Tarikh: 25/7/2009 Masa: 2.00 ptg
Tempat : Bilik Komputer UiTM Shah Alam
Hari ini kami telah diajar tentang "KNOT" (ikat,simpulan)oleh En. Hisyam serta dibantu oleh adik-adik, berkobar-kobar kami mencuba membuat ikat, tak dapat ikat botol kami ikat kerusi tak dapat ikat kerusi, ikat badan pun jadi.... yang penting menjadi. Petang tu kami terlalu asyik hingga kelas terlajak pun kami tak sedar seronok punya pasal. Knot adalah penting kerana ia akan digunakan sewaktu rekreasi di Pulau Kapas nanti, kalau tak mahir macam mana nak dirikan Kemah Pusat, Kemah Peralatan, lebih-lebih lagi Koi Pulak ditugaskan sebagai AJK Penempatan di Sana. tu yang ada risau sikit. Takut kemah robohhhhhhh.
Dengan umur dah menjangkau 40 thn baru nak belajar knoting mana nak masuk dalam otak, nasib baik kawan-kawan ramai membantu kalau tak nak buat simpulan manok terbuat simpulan biawak. Waktu sekolah koi tak belajar semua ni, mana nak ada sekolah kampung........ Tapi bagus juga belajar knot bolih juga koi gunakan sewaktu kenduri kendara kat kampung nanti. ok jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment