Tempat: Restoran Ali Regen, Cheras
anak-anak kesayangan koi - Farah( hijau), Melissa (pink) & Mohd Firdaus
Sungguh tak koi menduga malam tu ramai pensyarah menjadi "BAPA MITHALI" , kalau di Pulau Kapas tempoh hari koi lihat, mereka ini dalam ketagori "lelaki Mancho" siap dengan tulus, garang, tegas, muka macam TUT...... sampai koi nak tenguk muka mereka pun takut. Tapi malam tu mereka mempamirkan perwatakan yang amat berbeza, menjadi lelaki penyayang terhadap keluarga. Mereka pandai membezakan waktu kerja dan waktu bersama keluarga.
Memandangkan masih ramai yang belum mengenali keluarga koi, koi mengambil peluang membawa suami dan anak-anak pada malam itu, Koi lihat suami koi mendukung Kaisarah, koi tahu dia sukakan baby, kalau diikutkan perancangan, kami sepatutnya melahirkan anak yang ke 4 pada tahun 2007 tetapi memandangkan koi masih nelajar jadi kami mengambil keputusan untuk tangguhkan rancangan tersebut agar tidak mengganggu pembelajaran koi.
Apa-apa pun koi ucapkan tahniah pada En. Harun kerana bagi kami makan free dan kepada pensyarah, rakan-rakan terima kasih sudi hadir bagi memeriahkan majlis malam tu. Kalau bolih buat lah selalu, terima kasih semua............
Bila plak ade anak kecil tu???? Teringin ke???
ReplyDelete