Sunday, September 13, 2009

ORIENTEERING

Tarikh: 12/09/2009 @ Masa 0800 - 1200 hrs
Tempat: Maktab PDRM Cheras

taklimat terakhir
Hari ni kami ada kelas Orienteering, tepat jam 0800 pg En. Hisyam dah terpacak kat kelas dengan membawa bersama peralatan orienteering, dia sememang seorang lelaki yang sangat menepati masa tepat.

Dalam kelas beliau mengenalkan kami beberapa jenis Orienteering Event, baru koi tahu ada jenis event rupanya: -
1. Line Orienteering
2. Cross-Country Orienteering
3. Score Orienteering
4. Relay Orienteering
5. Street Orienteering
6. Mountain Orienteering

sentuhan terakhir sebelum aktiviti bermula

peralatan sewaktu orienteering

acara berebut siapa nak baca bearing dulu

Pada kelas yang lepas En. Hisyam dah ingatkan supaya membawa peralatan seperti maker pen, stapleer & manila kad berukuran 5x5 yang bertanda CP0, CP1 - CP4 nama kumpulan serta harus tertera distance & bearing di belakangnya, Antara faham atau mereka tak ambil perhatian sewaktu En. Hisyam memaklumkan saiz ukuran manila kad yang harus dibawa sehingga ada yang mereka yg membawa saiz 10x7 lebar ada yg bawak lagi beeesar punya 20x20 lebar, dah le besar 5 keping pulak tu. dah le kelangkabut masing-masing pagi tu kerat mengikut saiz yg betul. Ada juga yg bawak tak cukup nasib baik warna manila kad hijau koi sama dgn diaorg dapat le koi beri dia sekeping koi nya.

buddy yang setia Ina

geng yg telah membuat koi kacau bilau (back bearing)

Sewaktu aktiviti Orienteering koi dapat budy ngan Khairol & Ina kira geng ngam gila punya lah, dan mengelarkan kumpulan kami dengan nama Gunung Senyum sempena ambil nama sewaktu di Pulau Kapas ari tu. Tapi yang malangnya Khairol tidak dapat menyertai kami hari tu sebab ada masaalah yg tidak dapat dielakkan, si Brain pulak budak e-PJJ lagi le tak bolih joint kami jadi, tinggal le kami berdua saja.

Bila En. Hisyam kata kena tukar dgn orang lain untuk cari control kumpulan kami dapat geng Atikah & Sapiah punya. kami dilepaskan pada jam lebih kurang 1130 hrs. Alamakkkk dia orang punya bearing CP1 ada tercacoool lah geng, kutu bagi kami back bearing melilau Koi ngan Ina dah cari tak jumpa,dah le hari panas nasib baik En. Hisyam bagi klu sikit, "Eh tadi saya nampak diaorang pasang kat atas bukit" katanya, ikut bearing tunjuk bawah bukit, satu hal lagi, semasa kami nak cari CP2 bearing dah betul bearing, distance lak salah kata 52 langkah, bila kami kira-kira rupanya ada lebih sikit kami tanya Sapiah dia kata diaorng agak je langkah tu, aduuhhhh aci.... itu macam lu kasi kami org susah la. last-last dapat juga kami semua CP, bila kami jumpa En. Hisyam dia kata masa kami sampai jam 1202.23 minit orang yang terakhir sekali sampai. Alamakkk ambil masa ke! ingat tak payah, untuk puaskan hati mereka, kami jumpa semula Atikah & Sapiah di CP1 tadi, bukan apa dia org rasa muskhil benarkah bearing diaorng salah. last-last dia orang minta maaf kat kami berdua. Alaa takpe nya... bukan bolih jadi kudisnya punnn ya dok!?.

Kalau di tempat kecil tu kami dah kalut dan tersesat entah mcm mana keadaannya kalau tempat yang luas seperti di Bukit Cerakah ada hantu pulak tu, oppss jgn takutkan diaorang........sorry. petang ada kelas En Ali pulak, apa lagi....ramai le yang ambil kesempatan tidoq.
wajah-wajah keletihan selepas orienteering, tidoo ye bang...

Alhamdulilah....kelas hari ni, dapat menambahkan lagi kemahiran koi dalam penggunaan compass, harap-harap pada 30/9/2009 di Bukit Cerakah nanti dapatlah koi menghabiskan semua CP yg ada dan sentiasa dilindungi Allah swt dari tersesat di dalam hutan. Amin.

No comments:

Post a Comment