Monday, April 19, 2010

HARI TERAKHIR KOI D UiTM

ALHAMDULILAHHHHHHHH syukur kepada ALLAH swt kerana koi dan rakan-rakan PLK-PDRM yang lain telah mendapat Dip FSR113 setelah hampir 4 tahun kami menempuh pelbagai rintangan dan dugaan. Pada hari ini, 29 hb Mac, 2010 adalah tarikh karamat bagi kami semua kerana hari ini kami semua harus menghantar repot terakhir yg akan mementukan kejayaan kami.
Koi menghantar repot bersama Yusane & Sapiah, sewaktu sampai di UiTM Shah Alam En. Sadik dah lama menunggu di pejabatnya, beliau sempat juga menyarankan kami agar menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. TQ En. Sadik atas semua nasihat dan bimbingan yg diberikan kepada koi selama ini, dan tak lupa juga En. Ali Kemek, SS, Kak Rock dan kepada semua para pensyarah yg selama ini banyak membantu koi dan rakan-rakan lain.
Rasa sedih untuk koi melangkah meninggalkan UiTM Shah Alam yg banyak meninggalkan memori indah terhadap diri ini, Tahniah kepada kekawan yg dpt menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, sedih juga rasanya tidak dapat bersama kalian tetapi ada perkara yg harus diutamakan. Setelah anak sulung koi belajar di menara gading kini anak ke dua koi pula akan mengikut menjejak langkah kakaknya, hemmmm faham2 je laa... poket koi nie..... tapi takpe kalau diizinkan Allah swt mungkin tahun depan koi akan mengikut jejak langkah kalian setidak2nya bolih gak koi pinjam buku dari kamu semua.
Apa-apa pun koi mohon maaf kepada semua yg mengenali diri ini, jika selama ini koi pernah menguris perasaan kalian dengan niat atau tanpa niat koi menyusun jari sepuluh memohon jutaan kemaafan.
TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.
KALAU ADA SUMUR DILADANG
BOLIH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.
DUA TIGA KUCING BERLARI
MANAKAN SAMA SI KUCING BELANG
HARI-HARI AKU MENANTI
TAKUT NANTI KO ORANG TAK DATANG
**********

1 comment:

  1. kak koi..
    bukan cik sadik la tapi sadek daa..
    bukan kemek la tapi kimik daa..
    ha ha..

    ReplyDelete