Tempat: Jamuan Raya Rumah En. Sadiq - Cheras
Hari ini kelas semua batal.......... kelas En. Ali dah cover malam semalan selepas kelas Prof. Dr. Madya kwame, En Hisyam pulak pergi sesi temuduga bebudak baru, jadi hari koi ambil peluang pergi rumah terbuka En. Sadiq, dari semalam Koi, Mala, ngan Ina cute dah janji dengan Harun nak pergi sama-sama. jadi kami rancang tunggu kat Restoran Ali Reggen jam 0200 petang. sebenarnya ini tahun ke dua kami ke rumah terbuka beliau. Hidangan hari tu ada kelainan sikit ada kambing panggangggg... koi dah sebat sepinggan malu nak ulang koi suruh Ina cute pulak yang ambil supaya orang tak perasan, maluuuu... petang tu, ada mee kari, nasi lemak, satay,, lontong, kek lapis, buah-buahan kira mewah jugak la makanan hari tu.
Bila kita orang nak balik Rino dan Atikah dan pasangan masing-masing datang pulak. kami pun temankan diaorang makan sekali lagi. makan lagi!. tahniah juga kat bebudak Sem 1 ada juga yang tunjuk batang hidung, jam 0340 petang kami pun minta diri, bukan apa takut kalau lambat balik nanti kambing panggang tu tingal tulang je. Kiranya hari tu sampai malam koi tak makan. alhamdulilah kenyang..... TQ Sadiq & family.
No comments:
Post a Comment