Tarikh: Jun, 2006
Tempat: Tmn. Rekreasi Batu Rock, Hulu Yam, Selangor
Perkemahan Tahunan Peringkat Negeri Selangor, IPD Ampang Jaya membawa sebanyak 70 peserta ahli kor-kadet mereka terdiri daripada 35 ahli kor-kadet lelaki dan 35 ahli kor-kadet perempuan dan 15 pegawai/anggota polis serta 10 guru kadet. Pihak Kontijen Selangor memilih Perkemahan kali di buat di Tmn. Rekreasi Batu Rock, Hulu Yam memandang sewanya agak murah dibandingkan dengan tempat lain. walaupun keadaannya agar tidak teratur dan terlalu sempit bagi menampung lebih kurang 1000 peserta tetapi kami tetap akur dengan arahan yg diberi.
Hari Pertama
Tengahari - Cuaca agak mendung,setiap daerah sibuk mendirikan kemah masing-masing memandangkan kemah dapur agak terhad kami mendirikan kemah di kawasan kemah ahli kor kadet lelaki, sekiranya peserta perempuan ingin makan mereka harus menyeberangi jambatan sekiranya ingin menuju ke kemah dapur (tpt makan). setiap daerah kena masak masakan sendiri, kerana tidak disediakan oleh pihak pengamjur.
Malam - jam 0800 mlm hujan mula turun, tetapi tidak lebat. sewaktu kami tengah sibuk makan malam kami terdengar sesuatu bunyi seperti deruman injin lori puas kami cari manakah datang arah bunyi tersebut tapi tak juga jumpa. waktu itu hujam mula berhenti.
Secara tiba-tiba entah dari mana air naik bergitu pantas dengan membawa bersama kayu-kayu besar, daun-daun dan sampah sarap sekali, semua peserta menjadi panik tiang jambatan yg menghubungi kami dengan peserta perempuan telah pun retak dan menjadi senget disebabkan dipuluk oleh batang pokok yg tumbang dibawa arus tadi. Kesemua kemah Urusetia telah dihanyutkan oleh air, untung kemah dapur kami tidak dihanyutkan air cuma ditengelami air setinggi 1 kaki saja. Hampir 10 buah motokar telah ditengelami air. secara sahnya kami telah terputus hubungan dengan kemah peserta perempuan keadaan waktu terlalu gelap kami hanya diterangi dengan cahaya lilin sahaja. ramai peserta perempuan tidak dapat makan malam. dan tiada siapa yg berani menyeberangi jambatan yg rosak tersebut. malam tu kami tidur dengan keadaan basah kuyup dan berhimpit-himpit didalam kemah dapur.. walaupun kemah peserta perempuan tidak ditengelami tetapi semuanya telah rosak dan basah. kami juga difahamkam mereka pun tidur malam tu dengan keadaan basah.
Pagi- Jam 0800 pg keesok harinya setelah perbincangan dibuat dan mendapat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, perkemahan kali dibatalkan dan semua peserta diarahkan balik ke formasi masing-masing. air sungai mula surut tapi masih lagi terdapat beberapa orang yang takut untuk menyeberang jambatan tersebut lalu mengambil keputusan untuk masuk ke dalam sungai untuk ke seberang.
Kalau difikirkan kejadian malam tu amat mengerunkan dengar cerita orang dulu-dulu, keadaan seperti itu bolih mengundang maut kerena air tersebut datang dari puncak bukit (kepala air) dengan membawa batu-batan, kayu kayan dan sampah sarap sekali. perkara ini berlaku sekiranya diatas bukit telah berlaku hujan yg agak lebat. Syukurrr..alhamdulilah tiada sebarang kecederaan pun berlaku kepada para peserta. cuma 2 org geng koi kena angkat enjin.
Tidak Punya Kasut Baru
8 years ago
No comments:
Post a Comment