Tuesday, November 24, 2009

MAJLIS BERKHATAN / RAYA KORBAN

Tahun nie adik beradik sebelah ibu koi akan beraya di rumah kami di Bentong, Pahang. Pada asalnya raya nie ada majlis "berkhatan" seramai 3 orang yang kena sembelih termasuk anak lelaki koi yg berumur 9 thn. tapi bila difikirkan semula koi bercadang akan adakan pada tahun depan saja. kesian pulak tenguk anak koi rasanya masih kecil lagi... Ada juga kutu yg takutkan bebudak tu...ada ke dia kata kalau sunat masa kecil dipotong habis kalau org besar potong separuh. bertambah takut le diaorg.

Kami sekeluarga bercadang pada hari raya ke 2 adakan gotong royong buat "Ayam Percik" mesti best giler punya. Adik koi dari Temerluh kalau buat "ayam Percik" memang terangkat punya. Ala... adik koi yg kita pinjam periuk sewaktu nak gi Pulau Kapas hari tuuu.. koi suruh dia buka kedai dia tak nak, tak yakin katanya.

Raya nie mcm biasa rumah mak koi ada ketupat(200 biji), kari ayam, ayam masak kicap, rendang, lodeh & kuah kacang. mak koi pakar buat ayam masak kicap, kalau org datang raya mesti cari ayam masak kicap dia.

Telah menjadi tradisi kg koi setiap kali raya mesti ada kumpulam "Marhaban" yg datang rumah ke rumah, masa kecil2 dulu sempat juga koi joint diaorg. ronda dari pagi sampai petang, bila malam semuanya terbongkang keletihan yaa lah dulu bukan ada kenderaan semuanya kena jalan kaki. sekarang dah moden semua ada kenderaan paling "cokia" pun motosikal. yg paling best kalau rumah tu ada anak dara, dah tentu lepas sembahyang raya je mereka semua serbu ke rumah tu. kalau lambat nanti anak2 dara dah keluar beraya, melopeh pulak.....
2,3 tahun kebelakang nie rasanya rumah mak koi yg menjadi tumpuan mereka, mana ke tidak ada 7 anak dara yg masih bergetah dlm keluarga kami. seronok tenguk gelagat mereka mengorat mcm2 gaya & cara, kalau main mercun rumah koi sentiasa jadi sasaran punya. nasib baik kami ada stok mercun yg banyak bolih le balas serangan mereka. kiranya setiap raya pesta mercun le kami.

Apa-apa pun dijemput bertandang ke rumah kami:

En.Sharip Aripin & Pn. Misleha Yaaton
No. 34 Kg. Semerting
Simpang Pelangai
Bentong, Pahang
03-2450595

Monday, November 16, 2009

GAJAH


Tarikh: 12-16/11/2009

Pada 12hb yg lalu adik koi dan anak lelakinya datang dari Temerloh, nasib baik cuti periksa ada lagi dapat jugak bawak dia pusing-pusing KL, sewaktu hantar dia balik Temerloh koi singgah sekejap kat Pusat Pemulihan (Jabatan Perhilitan) Gajah di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Koi bawak sekali anak lelaki koi, nampak gayanya ponteng sekolah le dia, nasib baik dah periksa dan buku-buku dah hantar dapat juga koi bawak dia.

Koi dimaklumkan ada 18 ekor gajah berada disitu cuma 7 ekor yg benar-benar jinak, yg lain masih dalam latihan, kesian koi tenguk ada gajah yg tiada ekor dan kaki kudung akibat perbuatan manusia.

Jam 0100 tengahari aktiviti pelawat memberi gajah makan, jam 0200 petang aktiviti menunggang gajah, agak malang hari tu aktiviti mandi bersama gajah dibatalkan memandangkan air agak dalam dan bahaya, melopeh le anak koi nak mandi bersama gajah, itu menandakan kena datang sekali lagi lee gamok nye....

Kepada sesiapa yang nak datang melawat kena sampai disana selewat-lewatnya jam 0100 ptg sebab jam 0445 petang kawasan tu dah tutup, selain tu ada "Deerland" kira macam mini zoo le, aktiviti disitu kita bolih beri rusa makan, seronok bila dikeromoni rusa jinak. tempat nie dikenakan bayaran RM5 dewasa RM3 utk kanak-kanak. kira bebaloi laa selain tu ada banyak lagi binatang. letih jugak berjalan petang tu. bulan 12 nanti jemput le ke sana bawak anak-anak sekali. Koi janji percutian anda pasti seronok.

Thursday, November 12, 2009

PTK

Tarikh: 11/11/2009 Tempat: Dewan Mahfus, JKR KL.

Ini kali ke 4 koi ambil periksa PTK ada 2 paper UMUM & KHUSUS soalannya bukan susah sangat tapi tak dapat-dapat IV gak, dengar kata ada koata, lagipun belum rezeki koi kot. ari tu periksa dapat III, III kira lulus tapi tak dapat anjakan gaji, kalau IV baru dapat anjakan gaji. periksa kali ni dah tentu tak baca buku punya....
Waktu periksa nie yg seronoknya dapat jumpa kawan-kawan lama. kalau tak ada aktiviti mcm nie entah bila dapat jumpa mereka, masing-masing sibuk dengan tugas harian. mana ada masa nak sembang-sembang. yang penting periksa PTK free.... dan dapat off kecil lagi.

Monday, November 9, 2009

CUTI PERIKSA

Diam tak diam rupanya 21 ari koi cuti periksa, patut le mcm nak rak pejabat bising, koi tak faham le perangai manusia nie, sampai dah habis belajar ada je yg tak puas hati. tak pasal-pasal yatie, Fauzi, koi kena isi borng cuti, kalau dia tak dapat cuti suruh bos dia call je Bukit Aman tak payah tunjuk kat opis koi. kalau dia kat opis tak ngam... jgn pulak kita orang yg dapat susah. sampai boss dia talipon kat opis koi, benggang betul... dah le esoknya ada periksa law. bertambah serabut otak koi.
Nasihat koi kalau kita nak kerja senang dan seronok jangan le terlalu berkira dengan orang. kerja le dengan ikhlas, sentiasa bertolak ansur baru le orang suka kita tak payah kipas lipas, kalau tak faham gak pergi tukar kat kawasan luar bandar sikit baru dapat belajar apa sebenarnya tugas polis nie.

Monday, November 2, 2009

KEMUNCAK DEBARAN

Tarikh: 3/11/2009
Tempat: Rumah

Pertama kali dalam musim cuti periksa di koi dapat bangun lewat sikit, kalau tak pagi-pagi dah lepak kat Tasik titiwangsa study group, 5/11/2009 baru start study group semula, sebab last paper 8 hb nie ada le masa sikit nak rehatkan otak, kalau sempat nak tenguk anak kejap kat asrama di Bentong, Pahang yang akan ambil SPM tahun nie. kesian tenguk anak-anak semuanya terbiar gara-gara mak dia nak final exam, hari ahad hari tu pun dia balik asrama naik bas. takpe laa, nanti kalau maka datang jenguk kakak mak belaja kakak cica "PIZZA" ok!.

Tinggal satu paper saja lagi sebelum koi tinggalkan UiTM, kali nie koi nak pulun habis-habis supaya bila dlm dewan periksa tak le "saaanggap" sangat. mcm semalam..... paper law (Dr. Kwame) sejarah koi keluar dewan periksa awal 1 jam sebelum masa tamat. mana kan tidak pandang luar gelap, pandang dalam gelap, mata terus jadi gelap. otak beku habis...... koi tenguk ramai jugak member yang sawan, garu kepala yg tak gatal, kipas badan yg tak panas, mcm-mcm gaya, tetap idea tak mari-mari. toyol-toyol semua lari mungkin takut dengan Prof. kwame kottttt.....

Ada satu pegawai perempuan tu, dia ingat kami bawak toyol agaknya asyik lalu je kat kami lepas tu bolih selak paper kami pulak mengganggu betul, serabut otak tenguk dia kehulu ke hilir, rasanya dia belum pass untuk jadi spy laa, jadi spy tak payah datang dekat2 dari jauh je bolih tahu orang meniru ke tak, rasanya dia kena belaja dengan kami mcm mana nak jadi spy.

Apa-apa pun moga pada 8hb nanti otak nie tak beku, lancar macam air sungai Pahang......... sebelum koi terlupa.......jangan tak jadi dengan "Projek Mega" kita, di Tingkat 25, Bangunan Prangsang, Shah Alam. makan minun tak disediakan kena bawak sendiri..semua dijemput hadir. apa-apa pertanyaan call Cik. Rose. TQ.