Thursday, November 11, 2010

KONVO SR113 PLK-PDRM UiTM SHAH ALAM

Klu tiada aral melintang dan diizinkan Allah swt 28/11/2010 konvo la koi setelah hampir 1/2 tahun menunggu, apa-apa pun koi tetap bersyukur dpt gak koi menghabiskan pengajian. Tak sangka pulak konvo kali ini koi bersama dgn anak adik ipar.
21/11/2010 kami ada raptai n ambil jubah, tak sabo rasanya nak jumpa kekawang lama, harap perjumpa kali nie dapat mengeratkan perhubungan yang telah renggang, koi harap buang yg keruh ambil yg jernih, tak baik bermasam muka lama-lama, n jgn terlalu percaya dgn bisikan setan sesunggunya setan suka melihat umat islam bermusuhan.....dlm apa jua situasi kita harus bersaboooo.
AMIN..........

Sunday, September 19, 2010

RAYA 2010

10/09/2010 - Jumaat
Tahun nie anak-anak dara koi pakat-pakat nak pakai baju raya warna kuning, juling gak mata koi nak memilih baju... bukan apa.. kulit koi idok le berapa putih klu nak dipadankan dgn warna gitu...layannnn je kerenoh anak2. nak buat gone. 1 hari sebelum raya baru koi dpt baju idok le berapa kuning tapi bolih laaa.
Nak dengo cite tak? bulan puasa tahun koi ngan adik koi berniaga di Bazar Romadan di Dataran Setiawangsa KL, jual nasi lemok & air, masukkkk.. koi ingat bln puasa org x mkn nasi lemak rupanye lagi ligat...
Letih x bolih nak cite, koi masuk keja jam 0800 mlm balik 0800 pagi (12 jam) balik keja terus kejo g pasar keramat beli barang2 & terus masok sampai jam 0400 ptg siap masok terus g bazar sampai jam 0700 mlm, mandi2 sat terus g kerja. haaaa mcm tu koi dlm sebulan tu mcm nak gila dibuatnya. alhamdulilah.... murah rezeki tahun nie.
Tapi yg peliknya badan koi x gak turun2 beratnya.. apa bolih buat nasip ko le badan. Klu diizinkan Allah swt tahun dpn koi berniaga lagi.

KEJUTAN TERINDAH RAYA 2010

11/09/2010 Sabtu
Raya tahun nie, koi dpt kejutan yg mungkin tak dpt koi lupakan mane dak nye 3 org sahabat lama koi sewaktu menuntut di SMK Voka Ampangan Seremban (1986) dtg bertandang kat umah mak koi di Bentong, Pahang. Amat terharu koi dibuatnya setelah 24 tahun koi tak berjumpa diorang... Sukma, Zana, Asmah kalian benar2 sahabatku. tak dpt koi nak gambarkan betapa gembiranya koi dgn kehadiran mereka yg sudi dtg dari Johor, N.Sembilan. Insyaallah satu hari nanti klu diizinkan tuhan sampai gak koi ke tempat kalian.
Tunguuuuu....

Sunday, May 23, 2010

BERPINDAH KE IPD SENTUL YG BARU

Pada 17/5/2010(ahad) adalah ari terakhir koi dan semua warga IPD Sentul berada ditapak yg lama iaitu di Jln Ipoh, dan tempat baru pulak di Balai Polis Jinjang. waktu nak pindah kacau bilau dibuatnya mana tak nya cawangan koi diberi tarikh terakhir untuk pindah apa lagi kami berebut2 le lori nak angkat barang siapa cepat dia dapat.
Pada hari tu pelbagai ragam dipaparkan olih semua warga IPD Sentul tak kira pangkat lintang pukang dibuatnya masing2 sibut buta keja yg mendatangkan hasil dan cari duit lebih. pantang lepa sikit kena kebas. ada yg takut kena kebas sanggup jadi pak pacak dan jaga kehulu kehilir takut barang kena kebas. hai... bergitu le manusia asalkan bolih mendatangkan duit semuanya di jual. ada gak yg tahi hidung masin baldi dan gayung buruk pun bawak balik. tapi x leh nak cakap gak barang dia.... hak dia betul tak?
Pada 16/5/2010 (sabtu) malam tu saja koi balik lambat saja duduk bersibia kat opis dok tengok gelagat kekawan, rasa sedih nak tinggal IPD sentul yang lama. malam tu mcm pesta kenduri khawin merioh.....doh... koi ngan bebudak gerakan duduk kat tangga sampai jam 0200 pagi sambil tunggu bebudak koi kemas barang. seronok giler... apa-apapun tq n tahniah koi ucapkan kepada semua anggota Gerakan/C4i diatas keringanan tangan saling bantu membantu waktu perpindah tempohari.
BILA NAK PAKAI JUBAH NIE......
Hai semua sonyap... yo jadi ke tidok kita nak pakai jubah pada Julai nie? nampak gaya nya mcm tok jadi je le kite nie yek, lantok le deme.. koi mcm biasa tunggu dan lihat je. apa-apa koi masih di IPD Sentul, KL. tak susah nak cari kan.
Tahnian koi ucapkan kepada kekawan yg sambung degree, koi Julai nie x berkesempatan nak joint koorang sbb nak beri laluan kepada anak ke 2 koi pulak dah lega cikit baru le koi pulak. Itulah dikatakan hati seorang ibu sentiasa mementingkan anak2 dan keluarga dulu dari kepentingan diri sendiri, koi doakan agar anak2 koi sentiasa ingat akan pengorbanan ibu dia..
Rasa cemburu gak x dapat belajo sesama demo tp apa bolih buat keadaan x mengizinkan cuma, koi doakan agar kalian belajo dgn bersungguh2. klu ada umur panjang dan rezeki lebih koi akan menyusul pulak. doakan agar cita2 koi termakbul. Amin

Monday, April 19, 2010

HARI TERAKHIR KOI D UiTM

ALHAMDULILAHHHHHHHH syukur kepada ALLAH swt kerana koi dan rakan-rakan PLK-PDRM yang lain telah mendapat Dip FSR113 setelah hampir 4 tahun kami menempuh pelbagai rintangan dan dugaan. Pada hari ini, 29 hb Mac, 2010 adalah tarikh karamat bagi kami semua kerana hari ini kami semua harus menghantar repot terakhir yg akan mementukan kejayaan kami.
Koi menghantar repot bersama Yusane & Sapiah, sewaktu sampai di UiTM Shah Alam En. Sadik dah lama menunggu di pejabatnya, beliau sempat juga menyarankan kami agar menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. TQ En. Sadik atas semua nasihat dan bimbingan yg diberikan kepada koi selama ini, dan tak lupa juga En. Ali Kemek, SS, Kak Rock dan kepada semua para pensyarah yg selama ini banyak membantu koi dan rakan-rakan lain.
Rasa sedih untuk koi melangkah meninggalkan UiTM Shah Alam yg banyak meninggalkan memori indah terhadap diri ini, Tahniah kepada kekawan yg dpt menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, sedih juga rasanya tidak dapat bersama kalian tetapi ada perkara yg harus diutamakan. Setelah anak sulung koi belajar di menara gading kini anak ke dua koi pula akan mengikut menjejak langkah kakaknya, hemmmm faham2 je laa... poket koi nie..... tapi takpe kalau diizinkan Allah swt mungkin tahun depan koi akan mengikut jejak langkah kalian setidak2nya bolih gak koi pinjam buku dari kamu semua.
Apa-apa pun koi mohon maaf kepada semua yg mengenali diri ini, jika selama ini koi pernah menguris perasaan kalian dengan niat atau tanpa niat koi menyusun jari sepuluh memohon jutaan kemaafan.
TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.
KALAU ADA SUMUR DILADANG
BOLIH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.
DUA TIGA KUCING BERLARI
MANAKAN SAMA SI KUCING BELANG
HARI-HARI AKU MENANTI
TAKUT NANTI KO ORANG TAK DATANG
**********

Sunday, February 7, 2010

MALAM SERIBU BINTANG

ANEX PDRM PASIR HITAM LANGKAWI, KEDAH
Tarikh: 20 Jan 2010

Setiap program yg dianjurkan pasti malam terakhir ada malam untuk berpoya-poya. tema kami kali ini 'MERAH"........... FUUHHHH...bling, bling masing-masing malam tu. kira meriah giler laa...... malam tu. Tabik spring la Ina bagium cantik betul dia malam tu. walaupun pada awalnya beliau merajuk sikit malam tu, tapi tak apa... yg penting beliau dan Kamisah dtg jugak biasalah... org lama kalau merajuk tak bolih lama-lama.. opsss jgn maree.

Koi lihat Dr. khairi & En. Sadek nampak seronok dan teruja malam tu. mana taknya ikut gelagat pak & mak polisi yg kebanyakannya putus wayar. Malam tu kami dapat pujian habis dari Dr. Khairi, beliau mengatakan beliau belum pernah menghadiri majlis yg meriah dan gila-gila mcm nie. seronok katanya. maklumlah selama nie beliau sentiasa dikelilingi dgn bebudak. bila dapat joint dgn geng mak,pak polisi baru beliau rasa perubahan sikit kot. kalau En. sadek rasanya beliau dah otai sikit kot dgn peragai kami semua.

Apa-apa pun program yg kami anjurkan dapat mencapai matlamatnya. dengar cerita setelah balik dari motivasi camp hari tu bebudak sem 1,3,5,7 dpt bergaul rapat dan bertegur sapa tidak sebelum ini masing-masing buat hal masing-masing terutama bila datang kelas di Maktab PDRM Cheras. semoga keadaan iniakan beterusan sampai bila-bila. amin...