ekor ikan nyet2. ayah setiap kali kami cuti lama dia dah awal2 lagi tebang batang rumbia untuk dijadikan batang pancing, dikeringkan terlebih dahulu nanti kalau lewat batang kail berat pulak kesian kat cucu takut tak larat angkat batang pancing.

Koi sempat juga ajar anak lelaki koi bawa motosikal, entah mcm mana kami dua orang terjatuh dengan bergayanya depan rumah mak, ada ke patut motor berhenti pun bolih jatuh, tu le pasal anak koi terpulas minyak motor, lebam kaki dia, harap2 suami koi tak naik angin. apa-apa pun walaupun cuti koi sikit tapi tetap menyeronokkan.

Nasihat Koi, kepada siapa yg dah lama tak balik kampung tu jenguk2 org tua di kg mereka sebenarnya mereka tidak mengharapkan wang ringgit dari kita tapi kehadiran kita disisinya.