Showing posts with label Rekreasi 2009. Show all posts
Showing posts with label Rekreasi 2009. Show all posts

Tuesday, December 1, 2009

KERIANGAN PENGHUJUNG TAHUN 2009

Tarikh: 3/12/2009

Beberapa jam yg lalu koi ada berjumpa En. Fog yg baru balik dari mesyuarat di UiTM, dego cite PKL-PDRM akan mengadakan kursus di Langkawi pada 17/01/2010 nanti, katanya kami jadi fasi tu.... alamak... seronoknya selain tu cik Fog ada juga beri tahu, surat dari UiTM untuk kami adakan praktikal akan bermula dari 3 Jan hingga 4 April 2010 di PULAPOL KL. 2 bulan tak kerja tuuuu org kata mcm raya hindu lee...

Kalau diizinkan Allah swt azam tahun baru koi tahun nie nak kuruskan badan, itupun kalau ada kemampuan, kebetulan kat PULAPOL ada gym bolih gak koi cuba mana tahu menjadi..... bukan apa... kalau tak turun badan nie, takut kalau time konvo nanti tak ada saiz jubah nak pakai pulakkkk buat malu kaum je.

Selain dari tu ada berita yg lebih seronok En. Fog bawak, katanya keputusan Final exam akan keluar minggu depannnnnnnnnnnnn, moga2 semuanya lulus dengan cemerlang, lepas nie rasanya ramai gak yg tak tido lena. sabo kawan2

Mulai dari sekarang, marilah kita sama2 kumpulan dana agar jamuan yang dirancangkan nanti dapat dilaksanakan dengan meriah. Insyaalah...

Monday, November 2, 2009

KEMUNCAK DEBARAN

Tarikh: 3/11/2009
Tempat: Rumah

Pertama kali dalam musim cuti periksa di koi dapat bangun lewat sikit, kalau tak pagi-pagi dah lepak kat Tasik titiwangsa study group, 5/11/2009 baru start study group semula, sebab last paper 8 hb nie ada le masa sikit nak rehatkan otak, kalau sempat nak tenguk anak kejap kat asrama di Bentong, Pahang yang akan ambil SPM tahun nie. kesian tenguk anak-anak semuanya terbiar gara-gara mak dia nak final exam, hari ahad hari tu pun dia balik asrama naik bas. takpe laa, nanti kalau maka datang jenguk kakak mak belaja kakak cica "PIZZA" ok!.

Tinggal satu paper saja lagi sebelum koi tinggalkan UiTM, kali nie koi nak pulun habis-habis supaya bila dlm dewan periksa tak le "saaanggap" sangat. mcm semalam..... paper law (Dr. Kwame) sejarah koi keluar dewan periksa awal 1 jam sebelum masa tamat. mana kan tidak pandang luar gelap, pandang dalam gelap, mata terus jadi gelap. otak beku habis...... koi tenguk ramai jugak member yang sawan, garu kepala yg tak gatal, kipas badan yg tak panas, mcm-mcm gaya, tetap idea tak mari-mari. toyol-toyol semua lari mungkin takut dengan Prof. kwame kottttt.....

Ada satu pegawai perempuan tu, dia ingat kami bawak toyol agaknya asyik lalu je kat kami lepas tu bolih selak paper kami pulak mengganggu betul, serabut otak tenguk dia kehulu ke hilir, rasanya dia belum pass untuk jadi spy laa, jadi spy tak payah datang dekat2 dari jauh je bolih tahu orang meniru ke tak, rasanya dia kena belaja dengan kami mcm mana nak jadi spy.

Apa-apa pun moga pada 8hb nanti otak nie tak beku, lancar macam air sungai Pahang......... sebelum koi terlupa.......jangan tak jadi dengan "Projek Mega" kita, di Tingkat 25, Bangunan Prangsang, Shah Alam. makan minun tak disediakan kena bawak sendiri..semua dijemput hadir. apa-apa pertanyaan call Cik. Rose. TQ.

Monday, October 26, 2009

YANG TERSURAT, TERSIRAT DI OUTDOOR RECREATION

Tarikh: 26/20/2009 @ Masa: 0300 petang

Pejam celik, pejam celik, rupanya hari ini adalah hari terakhir sebelum En. Hisyam menutup pintu blog. koi dah mencuba yang terbaik, semoga apa yang koi paparkan menepati sasaran seperti yang beliau inginkan.

Bila difikirkan semula, sewaktu koi ingin menempah tempat di UiTM bergitu banyak halangan dan dugaan yang harus koi tempuhi. Koi terpaksa ambil SPM semula pada tahun 2005, sewaktu berumur 37 tahun bagi melayakkan koi memohon program PLK UiTM-PDRM nie, sewaktu belajar pelbagai tomahan dan perhinaan koi terima, "hai!, dah tua-tua baru nak belajar? dulu orang kasi belajar malas, kalau saya tak payah laa membazir masa je", sendir mereka. koi telan semua tomahan yang dilemparkan. keputusan SPM koi agak cemerlang dan koi memohon pulak peperiksaan STPM pada penghujung Nov. 2006, entah macam mana pada Jun 2006 program PLK-PDRM dibuka koi pun mencuba nasib, Syukur alhamdulilah.......... permohonan koi di terima, koi lihat orang-orang yang selama ini menghina koi berpaling muka bila bertembung dengan koi, tak tahu mungkin diaorang malu atau benci terhadap koi, sewaktu menduduki peperiksaan final di sem 1, koi menerima slip peperiksaan STPM pulak, tak study koi terus je pergi periksa bila minta cuti periksa kena sindir lagi, awak ni tamak betul, dah belajar Dip. pun nak ambil STPM lagi buat apa!? diaorang tak faham sebenarnya duit periksa STPM koi dah bayar sejak Mac 2006 lagi, lagipun Yusanie beri koi semangat untuk ambil periksa, sebab dia pun periksa juga. walaupun tak study koi masih dapat keputusan 1P, 2R kira bolih laa sebab tak belajar lagipun jawap STPM ada format tersendiri.

Bila dapat belajar di UiTM datang satu masaalah lagi, bila subjek BELL (English) memanjang koi dapat "C", keputusan tersebut membuatkan koi tak dapat bersaing dengan mereka dalam GPA, koi terpaksa berusaha dengan bergitu keras untuk sebaris dengan mereka walaupun koi terpaksa merangkak sekalipun. TQ kepada suami dan rakan-rakan yang selama memberi semangat dan membantu koi. setiap kali menghadapi final exam Yatie, Mala, Ina, Fauzi & Koi buat study group, dari situ lah keputusan koi sentiasa meningkat hari demi hari.

Dapat mengikut Outdoor Recreation di Pulau Kapas mahupun di UiTM adalah sesuatu pengalaman yang amat menyeronokkan tidak dapat digambarkan dan diluahkan dengan perkataan, TQ En. Hisyam kerana berjuang untuk kami kalau tak kempunan kami nak merasa pengalaman ini. sepanjang kelas beliau, tidak pernah sekalipun koi rasa jemu. tapi orang lain koi tak tahu....

Terasa amat sedih bila nak meninggalkan UiTM tapi, hidup perlu diteruskan, koi juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada En Hisyam, PERLU dan SR221 yang selama ini banyak membantu. jasa baik kalian tak mungkin koi lupakan. dan tak lupa juga kepada semua pensyarah yang telah mendidik koi selama ini bergitu juga kepada semua rakan-rakan. disini koi mengambil kesempatan menyusun jari memohon maaf kepada semua, sekiranya dalam sedar atau tidak koi, pernah menyakiti dan menyinggung perasaan kalian moga ia tidak dijadikan alasan untuk kita memutuskan silaturahim yang telah terbina.

Saturday, October 24, 2009

AMALI FLYING FOX

Tarikh: 24/10/2009 @ 00830 pagi
Tempat: Belakang Pusat Renang UiTMN Shah Alam

Akhirnya tercapai juga hasrat koi untuk buat flying fox hari ini, tak terucap dengan kata-kata bagaimana seronoknya aktiviti tadi walaupun sewaktu bertolak ke UiTM pagi tadi, hati ini bergitu resah kerana terpaksa meninggalkan anak lelaki yang sedang sakti sejak malam lagi.

Jam 0700 pagi sebelum bertolak koi berikan dia ubat demam dan mandikannya supaya kepanasan badannya dapat diturunkan. sewaktu koi menyiram badanya dengan air dia menjerit kesejukan sehingga suami koi tersentak dari tidur sehingga tapak tangan kanannya terluka dan berdarah. koi mula tak sedap hati memikirkan insiden tersebut. hati mula berbelah bagi nak pergi ke tidak, kalau tak pergi.... dah janji dengan Yatie nak bergi bersama. lagi pun koi teramat teringin untuk mencuba aktiviti ini, walaupun 6 tahun koi bawa bebudak kadet-polis camping tapi, koi tak pernah berpeluang untuk mencuba kerana terpaksa mendulukan mereka. Seletah berbincang dengan suami alhamdulilah, dia izinkan koi pergi. TQ bang kerana sentiasa memahami perasaan ini.

Setelah ambil yatie di Bangsar kami bergegas untuk sarapan pagi di seksyen 2, Shah Alam, sampai disana Fauzi, Ina dan Mala sudah menunggu dengan roti canainya. Koi dan Yatie sebat 2 keping roti seorang untuk alas perut takut kalau-kalau aktiviti lewat habis. Jam 0830 pagi bila saja sampai di kolam renang koi lihat adik-adik degree semuanya dah sampai, rajinnya adik-adik ni, jam berapa laa diaorang sampai. sedang kami sibuk buat persiapan tepat jam 0900 pagi En. Hisyam sampai, koi takut juga kalau-kalau En. Hisyam marah sebab semuanya tak siap lagi. nasib baik dia ok aje.

Setelah siap pasang tali En. Hisyam memaklumkan yang XXL jalan dulu, tak semena-mena si Leny terus pasang sling kat yatie, alamak memang sah lepas nie pasti giliran koi, bila sampai kat puncak bukit yatie tolak koi dulu, pandai betul budak tu....

Sewaktu nak pasang sling ada masalah sikit, En. Hisyam suruh tukar sling yang panjang supaya dapat menyelamatkan muka koi dari disagat tali. sewaktu dilepaskan koi ikut semua arahan En. Hisyam buat "L" shape alhamdulilah selamat..... TQ, En. Apize kerana selamatkan koi dari merempuh pokok kalau tak bertambah penyet hidung nie, bila saja sampai koi disambut olih En. Yasser alangkah terkejutnya beliau, bila dapati sling koi "burn rope", selesai satu sling. YaAllah.... nasib baik tak terputus tadi. Risau juga hati memikirkan rakan-rakan yang lain adakah mereka akan selamat.

Untuk meneruskan aktiviti En. Hisyam & En. Yasser gunakan keadah yang lain yang lebih selamat kepada mereka, kalau tak sudah tentu mereka tak dapat merasa pengelaman ini. bercerita tentang berat pulak, koi sentiasa telus tak ada selindung-selindung 83 kg berat koi, tapi masih lagi En. Apize dapat menahan koi dari merempuh pokok, yang hairannya ada seorang kutu tu terlajak sampai belakangnya merempuh pokok, bila ditanya berat dia 70 kg aje. Takkan laa En. Apize tak dapat menahan talinya kalau beratnya seringan itu. kesian koi tenguk En Apize tangannya kepanasan menahan tali, pelbagai cara dia reduce kepanasan tangannya tanpal sana sini bagi tebal glove. tapi tetap melurut juga tali kami, bukan apa semuanya obesiti.

Keadaan menjadi lebih tegang ditambah pulak dengan keadaan cuaca panas, nasib baik En. Apize dibantu 2 bebudak degree, kalau tak kesian dia kepanasan badan dan tangan, sehinggalah En. Maslin datang baru lee rasa lega sikit. ada juga orang yang gagah membantu. TQ kerena sabar dengan kerenah kami.

Sesungguhnya pengalaman hari ini sungguh menyeronokkan dan tak mungkin dapat koi lupakan sampai bila-bila. TQ. En Hisyam kerana memberi peluang kepada kami semua. walaupun sibuk dan kesuntukan masa tapi beliau tetap mahu meneruskannya. kepada rakan-rakan yg tak percaya dengan kata2 koi dulu, koi dah buktikan pada mereka yang amali nie sungguh menyeronokkan sehingga ada yang ingin melakukannya sekali lagi, termasuk koi. rata-rata koi lihat wajah mereka penuh dengan keceriaan.

Kami menamatkan amali Flying Fox pada jam 0100 tengahari, sebelum bersurai En. Hisyam sempat juga menyampaikan amanat sebelum kami menduduki final exam.

Kepada adik-adik degree TQ kerena membantu merialisasikan impian kami, dan maafkan kami sebab tak dapat membantu mengemas barang-barang. kerana kami semua ada test 2 communication jam 0300 ptg. apa-apa pun Good Luck for your final exam.


PENANTIAN FLYING FOX


Tarikh: 24/10/2009 @ Masa: 0115 pagi
Tempat: Rumah

Haiii....tak sabarnya menunggu siang....esok ada amali Flying Fox di UiTM Shah Alam, sewaktu En Hisyam memaklumkan supaya kami memilih Wall Climbing atau Flying Fox ramai yang memilih aktiviti Wall Climbing dengan alasan susah nak mengikat tali kat pokok. Allah... kenapa laa singkat sangat pemikiran mereka, bab ikat mengikat ni kan bolih dibuat dengan bergotong royong.

Pada 3/10/2009 sewaktu amali Low Rope Course, En. hisyam memaklumkan yang kami akan buat Flying Fox, waktu itu alangkah gembiranya koi manakan tidak untuk mencapai matlamat itu, puas juga koi melobi mereka ni, ramai yang menentang hanya koi seorang saja yang suka Flying Fox dalam hati macam mana nak menyakinkan mereka, koi suruh Fauzi tolong pujuk mereka pun tak jalan. macam-macam koi cakap, wall climbing susah...... lebih-lebih lagi yang XXL, kena gunakan tangan yang kuat lah, macam2 koi cakap masih tak dapat menyakinkan mereka. Alasan mereka susah dan mengambil masa yang lama untuk pasang tali. akhirnya koi berserah jee, kena ikut suara ramai, nak buat macam manannnnnnnn...

Bila dapat tahu buat Flying Fox, rasa macam nak melompat je, TQ En. Hisyam kena memakbulkan doa koi, syukurr....akhirnya dapat juga koi buat Flying Fox. Koi janji pada mereka yang aktiviti ini akan menyeronokkan.


Thursday, October 22, 2009

WOW RAMBUTAN

Sewaktu low rope course 3/10/2009 kami dikelilingi pokok rambutan yang sedang lebat buahnya, En. hisyam kata kalau ikut perhitungan minggu ni (24/10/2009) sedang elok masaknya insyaalah...kalau ada rezeki esok kami dapat menjamahnya. tapi takut berebut dengan beruk dan tupai je. harap-harap Rino adala esok kalau tak sapa pulak yang nak panjat pokok rambutan, takkan Mala kot.

Doggeng ornag-orang tua, budak perempuan tak bolih panjat pokok, takut nanti bila buahnya masak ia akan merkah. tak pe...kalau kat situ rambutan tak ada, kat pasar ada, kan!?

GUNI


Niat hati kalau sempat pagi esok nak bawa guni lagi, sewaktu amali low rope ari tu dapat juga koi cari 12 helai guni, bukan apa kesian tenguk En. hisyam banyak kali pesan suruh kami bawa, rasa malu pulak kalau tak bawak.

Apa-apa pun terima kasih laa kat suami koi kerana dia yang beria-ia cari, dia cari guni di semua supermarket kat Setiawangsa JJ, Giant tak jumpa. Nasib baik dia suruh koi cari kat pasar Keramat rupanya melambak... tapi sehelai koi kena ketuk kat minah Indon RM 1, nasib baik 5 helai saja yang 7 helai lagi ada orang sedekah. Alhamdulilah...lepas nie kalau ada yang nak guni beritahu laa, insyallah kalau tiada halangan koi akan cari.

Tuesday, October 13, 2009

TEST KNOTING


Gabra giler....

Tarikh: 10/10/2009
Tempat: Pusat renang UiTM Shah Alam

Hari ni sebelum amali low ropes course En. Hisyam adakan test knoting dulu. dengar aje ada test perut pun kecut, kelang kabut dibuatnya, tak dapat belit kat tangan belit kat betis kalau tak pun botol air jadi mangsa, bila tanya member mcm-mcm stail mereka beri tak tahu nak ikut yg mana punya. Nasib baik En. Hisyam bagi klu sikit, tu pun puas jugak nak ingat.
* Reff Knot
* Clove Hitch
* Butterfly knot
* Fisherman knot
* Double Loop Double Figure Eight
* Bowline & Double bowline
* bonus - double bowline

Koi kumpulan yang ke 3 buat test, nasib ada masa untuk belajar lagi. sementara menunggu giliran tiba. kalau dah jenis gemuruh tu, baca ayat apa sekalipun tak jalan, mengigil tangan lebih lagi soalan Clove Hitch tak bolih jawab.

Rasa sedih juga bila Clove Hicth koi tak dapat, sebab selalu belajar ikat kat tangan, bila test kena ikat kat kayu pulak kacau bilau dibuatnya. ramai juga yang kantoi. yg paling sedih bila bowline, masa diberi 15 saat, koi dapat buat tapi tak dikira markah sebab terlebih masa. puas Koi & Rose pujuk beliau tak makan... dengan alasan markah lain banyak lagi katanya. Alhamdulilah dapat 16 markah tu dah dikira banyak. ya tak.

Kepada kekawang tahniah dengan kejayaan anda semua dan terima kasih kerana membantu koi disaat akhir. tanpa kamu semua tak mungkin koi dapat buat dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada.


AMALI LOW ROPES COURSE


peralatan yang digunakan
Tarikh: 10/10/2009 @ 0900 pagi
Tempat: Amphiteater Komplex Renang UiTM

Hari ni koi ada amali dan Low Ropes course dan test knoting, sebelum bertolak ke UiTM koi singgah dulu di Pasar Besar keramat beli guni untuk balut pokok takut tercalar nanti. kesihan lihat En. Hisyam dah banyak kali suruh kitaorang bawa tapi tak seorang pun bawak, rasa malu pulak kalau tak dapat bawak hari ni, kalau dah rezeki dapat juga koi 12 helai guni untuk diguna sewaktu amali nanti.

Sepanjang perjalanan Koi & yatie ke Shah Alam kami diiringi hujan lebat. sampai je sek 2 kami soru dulu bersama ngan Mamak,& Ina, takut kelaparan koi sebat roti canai 2 keping.

Bila saja sampai di Pusat renang tepat jam 0845 pagi kami belajar sikit-sikit knoting. tak sangka bila En. Hisyam datang terus dia adakan test knoting, berbelit-belit tangan buat knot. siap saja test kami terus adakan amali di atas bukit belakang pusat Renang.
untungnya ada tenaga jantan hari tu...
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Kali ni kami buat 4 jenis low ropes course je, seronok betul bila kami bergotong royong menyiapkannya. Alhamdulilah tak ada yang kencing. ikatan yang kami buat semuanya kuat tak ada yang kendur kalau tak, malu dengan bebudak degree.

* Criss Cross
* Monkey Cross
* High Postman Walk
* Forward Tension Travers

Lepas selesai amili, En. Hisyam umumkan keputusan test knoting, alamak... koi dapat 16markah je, ada 1 jenis knoting koi tak ingat masa belajar tak ikat kat pokok masa test kena ikat kat kayu pulak, kelang kabut dibuatnya ramai yang kantoi hari tu. satu lagi waktu koi buat bowline, masa diberi 15 saat, walaupun koi dapat menyiapkan tapi beliau kata terlebih masa dan markah tak dikira. sedih betul.... apa bolih buat.

Betul kata orang tua-tua kalau kita tak mencuba pasti kita tak tahu bagaimana nak membuat knoting. Insyaalah lepas ni kalau ada kenduri kendara bolih koi prektiskan apa yg koi belajar selama ini.

Apa-apapun amali kali semamangnya menyeronok- kan sebab lepas kelas kami ada makan free (jamuan hari raya) di rumah Pn. Norliza (BELL).

Thursday, October 8, 2009

Teori Low Ropes Course & Makan Free

Tarikh: 07/10/2009 (sabtu)
Tempat: Pejabat

Hari ini bila buka saja blog En Hisyam, awal-awal beliau dah ingatkan geng PLK pasal Amali Low Ropes Course di Amphiteater Komplex Renang UiTM akan di adakan pada 10/10/20009 (sabtu) jam 0830 pagi. tak lupa jugak ajak kami PLK makan free kat umah beliau. dengar je makan free mula perut ni macam lapoo je.

Sabtu nanti waktu buat amali koi nak buat dulu lah, nak jadi apa jadilah... bukan apaa...takut kalau buat lambat-lambat tali dah kendur, tak daya.... karang kena merangkak atas tanah pulakkk. lebih-lebih lagi bila En Hisyam kata pokok-pokok disana semua masih kecil-kecil belaka. cuba la kekawan bayangkan bagaimanakah rupanya kalau koi merangkak dengan keadaan tali yg dah kendur. perut cecah kat tanah tu broo.

Kumpulan kami masih tak tahu jenis Low Ropes apa yang ingin kami buat. mungkin kalau ada masa jumaat ni kitaorang nak buat kajian dulu. kami semua bercadang nak buat yang senang tetapi kuat. almaklumlah PLK badannya semua besar bagak. kalau bolih, dah siap kami nak suruh En Mazlin test dulu kalau tak putus tu kira lulus lah. bolih ke cik? ops!, jangan mare geng XL.

Jangan lupa kawan-kawan jumaat lepas kelas kita ramai-ramai serang rumah En. Hisyam, makan biar sampai puas. INGATTT!! jangan ada yang tapau, MALU..........

Monday, October 5, 2009

Godaan Durian

Tarikh: 30/09/2009 (Rabu)
Tempat: Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor

Setelah saja tamat aktiviti orienteering pada jam lebih kurang 0400 ptg koi bersama Yatie & Ina masuk semula dengan menggunakan pas bebudak degree untuk memastikan adakah benar ada aktiviti sukanneka berlangsung di Empangan Sg. Air Kuning. sewaktu dalam kereta koi ceritakan pada Ina tentang cerita mistik di empangan tu dan koi terdengar suara riuh rendah sewaktu aktiviti orienteering (CP6) tadi, akibat ketakutan Ina dan Yatie tak turun dari kereta, sewaktu di sana koi hanya terlihat terdapat 3 oarng yang sedang memancing disana, setelah disahkan tiada aktiviti kami meneruskan perjalan ke Taman kaktus.

sewaktu menuju ke Taman kaktus kami terjumpa dengan seorang lelaki penjaga Taman Durian, semua pokok durian dipenuhi buah yang durian yang telah matang, apa lagi kami semuanya kaki durian.... dengan muka selamba koi bertanya kepada mereka "Bang tak jual ke durian tu....!? jual RM3.00 sekilo katanya. tapi tunggu sebentar timbang tak sampai lagi. sementara menunggu timbang sampai kami terus menuju ke taman kaktus, setelah mengambil beberapa gambar kami terus menuju semula ke Taman Durian.


Sampai je disitu, tanpa berlengah kami pun terus menuju ke selonggok durian ditepi jalan. Dengar je murah kami terus pulun sampai 5 kilo best gila sebab semua dari baka yang baik-baik tikus tidur, kucing tidur, orang tidur pun ada, hilang rasa penat, walaupun tadinya masing-masing macam nak mati keletihan. Sememangnya makan sambil menikmati permandangan dari atas bukit sengguh menyeronokkan, satu pengelaman yang sukar untuk dilupakan. sedang asyik makan lalu sebuah m/kar peronda polis lantas kami pun ajak mereka joint kami makan durian. sporting habis abang polis tu. kami lihat buah durian melayut-layut disetiap dahan, kami dimaklumkan yang pegawai penjaga kawasan durian tak makan durian patut le buahnya tak hilang kena kebas.....cayalahhh

Dari Taman kaktus kami bergerak balik melalui jalan pintas rupa laluan tadi menuju ke Tempat Basikal CP2 tak lah jauh sangat rupanya cuma jalannya sehala. akibat kekenyangan punya pasal, koi belanja mereka makan nasi ayam di Chiken Rice Shop pun dah lalu.

Untuk mengelak kesesakan lalulintas kami terpaksa balik sebelum jam 0500 ptg. Nak tahu! sewaktu dalam kereta menuju ke Kuala Lumpur hah.. kami berlawan sendawa durian... macam-macam bau ada... yang paling tak tahan Yatie punya, koi rasa sendawanya keluar bergelodak dari perut besar dia, mana kan tidak dia punya bau ada lain macam sikit sehingga kami tak tahan sampai buka tingkap...... kalau tak sesak nafas.. dah le kereta kebal koi kocik, punya le kuat bau. sepanjang perjalan kami ketawa terbahak-terbahak nasib baik tak ada yang melepas....... jangan mare...

Kepada mereka keseronokan bersamamu tak mungkin koi lupakan. TQ semua.

CABARAN ORIENTEERING

bukti hidup CP9, koi berjaya........
peralatan yang digunakan sewaktu orienteering

Tarikh: 30/09/2009
Tempat: Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam

Dengan bersemangat seawal jam 0700 pagi koi dah bertolak dari rumah menuju ke Shah Aalam, sampai Bangsa ambil yatie kat rumah dia, takut terlewat koi pecut gila kereta kebal koi, melantun-lantun dibuatnya. sampai Bukit Cerakah jam 800 pagi kedai makan tak bukak lagi nasib baik si Yus dan Sapiah bawah buah tangan dari Sabah, dah lapo kuih cincin pun jadi lah buat alas perut. waktu hujan bertambah lebat. ada juga kutu yang membebel tak nak buat, takut demam lah, nanti kalau demam tak bolih buat kerja la... kalau hujan mcm ni selewat-lewatnya jam 1200 thg nanti baru berhenti, koi ajak makan pun tak nak. banyak betul alasan budak nie. Tak tahan dengor koi ngan mala terus bla isi perut kat kedai makan. mee goreng telur mata & teh tarik, lega.....

mcm biasa taklimat dulu.....
Jam 0830 pagi En. Hisyam sampai, entah ilmu apa yang beliau hujan pun berhenti, padan muka budak tu, banyak sangat alasan. setelah selesai taklimat kami pun dilepaskan, koi peserta yang ke 8, sebab malas nak baca peta CP1 koi dah kantoi, CP1 koi terus tuju kat pejabat dekat pintu masuk, nasib baik org pejabat kasi tahu tempat basikal kat mana. CP2 (surau) tak jadi masalah, bila saja koi nak menuju ke CP3 di kandang rusa koi terjumpa kad kawalan yg tercicir, ingat nak buat dajal rupanya member (ina) punya, dari jauh koi lihat dia terkial-kial mencari kadnya. dari CP3 (kandang ruda), CP4 (kolam) kami jalan seiring, bila je menuju ke CP5 Simpang Empangan Air Kuning Ina dah tinggal kan koi, koi bab-bab panjat bukit ni memang kalah sikit.
OPSSS!! ada kad cicir yaaa..
Sampai je Simpang Empangan Air Kuning lutut koi mengigil ketakutan dan keletihan panjat bukit. baru koi sedar tempat tu lah yang berhantu... tempat lembaga putih terbang.. bayang Ina dah lama lesap, koi terpinga-pinga waktu tu koi dengar suara riuh rendah seperti ada acara sukannika sedang berlaku di kawasan empangan tersebut.

perangkap yang disediakan untuk kami, kantoi gak laa si Rino
Koi baca baering tak jumpa, dok tengah kalut-kalau sampai En Hisyam dan En. Apize, sambil bertanya "kak koi lepas ni ke mana" CP6 kat Taman Orked, cuba baca kompas tanyanya lagi, puas koi cuba tak dapat, beliau cuba bantu koi rupanya ada kemera kat bawah kompas tu yang kompas jadi biul. lepas ucap terima kasih koi pun bla tapi yang seramnya sepanjang jalan koi masih lagi dengar suara tersebut hanya tuhan saja yang tahu perasaan koi waktu tu. nasib baik dalam perjalan koi terjumpa En Yasser hilang sikit takut koi. sampai CP6 (Tmn. Orked), CP7(menara), CP8 dah tak takut sebab jumpa ramai peserta lain, yang lucunya bila di CP8 koi jumpa semula Ina kami pun terus joint semula untuk cari CP9, sewaktu menuju ke CP 9 koi sempat jugak singgah beli air 100plus lega... air meniral(1 liter) yang koi bawak tadi kat CP7 lagi dah habis. sewaktu di CP9 koi tenguk Ina macam dah tak larat sakit kelengkang katanya koi sakit jari kelengking nampaknya kami jalan hanya guna 3 selender le...

Koi dan Ina berpakat nak ikut jalan pintas le konon, tersesat la pulak... terjumpa M/kar peronda polis yang sedang memonteng kami tanya pada polis tersebut dia beri panduan belok kanan, terus... belok kanan, jumpa jambatan, terus... jumpa kawasan padi. kami pun pecut pusing-pusing tak jumpa yang kami jumpa tempat kami jumpa polis tadi, hampehhh penipu betul, rupanya jalannya hanya kat sebelah kereta polis yang parking tadi je kena lalu kebun durian baru jumpa kawasan padi di situ kami dah membuang masa hampir 15 minit. kalau tak dah lama kami sampai. Akhirnya kami sampai juga disambut tepukan meriah dari kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat. TQ semua.


pelbagai gaya keletihan

walaupun letih masih lagi control ayu...

Aktiviti hari sungguh mencabar koi terpaksa menghabiskan semua CP dengan mengambil masa yang agak lama iaitu 2 jam 20 minit. habis lemak semua turun. waktu dilepaskan jam 1031 dan tamat jam 1251 punya lah lama...letih jangan nak cakap, kaki, betis, peha, jari kaki semuanya sakit, bila nak naik tangga kat opis mcm ketam... masuk tandas!? by nombor bro... dekat seminggu gak baru nak baik.

Sebenarnya untuk menyedapkan hati, sebelum balik koi ajak Ina & Yatie dengan menggunakan pass bebudak degree kami masuk semula ke kawasan Empangan Air Kuning untuk memastikan adakah acara sukan berlaku disana, alangkah terkejutnya apabila sampai disana hanya terdapat 3 orang yang sedang memancing. waktu sampai Ina dan & Yatie takut nak turun dari kereta. koi terpaksa turun sebab nak ambil beberapa keping gambar, koi lihat tak seekor pun ikan makan umpan si pemancing, tapi ikan berenang-renang dalam air banyak, melihat keadaan itu koi pun cabut.

kami terus menuju ke Taman kaktus dalam perjalanan ke sana kami terjumpa Pegawai Pertanian Bukit Cerakah sedang memungut durian, kami pulak kaki durian dengan muka tebal koi bertanya "Cik tak jual ke durian ni? jual RM 3.00 sekilo, bila kata jual je kami pun tibai 5 kilo, makan sambil menghayati permandangan di situ sungguh nyaman...hari tu kami semua kekangan durian sampai nam makan nasi ayam pun dah tak lalu. Waktu balik masing-masing dalam kereta berlawa sendawa si yatie punya sendawa bergelodak keluar dari dalam perut punya le kuat baunya hingga kami terpaksa buka tingkap.... Apa-apa pun kenangan di Bukit Cerakah tak mungkun koi lupakan walaupun seram tapi seronok, kalau diajak pasti koi akan ikut serta.

Sunday, September 13, 2009

ORIENTEERING

Tarikh: 12/09/2009 @ Masa 0800 - 1200 hrs
Tempat: Maktab PDRM Cheras

taklimat terakhir
Hari ni kami ada kelas Orienteering, tepat jam 0800 pg En. Hisyam dah terpacak kat kelas dengan membawa bersama peralatan orienteering, dia sememang seorang lelaki yang sangat menepati masa tepat.

Dalam kelas beliau mengenalkan kami beberapa jenis Orienteering Event, baru koi tahu ada jenis event rupanya: -
1. Line Orienteering
2. Cross-Country Orienteering
3. Score Orienteering
4. Relay Orienteering
5. Street Orienteering
6. Mountain Orienteering

sentuhan terakhir sebelum aktiviti bermula

peralatan sewaktu orienteering

acara berebut siapa nak baca bearing dulu

Pada kelas yang lepas En. Hisyam dah ingatkan supaya membawa peralatan seperti maker pen, stapleer & manila kad berukuran 5x5 yang bertanda CP0, CP1 - CP4 nama kumpulan serta harus tertera distance & bearing di belakangnya, Antara faham atau mereka tak ambil perhatian sewaktu En. Hisyam memaklumkan saiz ukuran manila kad yang harus dibawa sehingga ada yang mereka yg membawa saiz 10x7 lebar ada yg bawak lagi beeesar punya 20x20 lebar, dah le besar 5 keping pulak tu. dah le kelangkabut masing-masing pagi tu kerat mengikut saiz yg betul. Ada juga yg bawak tak cukup nasib baik warna manila kad hijau koi sama dgn diaorg dapat le koi beri dia sekeping koi nya.

buddy yang setia Ina

geng yg telah membuat koi kacau bilau (back bearing)

Sewaktu aktiviti Orienteering koi dapat budy ngan Khairol & Ina kira geng ngam gila punya lah, dan mengelarkan kumpulan kami dengan nama Gunung Senyum sempena ambil nama sewaktu di Pulau Kapas ari tu. Tapi yang malangnya Khairol tidak dapat menyertai kami hari tu sebab ada masaalah yg tidak dapat dielakkan, si Brain pulak budak e-PJJ lagi le tak bolih joint kami jadi, tinggal le kami berdua saja.

Bila En. Hisyam kata kena tukar dgn orang lain untuk cari control kumpulan kami dapat geng Atikah & Sapiah punya. kami dilepaskan pada jam lebih kurang 1130 hrs. Alamakkkk dia orang punya bearing CP1 ada tercacoool lah geng, kutu bagi kami back bearing melilau Koi ngan Ina dah cari tak jumpa,dah le hari panas nasib baik En. Hisyam bagi klu sikit, "Eh tadi saya nampak diaorang pasang kat atas bukit" katanya, ikut bearing tunjuk bawah bukit, satu hal lagi, semasa kami nak cari CP2 bearing dah betul bearing, distance lak salah kata 52 langkah, bila kami kira-kira rupanya ada lebih sikit kami tanya Sapiah dia kata diaorng agak je langkah tu, aduuhhhh aci.... itu macam lu kasi kami org susah la. last-last dapat juga kami semua CP, bila kami jumpa En. Hisyam dia kata masa kami sampai jam 1202.23 minit orang yang terakhir sekali sampai. Alamakkk ambil masa ke! ingat tak payah, untuk puaskan hati mereka, kami jumpa semula Atikah & Sapiah di CP1 tadi, bukan apa dia org rasa muskhil benarkah bearing diaorng salah. last-last dia orang minta maaf kat kami berdua. Alaa takpe nya... bukan bolih jadi kudisnya punnn ya dok!?.

Kalau di tempat kecil tu kami dah kalut dan tersesat entah mcm mana keadaannya kalau tempat yang luas seperti di Bukit Cerakah ada hantu pulak tu, oppss jgn takutkan diaorang........sorry. petang ada kelas En Ali pulak, apa lagi....ramai le yang ambil kesempatan tidoq.
wajah-wajah keletihan selepas orienteering, tidoo ye bang...

Alhamdulilah....kelas hari ni, dapat menambahkan lagi kemahiran koi dalam penggunaan compass, harap-harap pada 30/9/2009 di Bukit Cerakah nanti dapatlah koi menghabiskan semua CP yg ada dan sentiasa dilindungi Allah swt dari tersesat di dalam hutan. Amin.

Tuesday, September 8, 2009

TERKUCIL MENUNGGU ABESEILING

Bila dicongak kali ni dah 3 kali koi buang air kecil bila nak pakai harnes mula laa perut nie memulas rasa nak buang air besar ada, air kecil pun ada bila masuk tandas tak pulak rasa nak melepas. meragam pulak perut nie.

Sejak pagi selera makan dah lama hilang, selalunya sebelum masuk kelas bolih sebat 2 keping roti & teh tarik kat gerai Sek 2. hari nie semua nikmat makan dah hilang sebab ketakutan. nak kuatkan semangan koi bawak anak kedua koi dengan alasan untuk ambil gambar. itupun tak bolih jalan....

Kalau tak turun nanti tak dapat pulak rasa nikmatnya. tapi bila tenguk tali tu kecil sangat koi jalan pun rasa terawang-awang. moga Allah melindungi koi dari sebarang musibah. Amin...

Monday, September 7, 2009

Abseiling

Allah tingginya.................



Tarikh :5/9/2009 jam Masa : 0830 hrs
Tempat :Fakulti Kejuruteraan UiTM Shah Alam Aktiviti : Abseiling

Saat yang dinanti-nantikan telah tiba.........Sejak diberitahu oleh En Hisyam dari kelas pertama dulu yang aktiviti Abseiling akan diadakan koi sering menghitung hari menunggu saat itu dengan penuh rasa debaran, macam-macam perasan yang timbul dalam hati ini, terutama tentang ketahanan tali, almaklumlah badan koi yang 3G ni. Terima kasih En. Hisyam kerana sehingga kelas minggu lepas di Maktab PDRM Cheras beliau masih memberikan kata-kata perangsang kepada kami agar melakukan dengan baik.

Sentiasa tekun mendengar dan penerangan dan arahan

Sebelum menjalankan aktiviti kami semua melakukan warming up terlebih dahulu agar nanti tiada sesiapa mendapat kecerdaan dan kami juga berdoa agar aktiviti kami sentiasa dirahmati dan diberkhati olih Allah. Aminn...

Setelah puas berebut-rebut nak turun dulu , Akhirnya koi penurun yang ke 6 walau pun takut tapi masih bolih tersenyum lagi..... control ayu.


Senyum dalam tangisan...........

Koi lihat sehingga saat akhir waktu kami nak turun beliau masih lagi sentiasa memastikan kami berada dalam keadaaan selamat. Sehingga beliau sanggup mengikat tali keselamatan ke badan kami. Menjaga kami seperti beliau menjaga nyawanya sendiri. Sikapnya itulah yang membuatkan koi bersemangat untuk melakukannya sehingga kami berebut-rebut nak turun dulu. Terima kasih juga kepada En. Mazlin kerana memberi perangsang kepada orang-orang yang berbadan besar macam koi bergitu juga dengan En Yazid kalau tak badannya yang sasa memegang tali tersebut belum tentu koi merasa selamat. Bukan apa takut TELOPEH…..tak lupa juga kepada adik dan rakan yang sentiasa disisi sewaktu koi memerlukan sokongan dan bimbingan. Terima Kasih Semua……………