Sunday, February 7, 2010

MALAM SERIBU BINTANG

ANEX PDRM PASIR HITAM LANGKAWI, KEDAH
Tarikh: 20 Jan 2010

Setiap program yg dianjurkan pasti malam terakhir ada malam untuk berpoya-poya. tema kami kali ini 'MERAH"........... FUUHHHH...bling, bling masing-masing malam tu. kira meriah giler laa...... malam tu. Tabik spring la Ina bagium cantik betul dia malam tu. walaupun pada awalnya beliau merajuk sikit malam tu, tapi tak apa... yg penting beliau dan Kamisah dtg jugak biasalah... org lama kalau merajuk tak bolih lama-lama.. opsss jgn maree.

Koi lihat Dr. khairi & En. Sadek nampak seronok dan teruja malam tu. mana taknya ikut gelagat pak & mak polisi yg kebanyakannya putus wayar. Malam tu kami dapat pujian habis dari Dr. Khairi, beliau mengatakan beliau belum pernah menghadiri majlis yg meriah dan gila-gila mcm nie. seronok katanya. maklumlah selama nie beliau sentiasa dikelilingi dgn bebudak. bila dapat joint dgn geng mak,pak polisi baru beliau rasa perubahan sikit kot. kalau En. sadek rasanya beliau dah otai sikit kot dgn peragai kami semua.

Apa-apa pun program yg kami anjurkan dapat mencapai matlamatnya. dengar cerita setelah balik dari motivasi camp hari tu bebudak sem 1,3,5,7 dpt bergaul rapat dan bertegur sapa tidak sebelum ini masing-masing buat hal masing-masing terutama bila datang kelas di Maktab PDRM Cheras. semoga keadaan iniakan beterusan sampai bila-bila. amin...

MOTIVASI CAMP

MOTIVASI CAMP DI ANNEX PDRM LANGKAWI, KEDAH
Tarikh: 17-21 JAN 2010

Seawal jam 700 pagi 17.1.2010 kami dah bertolak dari PULAPOL KL ke JATI KUAH, KUALA PERLIS. sampai je kat jeti kami dah terlepas feri tu le pasal, nak ke Perlis pun sampai 4 kali berhenti mcm mana feri tak terlepas, ada ke jam 1100 pagi dah suruh kami mkn tengahari rasanya baru jam 0730 kami minum pagi di Tol Rawang dah suruh mkn tengahari pulak.

Program kali ini kami sebagai penganjur (fasi). seramai 87 orang terlibat dlm program kali ini, mereka terdiri dari bebudak sem 1,3,5,7 Majlis Perasmian di lakukan olih KPD Langkawi dan Majlis Penutup pulak dilakukan olih KCK Kedah, program kami dibantu 5 org bebudak UiTM Arau, Perlis. TQ dik, sebab sudi membantu kami dan menambahkan keceriaan dlm program kami.

Pelbagai suka duka dalam merealisasikan program ini, keseluruhannya program kali nie dianggap berjaya, kami semua sungguh bangga lebih-lebih lagi program ine adalah "FIRST BABY" kami, almaklum le.. semunya tak ada pengalaman dlm menganjurkan program terutama sekali bila ianya melibatkan peserta yg agak ramai. TQ yg tidak terhingga diucapkan kepada En. Sadek yg sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami semua. segala pengalaman pahit manis yg kami lalui akan menjadikan kami lebih matang dan kami akan lebih fokus dlm 2 program yg sedang menunggu.

Koi juga ingin mengucapkan TQ dan syabass kepada semua kekawang pratikal yg selama nie bertungkus lumus dlm menjayakan program ini. ingat........ klu tak buat bebetul tak dpt kita semua DIP.. koi juga minta maaf sekiranya koi ada terkilaf dlm apa percakapan dan perbuatan. Amin..........