Sunday, July 26, 2009

KNOTING


Tarikh: 25/7/2009 Masa: 2.00 ptg
Tempat : Bilik Komputer UiTM Shah Alam

Hari ini kami telah diajar tentang "KNOT" (ikat,simpulan)oleh En. Hisyam serta dibantu oleh adik-adik, berkobar-kobar kami mencuba membuat ikat, tak dapat ikat botol kami ikat kerusi tak dapat ikat kerusi, ikat badan pun jadi.... yang penting menjadi. Petang tu kami terlalu asyik hingga kelas terlajak pun kami tak sedar seronok punya pasal. Knot adalah penting kerana ia akan digunakan sewaktu rekreasi di Pulau Kapas nanti, kalau tak mahir macam mana nak dirikan Kemah Pusat, Kemah Peralatan, lebih-lebih lagi Koi Pulak ditugaskan sebagai AJK Penempatan di Sana. tu yang ada risau sikit. Takut kemah robohhhhhhh.

Dengan umur dah menjangkau 40 thn baru nak belajar knoting mana nak masuk dalam otak, nasib baik kawan-kawan ramai membantu kalau tak nak buat simpulan manok terbuat simpulan biawak. Waktu sekolah koi tak belajar semua ni, mana nak ada sekolah kampung........ Tapi bagus juga belajar knot bolih juga koi gunakan sewaktu kenduri kendara kat kampung nanti. ok jumpa lagi..

AMALI - MEMASANG KEMAH

Tarikh : 25/07/2009
Tempat: Tanah Lapang Falkuti FSR

Lepas saja belajar knoting kami diajar pulak cara-cara memasang kemah, koi pasal kemah insyaallah bolih le sikit tp kemah 3 men ten je, sebab kami bercadang nak tido 4 orang Koi, yatie, Ina & Rose kami tagging kemah 6 men ten besar bagak kemahnya... yg lain ramai yg tagging kemah utk 3 men ten, koi takut esok kalau kat Pulau Kapas ada yang tido himpit2, diaorang tak terfikir ke, kalau nak tido 3 org takkan ambil kemah 3 men ten habis tu nanti beg mereka yang besar tu nak letak mana, tak faham koi dengan diaorang. lantak le diaorang kita beritahu tak nak dengar nak todo ngan geng yang memerun le konon. ikut koorang laaaa

Petang tu kami dibantu dengan 3 orang adik degree cara-cara nak pasang kemah, tabik le dik, booolih ko bawak batang besi dari stor ke falkuti dengan kancil je, tak mendak ke kereta awak. rajin dan bersemangat betul koorang ni. Kalau En Hisyam tak beritahu kami tak tahu diaorang lah yg akan bersama-sama kami di Pulau Kapas nanti selamat berkenalan....

Dek sebabkan takut kereta mereka mendak En. Hisyam mencadangkan agar kami menyimpan peralatan tadi di pejabatnya sahaja.

Tak sabar rasanya nak ke Pulau kapas, Kami semua asyik menghitung hari aje. saboooo je.


Thursday, July 23, 2009

Biro Tata Negara - Bukit Kepong

20-25/06/2009 - Bukit Kepong, Johor


Kursus ini dianjurkan C/Insp Hawa dari Cawangan Kebajikan IPK Kuala Lumpur, kursus ini hanya untuk pegawai dan anggota wanita IPK KL saja, ia diadakan bertujuan mementapkan salasiah diri setiap anggota wanita.


Seawal jam 0800 pg kami telah dihimpunkan di IPK, KL. jam 0900 pg kami terus menaiki bas PDRM bertolak ke Bukit Kepong. Sebaik saja sampai di Bukit Kepung kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkemahan dan terus menuju ke makan Tun Salleh pahlawan yg terkenal untuk bacaan yasin, lepas tu kami menuju ke tapak perkemahan, sekali lagi kami tidak dibenarkan masuk kaw perkemahan, kami sekali lagi suruh membaca doa di satu tanah perkuburan lagi, kami di maklumkan ada 4 buah tapak perkuburan disitu. waktu itu suasana bergitu menyerampak dah le dalam hutan hanya ada 4 buah rumah saja kat situ yg lain semak samun, dengar kata tempat tu tidak bolih dimajukan walaupun beberapa usaha memajukan telah dilakukan.


Setelah lebih kurang 30 minit menunggu tepat jam 0230 ptg baru kami dibenarkan masuk. terkejut juga lihat tempatnya, kami diberi kemah 2 men tan untuk tido 3 orang punya le sempit tp nak buat mcm mana, bilik air buat sendiri guna kanvas mandi air kolah, lantai kemah pusat guna kanvas atap guna kanvas juga, nak kukuh kami guna buluh je, situ le makan, situ juga sembahyang. lepas ni tak akan jadi mcm tu lagi sebab koi dah belajar knot.


Aktiviti penuh, setiap jam 0700 pagi senaman, sarapan lepas kelas motivasi, jam 0300 ptgg ada jalan lasak kena guling, lompat bintang, merangkak bawah kelengkang, crawling, kena lari tanpa berhenti sejauh 7 km. malam ada kelas motivasi lagi.


Hari ni 1000 pg selepas senaman dan sarapan pagi kami ada aktiviti water confident dalam Sg. Bukit Kepong guna PFD tapi dalam sungai ada buaya, airnya mcm teh tarik dalamnya tak jejak kaki tuuu. udang jgn ceritas punya le banyak.


malam - kami disuruh mendirikan rakit, diberi 8 batang kayu, 7 tiub tayar, tali, sampai jam 0100 pg baru siap kayak kami. tido.


Pagi - selepas senaman dan sarapan kami terus ke tebing sungai untuk aktiviti berakit setelah bacaan doa kami dilepaskan tepat jam 0105 tgh, mengikut arus laut kalau arus laut pasang kami tidak bolih berakit, kami terpaksa menunggu air laut surut supaya dapat menolak kami ke Pekan Bukit Kepong, satu kumplan 5 orang berakit menujuk ke pekan Bukit Kepong,


Sewaktu berkayak keadaan amat payah kami jumpa air mati, anak biawak melintas, ada juga yg jumpa buaya, kumpulan kami hanya diusik benda haus aje. sewaktu kami berkayak kami nampak satu kumpulan di belakang kami telah naik ke darat kami ingat kami dah tersesat rupanya ada benda menyerupai kwn kami. sampai di CP1 jam 0730 mlm kami naik ke darat utk makan malam dan sembahyang, lepas tu kami tunggu air surut pada jam 1100 mlm untuk sambung berakit semula hingga CP terakhir. cantik permandanagan malam banyak kunang-kunang mengiring kami sewaktu berkayak. jam 0530 pg baru kami sampai di CP akhir. ketibaan kami disambut dngan nasi goreng dan air milo. kami naik bas untuk balik ke kemah semula.


Malam - ada aktiviti jalan malam (solo), kami kena lalu dikawasan kubur yg diterangi dengan cahaya lilin, huhhh seram sungguh hanya tuhan yg tahu. dalam gelap tu kami merentasi kawasan hutan, pokok getah, pokok kelapa sawit, semak samun, lebih kurang 7 km juga kami jalan. Semuanya gelap tak nampak apa. aktiviti malam tu tamat jam 0300 pagi


Hari ini tibalah waktu kami balik ke famasi masing, selepas makan tengahari ada penyerahan sijil penyertaan lepas tu tibalah masa untuk bermaaf-maafan suasan amat pilu waktu koi pun entah mcm mana menangis gak. setelah semua selesai kami bertolak balik ke KL. sampai KL jam 0900 mlm. TAMAT

Wednesday, July 22, 2009

Banjir Kilat

Tarikh: Jun, 2006
Tempat: Tmn. Rekreasi Batu Rock, Hulu Yam, Selangor

Perkemahan Tahunan Peringkat Negeri Selangor, IPD Ampang Jaya membawa sebanyak 70 peserta ahli kor-kadet mereka terdiri daripada 35 ahli kor-kadet lelaki dan 35 ahli kor-kadet perempuan dan 15 pegawai/anggota polis serta 10 guru kadet. Pihak Kontijen Selangor memilih Perkemahan kali di buat di Tmn. Rekreasi Batu Rock, Hulu Yam memandang sewanya agak murah dibandingkan dengan tempat lain. walaupun keadaannya agar tidak teratur dan terlalu sempit bagi menampung lebih kurang 1000 peserta tetapi kami tetap akur dengan arahan yg diberi.

Hari Pertama
Tengahari - Cuaca agak mendung,setiap daerah sibuk mendirikan kemah masing-masing memandangkan kemah dapur agak terhad kami mendirikan kemah di kawasan kemah ahli kor kadet lelaki, sekiranya peserta perempuan ingin makan mereka harus menyeberangi jambatan sekiranya ingin menuju ke kemah dapur (tpt makan). setiap daerah kena masak masakan sendiri, kerana tidak disediakan oleh pihak pengamjur.

Malam - jam 0800 mlm hujan mula turun, tetapi tidak lebat. sewaktu kami tengah sibuk makan malam kami terdengar sesuatu bunyi seperti deruman injin lori puas kami cari manakah datang arah bunyi tersebut tapi tak juga jumpa. waktu itu hujam mula berhenti.

Secara tiba-tiba entah dari mana air naik bergitu pantas dengan membawa bersama kayu-kayu besar, daun-daun dan sampah sarap sekali, semua peserta menjadi panik tiang jambatan yg menghubungi kami dengan peserta perempuan telah pun retak dan menjadi senget disebabkan dipuluk oleh batang pokok yg tumbang dibawa arus tadi. Kesemua kemah Urusetia telah dihanyutkan oleh air, untung kemah dapur kami tidak dihanyutkan air cuma ditengelami air setinggi 1 kaki saja. Hampir 10 buah motokar telah ditengelami air. secara sahnya kami telah terputus hubungan dengan kemah peserta perempuan keadaan waktu terlalu gelap kami hanya diterangi dengan cahaya lilin sahaja. ramai peserta perempuan tidak dapat makan malam. dan tiada siapa yg berani menyeberangi jambatan yg rosak tersebut. malam tu kami tidur dengan keadaan basah kuyup dan berhimpit-himpit didalam kemah dapur.. walaupun kemah peserta perempuan tidak ditengelami tetapi semuanya telah rosak dan basah. kami juga difahamkam mereka pun tidur malam tu dengan keadaan basah.

Pagi- Jam 0800 pg keesok harinya setelah perbincangan dibuat dan mendapat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, perkemahan kali dibatalkan dan semua peserta diarahkan balik ke formasi masing-masing. air sungai mula surut tapi masih lagi terdapat beberapa orang yang takut untuk menyeberang jambatan tersebut lalu mengambil keputusan untuk masuk ke dalam sungai untuk ke seberang.

Kalau difikirkan kejadian malam tu amat mengerunkan dengar cerita orang dulu-dulu, keadaan seperti itu bolih mengundang maut kerena air tersebut datang dari puncak bukit (kepala air) dengan membawa batu-batan, kayu kayan dan sampah sarap sekali. perkara ini berlaku sekiranya diatas bukit telah berlaku hujan yg agak lebat. Syukurrr..alhamdulilah tiada sebarang kecederaan pun berlaku kepada para peserta. cuma 2 org geng koi kena angkat enjin.

APa-aPa aJE...

cite selanjutnya skajap lagi..tungguuuuuuuuuuuuu...