Allah tingginya.................
Tarikh :5/9/2009 jam Masa : 0830 hrs
Tempat :Fakulti Kejuruteraan UiTM Shah Alam Aktiviti : Abseiling
Saat yang dinanti-nantikan telah tiba.........Sejak diberitahu oleh En Hisyam dari kelas pertama dulu yang aktiviti Abseiling akan diadakan koi sering menghitung hari menunggu saat itu dengan penuh rasa debaran, macam-macam perasan yang timbul dalam hati ini, terutama tentang ketahanan tali, almaklumlah badan koi yang 3G ni. Terima kasih En. Hisyam kerana sehingga kelas minggu lepas di Maktab PDRM Cheras beliau masih memberikan kata-kata perangsang kepada kami agar melakukan dengan baik.
Sentiasa tekun mendengar dan penerangan dan arahan
Sebelum menjalankan aktiviti kami semua melakukan warming up terlebih dahulu agar nanti tiada sesiapa mendapat kecerdaan dan kami juga berdoa agar aktiviti kami sentiasa dirahmati dan diberkhati olih Allah. Aminn...
Setelah puas berebut-rebut nak turun dulu , Akhirnya koi penurun yang ke 6 walau pun takut tapi masih bolih tersenyum lagi..... control ayu.
Senyum dalam tangisan...........
Koi lihat sehingga saat akhir waktu kami nak turun beliau masih lagi sentiasa memastikan kami berada dalam keadaaan selamat. Sehingga beliau sanggup mengikat tali keselamatan ke badan kami. Menjaga kami seperti beliau menjaga nyawanya sendiri. Sikapnya itulah yang membuatkan koi bersemangat untuk melakukannya sehingga kami berebut-rebut nak turun dulu. Terima kasih juga kepada En. Mazlin kerana memberi perangsang kepada orang-orang yang berbadan besar macam koi bergitu juga dengan En Yazid kalau tak badannya yang sasa memegang tali tersebut belum tentu koi merasa selamat. Bukan apa takut TELOPEH…..tak lupa juga kepada adik dan rakan yang sentiasa disisi sewaktu koi memerlukan sokongan dan bimbingan. Terima Kasih Semua……………
No comments:
Post a Comment