Showing posts with label Jamuan. Show all posts
Showing posts with label Jamuan. Show all posts

Sunday, February 7, 2010

MALAM SERIBU BINTANG

ANEX PDRM PASIR HITAM LANGKAWI, KEDAH
Tarikh: 20 Jan 2010

Setiap program yg dianjurkan pasti malam terakhir ada malam untuk berpoya-poya. tema kami kali ini 'MERAH"........... FUUHHHH...bling, bling masing-masing malam tu. kira meriah giler laa...... malam tu. Tabik spring la Ina bagium cantik betul dia malam tu. walaupun pada awalnya beliau merajuk sikit malam tu, tapi tak apa... yg penting beliau dan Kamisah dtg jugak biasalah... org lama kalau merajuk tak bolih lama-lama.. opsss jgn maree.

Koi lihat Dr. khairi & En. Sadek nampak seronok dan teruja malam tu. mana taknya ikut gelagat pak & mak polisi yg kebanyakannya putus wayar. Malam tu kami dapat pujian habis dari Dr. Khairi, beliau mengatakan beliau belum pernah menghadiri majlis yg meriah dan gila-gila mcm nie. seronok katanya. maklumlah selama nie beliau sentiasa dikelilingi dgn bebudak. bila dapat joint dgn geng mak,pak polisi baru beliau rasa perubahan sikit kot. kalau En. sadek rasanya beliau dah otai sikit kot dgn peragai kami semua.

Apa-apa pun program yg kami anjurkan dapat mencapai matlamatnya. dengar cerita setelah balik dari motivasi camp hari tu bebudak sem 1,3,5,7 dpt bergaul rapat dan bertegur sapa tidak sebelum ini masing-masing buat hal masing-masing terutama bila datang kelas di Maktab PDRM Cheras. semoga keadaan iniakan beterusan sampai bila-bila. amin...

Sunday, October 18, 2009

RUMAH TERBUKA LAGiiiiiii

Tarikh: 17/10/2009
Tempat: Jamuan Raya Rumah En. Sadiq - Cheras

Hari ini kelas semua batal.......... kelas En. Ali dah cover malam semalan selepas kelas Prof. Dr. Madya kwame, En Hisyam pulak pergi sesi temuduga bebudak baru, jadi hari koi ambil peluang pergi rumah terbuka En. Sadiq, dari semalam Koi, Mala, ngan Ina cute dah janji dengan Harun nak pergi sama-sama. jadi kami rancang tunggu kat Restoran Ali Reggen jam 0200 petang. sebenarnya ini tahun ke dua kami ke rumah terbuka beliau. Hidangan hari tu ada kelainan sikit ada kambing panggangggg... koi dah sebat sepinggan malu nak ulang koi suruh Ina cute pulak yang ambil supaya orang tak perasan, maluuuu... petang tu, ada mee kari, nasi lemak, satay,, lontong, kek lapis, buah-buahan kira mewah jugak la makanan hari tu.

Bila kita orang nak balik Rino dan Atikah dan pasangan masing-masing datang pulak. kami pun temankan diaorang makan sekali lagi. makan lagi!. tahniah juga kat bebudak Sem 1 ada juga yang tunjuk batang hidung, jam 0340 petang kami pun minta diri, bukan apa takut kalau lambat balik nanti kambing panggang tu tingal tulang je. Kiranya hari tu sampai malam koi tak makan. alhamdulilah kenyang..... TQ Sadiq & family.

Tuesday, October 6, 2009

JAMUAN HARI RAYA


bahang keriangana syawal 2009
Tarikh: 3/10/2009
Tempat: Maktab PDRM Cheras

Pagi jam 0800 pagi ada kelas En. Hisyam lepas tu test sampai jam 1100 pagi. jam 1200 tgh ada Majlis jamuan Hari Raya yang diusahakan si mamak dengan mengabungkan semua kelas PLK-PDRM Meriahhhh.... kami semua dah berpakat pakai baju raya, bling, bling lagi, nyah jangan malukan kaum...hudup PLK 7.



kehadiran VIP menambahkan lagi memeriahkan majlis

Ucapan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir terutama Pn. Rosniah dan para pensyarah serta kakitangan FSR 113 Uitm Shah Alam. Hidangan hari tu sungguh enak-enak walaupun hanya dapat makan satay 1 cucuk je. tp koi pulun nasi empit kuah kacang, nasi goreng, bee hoon bersama rendang...memang best gila...seronok dapat jumpa adik-adik junior, ada juga perasaan terkilan terhadap bebudak PLK sem 1,3 yang duduk sebelah meja kami langsung tak nak bertegur sapa apa tah lagi nak hulurkan tangan bersalam, walau pun mereka budak-budak muda takkan tatasulula tidak diajar dan tidak pernah belajar. moga-moga selepas ini mereka akan lebih prihatin. Tahniah kepada PLK sem 5 yang dah pandai mengikut rentak kami, teruskan usaha anda agar nanti, menjadi tauladan dan panduan kepada adik-adik yang baru.

wajah-wajah ceria yang menanti undang perkhawinan mereka, jgn lambat2 nanti dikebas orang....


Kami juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua tetamu yang hadir diatas kebiadapan yang telah mereka lakukan dan kami berharap sikap mereka itu tidak menguris hati dan menjadikan penghalang persahabatan kita. Akhir kata "KAMI TUNGGUUUU MAJLIS JAMUAN HARI RAYA" dari pihak Fakulti.

Sunday, September 27, 2009

Kemeriahan Raya 2009

Hari Raya Pertama 2009
Tarikh: 21/09/2009

ibubapa tercinta
gelagat anak-anak koi pagi raya(koi anak ke3)
foto keluarga kak long, Abang Caa (ke4) makcik Mira(ke5)

Raya Tahun ni tema semua warna biru, agar nampak muda sikit. tapi sekali pandang payah jugak nak cam muka sebab semuanya biru. nasib baik kulit tu hitam sikit mudah gak kutu nak cam muka ni.
juadah penting kami di hari raya


wajah-wajah ceria di pagi raya

Raya tahu ni agak meriah sikit sebab kami buat "Hari Keluarga" Di Parit Ya'ani, Yong Peng Johor tempat kelahiran Koi dan tempat asal usul kami sekeluarga sebelum mentap di Bentong, Pahang. majlis tu di diadakan pada 24/09/2009, mcm2 aktiviti diadakan yg melibatkan kanak-kanak dan org dewasa. bila sesi bergambar sampai tak muat, baru koi tahu besar juga keluarga kami.

keluarga Hj. Yaaton (sebelah ibu)

Sebenarnya Tok sebelah mak berasal dari Jawa Indonesia, Melaka dan keluarga Tok sebelah ayah berasal dari Arab, Bugis. dari situ lah lahirnya anak-anak dan cucu-cucu yang berhati waja, cekal, berbudi pekerti dan sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan dan halangan yg mendatang. dengan erti kata lain korek kepalooo. Moga kearkapan keluarga kami akan kekal selamanya hingga sampai bila-bila. Amin

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin Dari Kami Sekeluarga"

Mohd Yusof bin. Mohd Ali
Zamzami bt. Mohd Sharip
Farah Lyana
Farah Melissa
Mohd Firdaus

Wednesday, September 16, 2009

MENJELANG SYAWAL 2009

Selamat Menyambut Hari Lebaran 1430H, semoga raya tahun ini akan lebih bermakna bagi kita semua, Dikesempatan ini, koi & keluarga menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya koi dengan sengaja atau tidak telah menguriskan hati dan perasaan kalian.

Ketupat rendang telah terhidang
Untuk dimakan di pagi raya
Rumah yg jauh jangan dikenang
Marilah berkunjung kerumah saya.

Pagi rayo muko mencuko
Sobab tak dapek balik rayo
singgah mari ke rumah kito
ketupat, rendang, lodeh, lomang, semuaanyo ado...


Kepada semua umat Islam yg tidak bercuti raya, rumah kami sentiasa terbuka kepada kamu semua.
No. 34 Kg Semerting
Simpang Pelangai
Bentong, Pahang.
09-2450595


SELAMAT HARI RAYA SEMUA................

Monday, September 14, 2009

Hamper Hari Raya 2009

13/08/2009 - Tasik Titiwangsa, KL



bangga dengan hasil kerja tangan sendiri





bergaya sambil menunggu kedatangan Mala
Balik dari kelas di Maktab PDRM semalam Koi, Yati, Ina & Mala dan berbincang untuk buat hamper sendiri lokasi yg dipilih adalah di Tasik Titiwangsa, setiap kumpulan diwajibkan menyediakan 5 hamper.
Jam 1030 pg Yati & Koi dah shoping barang kat kedai pemborang di Wing Yip. mcm nak gila tenguk barang murah-murah, tak sangka kami shoping sampai 3 buah troli. siap shoping kami bawa barang ke Tasik Titiwangsa untuk dibungkus, sampai disana Ina & Mala dah lama menunggu. sebenarnya hamper ni untuk diagihkan kepada pensyarah dan bekas-bekas pensyarah yg telah mengajar kami dari sem 1 lagi. Acara ini telah menjadi tradisi kami sejak mula kami belajar dari tahun 2006 lagi. selalunya si mamak yg uruskan beli yang dah siap je, tapi kali ini kami nak buat mengikut kumpulan baru rasa meriah sikit lagipun budgetnya murah sikit dan qualitinya agak bagus dibanding beli yg dah siap.

tak cukup tangan kaki pun bolih......


Kepada semua penerima hamper......, kami PLK-PDRM sesungguhnya memberi dengan rasa penuh ikhlas tiada niat yg terselindung cuma ingin memeriahkan lagi suasana di hari raya serta dapat mengeratkan lagi silaturahimm.
Di hari baik bulan baik ini, Koi dan keluarga ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin sekiranya koi dengan senjaga atau tidak pernah menguris hati kalian semua. Amin.

Wednesday, September 9, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Tarikh: 6 Sept, 2009 Masa : 7.00 mlm
Tempat: Restoran Ali Regen, Cheras
anak-anak kesayangan koi - Farah( hijau), Melissa (pink) & Mohd Firdaus

Majlis Berbuka Puasa yang di uruskan oleh En. Harun atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Hassan malam itu sunggu bermakna buat kami semua, lebih-lebih lagi ramai pensyarah sudi hadir bersama keluarga masing-masing. Kalau tidak dengan majlis bergini sudah tentu kami tidak dapat bersuai kenal dengan lebih rapat dengan mereka.


Insan-insan bergelar "Baba Mithali"
Sungguh tak koi menduga malam tu ramai pensyarah menjadi "BAPA MITHALI" , kalau di Pulau Kapas tempoh hari koi lihat, mereka ini dalam ketagori "lelaki Mancho" siap dengan tulus, garang, tegas, muka macam TUT...... sampai koi nak tenguk muka mereka pun takut. Tapi malam tu mereka mempamirkan perwatakan yang amat berbeza, menjadi lelaki penyayang terhadap keluarga. Mereka pandai membezakan waktu kerja dan waktu bersama keluarga.
Memandangkan masih ramai yang belum mengenali keluarga koi, koi mengambil peluang membawa suami dan anak-anak pada malam itu, Koi lihat suami koi mendukung Kaisarah, koi tahu dia sukakan baby, kalau diikutkan perancangan, kami sepatutnya melahirkan anak yang ke 4 pada tahun 2007 tetapi memandangkan koi masih nelajar jadi kami mengambil keputusan untuk tangguhkan rancangan tersebut agar tidak mengganggu pembelajaran koi.
Apa-apa pun koi ucapkan tahniah pada En. Harun kerana bagi kami makan free dan kepada pensyarah, rakan-rakan terima kasih sudi hadir bagi memeriahkan majlis malam tu. Kalau bolih buat lah selalu, terima kasih semua............