Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

KONVO SR113 PLK-PDRM UiTM SHAH ALAM

Klu tiada aral melintang dan diizinkan Allah swt 28/11/2010 konvo la koi setelah hampir 1/2 tahun menunggu, apa-apa pun koi tetap bersyukur dpt gak koi menghabiskan pengajian. Tak sangka pulak konvo kali ini koi bersama dgn anak adik ipar.
21/11/2010 kami ada raptai n ambil jubah, tak sabo rasanya nak jumpa kekawang lama, harap perjumpa kali nie dapat mengeratkan perhubungan yang telah renggang, koi harap buang yg keruh ambil yg jernih, tak baik bermasam muka lama-lama, n jgn terlalu percaya dgn bisikan setan sesunggunya setan suka melihat umat islam bermusuhan.....dlm apa jua situasi kita harus bersaboooo.
AMIN..........

Sunday, September 19, 2010

RAYA 2010

10/09/2010 - Jumaat
Tahun nie anak-anak dara koi pakat-pakat nak pakai baju raya warna kuning, juling gak mata koi nak memilih baju... bukan apa.. kulit koi idok le berapa putih klu nak dipadankan dgn warna gitu...layannnn je kerenoh anak2. nak buat gone. 1 hari sebelum raya baru koi dpt baju idok le berapa kuning tapi bolih laaa.
Nak dengo cite tak? bulan puasa tahun koi ngan adik koi berniaga di Bazar Romadan di Dataran Setiawangsa KL, jual nasi lemok & air, masukkkk.. koi ingat bln puasa org x mkn nasi lemak rupanye lagi ligat...
Letih x bolih nak cite, koi masuk keja jam 0800 mlm balik 0800 pagi (12 jam) balik keja terus kejo g pasar keramat beli barang2 & terus masok sampai jam 0400 ptg siap masok terus g bazar sampai jam 0700 mlm, mandi2 sat terus g kerja. haaaa mcm tu koi dlm sebulan tu mcm nak gila dibuatnya. alhamdulilah.... murah rezeki tahun nie.
Tapi yg peliknya badan koi x gak turun2 beratnya.. apa bolih buat nasip ko le badan. Klu diizinkan Allah swt tahun dpn koi berniaga lagi.

Tuesday, December 1, 2009

RAYA KORBAN 2009

Hari Raya Korban tahun nie koi dapat off kecil satu hari, tolak campur dapat le koi cuti 3 hari, jadi sewaktu di Kg. kami adik beradik rancang pada raya ke 2 nak buat "Ayam Percik" alaa kelantan dan mee kari . ayam dah tempah 6 ekor ingat ayam kecil rupanya 6 ekor RM 126.52 ayamnya semuanya besar bagak, tersandar kami semua dibuatnya.

Setiap kali balik kampung koi akan pergi memancing di sungai belakang rumah mak koi, kali ni koi pergi dengan adik & kak long untuk lepas gian je. walau pun guna kail batang rumbia dapat gak 2 ekor ikan keli 2 ekor ikan putih dan 3 ekor ikan nyet2. ayah setiap kali kami cuti lama dia dah awal2 lagi tebang batang rumbia untuk dijadikan batang pancing, dikeringkan terlebih dahulu nanti kalau lewat batang kail berat pulak kesian kat cucu takut tak larat angkat batang pancing.

Koi sempat juga ajar anak lelaki koi bawa motosikal, entah mcm mana kami dua orang terjatuh dengan bergayanya depan rumah mak, ada ke patut motor berhenti pun bolih jatuh, tu le pasal anak koi terpulas minyak motor, lebam kaki dia, harap2 suami koi tak naik angin. apa-apa pun walaupun cuti koi sikit tapi tetap menyeronokkan.

Nasihat Koi, kepada siapa yg dah lama tak balik kampung tu jenguk2 org tua di kg mereka sebenarnya mereka tidak mengharapkan wang ringgit dari kita tapi kehadiran kita disisinya.