Tarikh: 12-16/11/2009
Pada 12hb yg lalu adik koi dan anak lelakinya datang dari Temerloh, nasib baik cuti periksa ada lagi dapat jugak bawak dia pusing-pusing KL, sewaktu hantar dia balik Temerloh koi singgah sekejap kat Pusat Pemulihan (Jabatan Perhilitan) Gajah di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Koi bawak sekali anak lelaki koi, nampak gayanya ponteng sekolah le dia, nasib baik dah periksa dan buku-buku dah hantar dapat juga koi bawak dia.
Koi dimaklumkan ada 18 ekor gajah berada disitu cuma 7 ekor yg benar-benar jinak, yg lain masih dalam latihan, kesian koi tenguk ada gajah yg tiada ekor dan kaki kudung akibat perbuatan manusia.
Jam 0100 tengahari aktiviti pelawat memberi gajah makan, jam 0200 petang aktiviti menunggang gajah, agak malang hari tu aktiviti mandi bersama gajah dibatalkan memandangkan air agak dalam dan bahaya, melopeh le anak koi nak mandi bersama gajah, itu menandakan kena datang sekali lagi lee gamok nye....
Kepada sesiapa yang nak datang melawat kena sampai disana selewat-lewatnya jam 0100 ptg sebab jam 0445 petang kawasan tu dah tutup, selain tu ada "Deerland" kira macam mini zoo le, aktiviti disitu kita bolih beri rusa makan, seronok bila dikeromoni rusa jinak. tempat nie dikenakan bayaran RM5 dewasa RM3 utk kanak-kanak. kira bebaloi laa selain tu ada banyak lagi binatang. letih jugak berjalan petang tu. bulan 12 nanti jemput le ke sana bawak anak-anak sekali. Koi janji percutian anda pasti seronok.
No comments:
Post a Comment