Pejam celik, pejam celik, rupanya hari ini adalah hari terakhir sebelum En. Hisyam menutup pintu blog. koi dah mencuba yang terbaik, semoga apa yang koi paparkan menepati sasaran seperti yang beliau inginkan.
Bila difikirkan semula, sewaktu koi ingin menempah tempat di UiTM bergitu banyak halangan dan dugaan yang harus koi tempuhi. Koi terpaksa ambil SPM semula pada tahun 2005, sewaktu berumur 37 tahun bagi melayakkan koi memohon program PLK UiTM-PDRM nie, sewaktu belajar pelbagai tomahan dan perhinaan koi terima, "hai!, dah tua-tua baru nak belajar? dulu orang kasi belajar malas, kalau saya tak payah laa membazir masa je", sendir mereka. koi telan semua tomahan yang dilemparkan. keputusan SPM koi agak cemerlang dan koi memohon pulak peperiksaan STPM pada penghujung Nov. 2006, entah macam mana pada Jun 2006 program PLK-PDRM dibuka koi pun mencuba nasib, Syukur alhamdulilah.......... permohonan koi di terima, koi lihat orang-orang yang selama ini menghina koi berpaling muka bila bertembung dengan koi, tak tahu mungkin diaorang malu atau benci terhadap koi, sewaktu menduduki peperiksaan final di sem 1, koi menerima slip peperiksaan STPM pulak, tak study koi terus je pergi periksa bila minta cuti periksa kena sindir lagi, awak ni tamak betul, dah belajar Dip. pun nak ambil STPM lagi buat apa!? diaorang tak faham sebenarnya duit periksa STPM koi dah bayar sejak Mac 2006 lagi, lagipun Yusanie beri koi semangat untuk ambil periksa, sebab dia pun periksa juga. walaupun tak study koi masih dapat keputusan 1P, 2R kira bolih laa sebab tak belajar lagipun jawap STPM ada format tersendiri.
Bila dapat belajar di UiTM datang satu masaalah lagi, bila subjek BELL (English) memanjang koi dapat "C", keputusan tersebut membuatkan koi tak dapat bersaing dengan mereka dalam GPA, koi terpaksa berusaha dengan bergitu keras untuk sebaris dengan mereka walaupun koi terpaksa merangkak sekalipun. TQ kepada suami dan rakan-rakan yang selama memberi semangat dan membantu koi. setiap kali menghadapi final exam Yatie, Mala, Ina, Fauzi & Koi buat study group, dari situ lah keputusan koi sentiasa meningkat hari demi hari.
Dapat mengikut Outdoor Recreation di Pulau Kapas mahupun di UiTM adalah sesuatu pengalaman yang amat menyeronokkan tidak dapat digambarkan dan diluahkan dengan perkataan, TQ En. Hisyam kerana berjuang untuk kami kalau tak kempunan kami nak merasa pengalaman ini. sepanjang kelas beliau, tidak pernah sekalipun koi rasa jemu. tapi orang lain koi tak tahu....
Terasa amat sedih bila nak meninggalkan UiTM tapi, hidup perlu diteruskan, koi juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada En Hisyam, PERLU dan SR221 yang selama ini banyak membantu. jasa baik kalian tak mungkin koi lupakan. dan tak lupa juga kepada semua pensyarah yang telah mendidik koi selama ini bergitu juga kepada semua rakan-rakan. disini koi mengambil kesempatan menyusun jari memohon maaf kepada semua, sekiranya dalam sedar atau tidak koi, pernah menyakiti dan menyinggung perasaan kalian moga ia tidak dijadikan alasan untuk kita memutuskan silaturahim yang telah terbina.

No comments:
Post a Comment