Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Sunday, February 7, 2010

MOTIVASI CAMP

MOTIVASI CAMP DI ANNEX PDRM LANGKAWI, KEDAH
Tarikh: 17-21 JAN 2010

Seawal jam 700 pagi 17.1.2010 kami dah bertolak dari PULAPOL KL ke JATI KUAH, KUALA PERLIS. sampai je kat jeti kami dah terlepas feri tu le pasal, nak ke Perlis pun sampai 4 kali berhenti mcm mana feri tak terlepas, ada ke jam 1100 pagi dah suruh kami mkn tengahari rasanya baru jam 0730 kami minum pagi di Tol Rawang dah suruh mkn tengahari pulak.

Program kali ini kami sebagai penganjur (fasi). seramai 87 orang terlibat dlm program kali ini, mereka terdiri dari bebudak sem 1,3,5,7 Majlis Perasmian di lakukan olih KPD Langkawi dan Majlis Penutup pulak dilakukan olih KCK Kedah, program kami dibantu 5 org bebudak UiTM Arau, Perlis. TQ dik, sebab sudi membantu kami dan menambahkan keceriaan dlm program kami.

Pelbagai suka duka dalam merealisasikan program ini, keseluruhannya program kali nie dianggap berjaya, kami semua sungguh bangga lebih-lebih lagi program ine adalah "FIRST BABY" kami, almaklum le.. semunya tak ada pengalaman dlm menganjurkan program terutama sekali bila ianya melibatkan peserta yg agak ramai. TQ yg tidak terhingga diucapkan kepada En. Sadek yg sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami semua. segala pengalaman pahit manis yg kami lalui akan menjadikan kami lebih matang dan kami akan lebih fokus dlm 2 program yg sedang menunggu.

Koi juga ingin mengucapkan TQ dan syabass kepada semua kekawang pratikal yg selama nie bertungkus lumus dlm menjayakan program ini. ingat........ klu tak buat bebetul tak dpt kita semua DIP.. koi juga minta maaf sekiranya koi ada terkilaf dlm apa percakapan dan perbuatan. Amin..........

Wednesday, December 9, 2009

HARAPAN

Tarikh: 8/12/2009
Tpt: Pejabat

Pada 0900 pagi semalam semua PLK sem-7 ada perjumpaan bersama En Sadiq di Uitm bagi membincangkan program motivasi yg akan kami buat di Langkawi pada 16-20/1/2010 nanti. seramai 86 peserta akan menyertainya yg melibatkan semua pelajar PLK-PDRM. kami juga mengundang beberapa orang Pensyarah dari Shah Alam dan juga pensyarah dari UiTM Perlis. yg sedihnya kami difahamkan yg En Hisyam tidak dapat menyertai kami, apa bolih buat mungkin beliau terlalu sibuk, tapi kalau merajuk jangan lamo-lamo nanti lokeh tuo.

Rasa seronok pulak kali ini kami diberi peluang sebagai pengajur. kalau diikutkan hati kami semua nak buat merioh sikit, tapi tenguk dulu budget lee. Baru koi tahu rupa setiap kali menganjur sesuatu program memerlukan wang yg banyak mencecah puluhan ribu ringgit gak. kalau dulu waktu koi sebagai peserta kalau ada yg tak cukup asyik nak complain je rupanya susah mereka nak buat. adat manusia tak pernah berpuas hati dgn apa yg ada.

Program kali nie koi diberi tugasan sebagai AJK makanan, tu yg best.. tugasan yg dikira agak senang kira bolih cilok, cilok. kebetulan koi ada lesen memandu pasukan (polis) bolih gak ronda2 dgn kereta polis Apai kata nak pinjam 1 van dari IPD Langkawi agar senang kami buat pergerakan disana tak payah sewa kereta selain tu dpt cut cost.

Berita gembira yg En Sadiq bawa, kami dimaklumkan pihak PDRM tiada halangan sekiranya kami semua sambung degree. cuma pihak UiTM belum tentukan lagi bolih/bila, koi difahamkan agak sukar untuk merealisasikannya memandangkan ianya memerlukan budget yg banyak. koi harap ianya akan jadi kenyataan.

Koi berdoa agar semua yg dirancang akan menjadi kenyataan. Insyaalah... kalau diizinkan Allah swt. sebagai manusia kita hanya merancang tapi TUHAN yg menentukan. Aminn.

Tuesday, December 1, 2009

KERIANGAN PENGHUJUNG TAHUN 2009

Tarikh: 3/12/2009

Beberapa jam yg lalu koi ada berjumpa En. Fog yg baru balik dari mesyuarat di UiTM, dego cite PKL-PDRM akan mengadakan kursus di Langkawi pada 17/01/2010 nanti, katanya kami jadi fasi tu.... alamak... seronoknya selain tu cik Fog ada juga beri tahu, surat dari UiTM untuk kami adakan praktikal akan bermula dari 3 Jan hingga 4 April 2010 di PULAPOL KL. 2 bulan tak kerja tuuuu org kata mcm raya hindu lee...

Kalau diizinkan Allah swt azam tahun baru koi tahun nie nak kuruskan badan, itupun kalau ada kemampuan, kebetulan kat PULAPOL ada gym bolih gak koi cuba mana tahu menjadi..... bukan apa... kalau tak turun badan nie, takut kalau time konvo nanti tak ada saiz jubah nak pakai pulakkkk buat malu kaum je.

Selain dari tu ada berita yg lebih seronok En. Fog bawak, katanya keputusan Final exam akan keluar minggu depannnnnnnnnnnnn, moga2 semuanya lulus dengan cemerlang, lepas nie rasanya ramai gak yg tak tido lena. sabo kawan2

Mulai dari sekarang, marilah kita sama2 kumpulan dana agar jamuan yang dirancangkan nanti dapat dilaksanakan dengan meriah. Insyaalah...

Thursday, November 12, 2009

PTK

Tarikh: 11/11/2009 Tempat: Dewan Mahfus, JKR KL.

Ini kali ke 4 koi ambil periksa PTK ada 2 paper UMUM & KHUSUS soalannya bukan susah sangat tapi tak dapat-dapat IV gak, dengar kata ada koata, lagipun belum rezeki koi kot. ari tu periksa dapat III, III kira lulus tapi tak dapat anjakan gaji, kalau IV baru dapat anjakan gaji. periksa kali ni dah tentu tak baca buku punya....
Waktu periksa nie yg seronoknya dapat jumpa kawan-kawan lama. kalau tak ada aktiviti mcm nie entah bila dapat jumpa mereka, masing-masing sibuk dengan tugas harian. mana ada masa nak sembang-sembang. yang penting periksa PTK free.... dan dapat off kecil lagi.

Monday, November 9, 2009

CUTI PERIKSA

Diam tak diam rupanya 21 ari koi cuti periksa, patut le mcm nak rak pejabat bising, koi tak faham le perangai manusia nie, sampai dah habis belajar ada je yg tak puas hati. tak pasal-pasal yatie, Fauzi, koi kena isi borng cuti, kalau dia tak dapat cuti suruh bos dia call je Bukit Aman tak payah tunjuk kat opis koi. kalau dia kat opis tak ngam... jgn pulak kita orang yg dapat susah. sampai boss dia talipon kat opis koi, benggang betul... dah le esoknya ada periksa law. bertambah serabut otak koi.
Nasihat koi kalau kita nak kerja senang dan seronok jangan le terlalu berkira dengan orang. kerja le dengan ikhlas, sentiasa bertolak ansur baru le orang suka kita tak payah kipas lipas, kalau tak faham gak pergi tukar kat kawasan luar bandar sikit baru dapat belajar apa sebenarnya tugas polis nie.

Friday, October 30, 2009

KEBALANNYA SEORANG POLIS

Tarikh: 30/10/2009 @ 0730 mlm
Tempat: KL Sentral

Baru je nak masak, anak pulak telipon suruh jemput kat Stesen bus Perkeliling & KL Sentral, anak dara kalau tak di jemput karang orang lain pulak jemput ya tak? nak tak nak kena juga redah hujan. dah ambil seorang kat perkeliling kena ambil seorang lagi pulak kat KL Sentral, kereta jangan nak cerita punya laa banyak, sampai KL Sentral koi parking kat Main Entrance dah tahu tempat tu tak bolih parking buat juga, lepas tu bolih pergi shoping lagi, faham2 je laa kalau org pempuan shoping dunia pun dah tak ingat beli nya tak lee seberapa membelik nya yang lebih.

Jam 0810 mlm bila kami nak balik tayar kereta kebal koi kena kunci la pulak......, notis tulis kereta RM 50, motor RM 20 aduh...... masa anak nak beli baju RM 19.90 koi tak layan tu la pasal.... sewaktu nak bayar saman koi minta amaran, tapi KPL Jaafar tu kata tak bolih sebab dah rekod, tapi akak punya pasal saya kasi diskaun bayar RM30 je. bila koi kasi dia IC nak bayar, dia mula mengelabah, alaaa kak kenapa tak cakap polis tadi...... kalau tak, tak payah bayar, macam mana nie, resit dah tulis, kalau mcm tu akak bayar RM 10 je bolih? bila koi tenguk rupanya dia tulis jenis kenderaan dari kereta ke motor..... patut le dapat murah, TQ KPL.

Dari dulu koi takut orang tahu koi polis, bukan apa kalau beli barang org suka ketuk polis nie terutama peniaga melayu, kalau peniaga cina beli barang dapat murah pulak, kadang-kadang tak cakap pun aura atau badi polis tu dah ada, tak cakap pun diaorang tahu, lagi satu kalau parking kat mana-mana kereta mesti kena calar tu yang takut tu.

Baru-baru ni, koi ada dengar cerita dari radio buruk ada di kalangan PLK yang menyamar jadi pegawai polis, nasihat koi jangan dik..... bahaya, jgn cuba benda yg bukan2. hiduplah di alam yang nyata, kalau nak bergaya ikut le kemampuan, kan lebih selamat..... Saboo, kalau nak sangat jadi pegawai, lepas ni kalau ada KPSL bolih kita sama2 mohon, tapi tu laa jangan le malas datang kelas, dapat cuti belajar tak nak belajar, entah merayau kat mana joli katak sakan, laki, anak tak adapun banyak masaalah, beringat la dik....


Alhamdulilah dah 20 tahu koi kerja belum sekali koi minta rasuah, tapi nak hidup mewah tu....tak dapatlah, setidak-tidak koi sentiasa dapat tido lena setiap malam, lagi satu ikut petua orang lama kalau nak duit tu lebih berkat walaupun sedikit beri lah kepada orang tua dikampung agar lebih berkat katanya. ingat... masa awak panjang lagi dikkk.. untuk sampai umur 58 tahun, mcm2 benda awak akan jumpa takut nanti kelabu mata, lepas tu buta pulak, kalau dia baca blog nie moga lepas ni dia akan lebih berhati2 di dalam setiap pergerakannya. Amin.


Tuesday, October 20, 2009

BERSAMA PEMBUNUH PALING KEJAM DI MALAYSIA

Tahun: 1995-1996

Koi mula menyertai pasukan polis pada tahun 17/1/1988. selama 6 bulan latihan asas di Pusat Latihan Polis Ayer hitam (PULAPAH) Bahau N. Sembilan. selepas itu koi ditugaskan di IPD Temerluh, Pahang selama 10 tahun. Sewatu bertugas di sana satu pengalam yang mungkin tidak dapat koi lupakan sewaktu menjadi eskot dalam perbicaraan pembunuh paling kejam di Malaysia iaitu pasangan Mona dan Afenddy bersama pembantu mereka Juraimi. yang akhirnya mereka jatuhkan hukuman gantung sampai mati olih Makamah Tinggi Temerluh, Pahang.

Walaupun peristiwa itu telah beberapa tahun berlalu koi masih tak dapat melupakannya. setiap kali perbicaraan diadakan seperti pasta meriahnya. setiap orang di seluruh pelesuk Malaysia datang untuk melihatnya. sememangnya Mona Fendy adalah seorang yang wanita yang cantik mempunyai kulit yang putih gebu, berhidung mancung, mempunyai sepasang kaki yang cantik, tapi koi tahu bagaimana mereka tergamak membunuh orang hanya kerana wang.

Koi dapat tahu mereka juga dari golongan yang terpelajar dan mempunyai keluarga yang berharta. dari desas desus yang koi dengar mereka membunuh hanya kerana "ilmu hitam". entah lah koi pun tak pasti hanya Allah s.w.t. yang maha mengatahui apa yang tersirat di hati mereka.

Sepanjang menjadi eskot dalam perbicaraan mereka, koi jarang bercakap dengan mereka, koi hanya berminat berbual-bual dengan Juraimi tapi yang pasti mereka adalah sepasang suami isteri yang amat bahagia, sentiasa bergurau senda, menyanyi tak kira dimana, di tempat menunggu di mahkamah mahupun di dalam lokap. lagu kegemaran meraka kebanyakan lagu-lagu allahyarham Tan Sri P. Ramli & Puan Sri Salomah.

Sewaktu perbicaraan sempat juga koi lihat gambar-gambar mangsa pembunuhan, sungguh mengerikan tak dapat koi bayangkan, bagaimana mereka sanggup membunuh dan mengerat mangsa ke 14 bahagian, kes ini bukan saja mendapat liputan di Malaysia tapi juga di seluruh dunia sehingga koi dapat beberapa kenalan dari luar negara.

Sebenarnya banyak cerita yang koi dengar serta koi lihat sewaktu diperbicaraan mereka tapi koi tak bolih dedahkan kerana telah menjadi sesuatu yang sulit. biarlah ianya menjadi rahsia koi. dan koi doakan semoga roh mereka diberkati Allah s.w.t. dan kepada keluarga mangsa koi harap peristiwa ini menjadi panduan dan tauladan kepada mereka dan juga semua warga Malaysia.


Monday, October 5, 2009

PENUNGGU DI BUKIT CERAKAH, SHAH ALAM

Tarikh: 30/09/2009 @ Masa: 0400 ptg






CP terakhir dimana diaorang nampak lembaga putih tu terbang


dibelakang jambatan ini dikatakan mayat itu ditanam



buai ini dikatakan sering bergerak sendiri


disini kami memancing & memasang jaring

Sukar untuk koi percaya ini adalah coretan koi yang ke 4 mengenai cerita ini, telah beberapa kali koi tulis dalam blog, bila saja koi nak buka cerita, blog ini diserang virus sampai tak bolih buka dan baca. moga kali ini masalah tak akan timbul lagi. mungkin koi tak dibenarkan menceritakan hal ini kepada sesiapa kot. entahlah koi pun tak pasti.

Sebenarnya selepas sahaja amali orienteering di Bukit Cerakah, Koi, Yatie dan Ina masuk semula ke dalam taman tersebut untuk memastikan suara yang koi dengar sewaktu di persimpangan Empangan Sg. Air kuning. nasib baik di persimpangan itu koi terjumpa dengan En. Hisyam dan Apize kalau tak koi tak tahu nak buat apa sebab terlampau takut terdengar suara riuh rendah seperti ada sukanika berlangsung di kawasan empangan tersebut.

Kebetulan persimpangan itu (CP5) nak tak nak terpaksa koi pergi. waktu nak cari CP6 compass koi tak bolih dibaca nasib baik En hisyam tolong, rupanya ada kemera bawah compass tu yang baering ada lari sikit. sebenarnya masa tu koi dah takut gilerr..Ina pulak dah tak nampak bayang. waktu tu hanya tuhan saja yang tahu. sebenarnya disitulah tempatnya cerita lembaga putih terbang.

Untuk memuaskan hati koi, kami pergi semua ke empangan tersebut alangkah terperanjat koi bila koi lihat tiada aktiviti sukan berlaku disitu hanya 3 orang lelaki yang sedang memancing, hati koi mula berbisik datang mana suara yang koi dengar tadi. bebudak dua orang dah ketakutan ajak turun pun dia tak nak, diaorang sanggup duduk dalam kereta, koi lihat muka diaorang semua lain macam tak tahulah kalau mereka kepenatan.

Setelah mengambil beberapa keping gambar koi terus bla, yang sebenarnya bulu roma dah mula meremang, waktu ambil gambar rasa seram sejuk pun ada, koi buat-buat berani. kalau tak ambil gambar kata En Hisyam tak ada bukti hidup pulak. Alhamdulilah sewaktu aktiviti orienteering tiada perkara buruk berlaku. sesungguh Allah s.w.t. lebih berkuasa dari segalanya. Aminnnn.