Wednesday, September 2, 2009

Lembaga Putih Terbang Di Bukit Cerakah

Assalamualaikumm..........& Selamat Petang Semua
Ari ni tak ada apa yang seronok yang ingin koi ceritakan cuma debaran menunggu hari untuk pergi aktiviti Orientation di Bukit Cerakah Shah Alam, Selangor pada 30/09/2009. Kalau nak cerita pasal pengalaman di Bukit Cerakah ni memang banyak terutama cerita mengenai benda-benda mistik serammmmmmm....

Sebelum koi bertukar ke Caw. Bilik Gerakan IPD Sentul koi bertugas di Caw. Hal Ehwal Awam di IPD Ampang Jaya, Selangor selama lebih kurang 6 tahun salah satu tugasnya adalah membawa budak-budak ahli Kor-Kadet Sekolah untuk camping, kira-kira dalam satu tahun tu 2 kali jugalah aktiviti tu dijalankan peringkat daerah & peringkat negeri.

Cerita ni berlaku pada Jun 2007, kami seramai 300 orang ahli kadet polis (150 lelaki 150 perempuan) termasuk 30 orang guru kadet serta 14 orang pegawai dan anggota polis menyertai aktiviti tahunan ini. Aktiviti selalunya 3 hari 2 malam. Pada ari pertama pendaftaran pun dah buat hal mana taknya chalet yang kami tempah telah diduduki oleh tok sami berbaju kuning berkepala botak seramai lebih kurang 10 orang. sewaktu boss koi dok tengah bertekak pasal tapak kemah koi & member ambil peluang tinjau-tinjau kawasan tapak kemah budak-budak, alangkah terkejutnya koi bila koi nanpak tok sami tengah bertapa dicelah-celah pokok, kalau di pandang dari jauh koi ingatkan patung rupanya orang...kah kah kah.

Aktiviti tahunan ini merangkumi aktiviti jalan lasak, jalan malam, kawat & rentas halangan. Malam sebelum aktiviti ramai budah-budak merungut pasal banyak beruk besar2 curi makanan mereka dan panjat kemah mereka tapi koi tak nampak pulak beruk tu, tu yang heran..
Cerita bermula dalam aktiviti jalan malam (9.00 mlm), budak-budak dilepaskan 5 minit satu kumpulan (5 org 1 kumpulan) tempat permulaan di chalet, koi bersama 1 org guru perempuan dan 3 anggota polis lelaki di tugaskan di check point terakhir ( tempat tu le) sementara menunggu diorang tu sampai koi tengok-tengok kat air, banyak ikan besar-besar timbul, rasanya besar peha Apai & Harun ada kot opsss jgn mare... yg herannya bila koi tabur roti tak makan pancing umpan dedak, hoh dong, roti pun tak makan dia cuma berlegar-legar kat tepi kita orang je. masa tu tak rasa apa lagi. Koi pun ambil keputusan untuk untuk pasang jaring ala jaring yang harga RM 1.50. jeee.

Lebih kurang jam 1130 mlm kumpulan ke 10 tiba ke check point, tiba-tiba cikgu tadi belari kat koi dia kata dia nampak ada benda putih terbang, yang pelik kami semua tak nampak. kami diamkan cerita tu sebab takut budak-budak tahu. Malam tu ramai yang tak bolih tidur, koi jenis yang susah tido waktu tido koi jam 3.00 pagi tiap ari. waktu koi dalam kemah koi dengan suara orang bising-bising rupanya ada guru lelaki telah dialihkan olih seseorang sewaktu tidoooo. Akhirnya masing-masing guru ambil keputusan untuk tido kat tepi kolam je malam tu sebab takut..... katanya ada juga budak lelaki nampak lembaga putih tu.

Pagi esoknya sewaktu koi tengok jaring yang dipasang semalam koi jumpa dengan seorang lelaki Indonesia koi tanya dia kenapa ikan kat sini tak makan umpan dan dia memberitahu tempat ni ada tuannya yang bela, koi terdiam ( tekejut berook) katanya lagi ada orang mati di check point terakhir tu dan mayatnya tidak dihantar ke negara asalnya tapi ditanam di situ sambil menunjukkan jari ke satu arah, TUT.............. biarlah hanya koi yang tahu kubur tu dimana nanti org takut pulak.

Malam terakhir waktu buat persembahan ada kena hesteria bila ditanya mereka kata ada lembaga asyik memerhatikannya sehingga mereka takut nak buka mata. Alhamdulilah tak semua yang kena.

Sewaktu balik ditempat kerja masing-masing kami dimaklumkan ada seorang guru yang sakit tak baik-baik bila dia berubat secara tradisional katanya ada seorang budak membawa "SAKA" keluarga untuk dibuang disana tetapi penunggu tempat tu tak kasi dan suruh ambil balik. Koi dimaklumkan budak tu dah ambil balik "SAKA" yang telah dibuang ari tu.

Ok. tunggu cerita seram yang lain sewaktu camping di Sg. Congkak di Hulu Langat, Selangor. tungguuuuuuuuuu.

2 comments:

  1. Champing ka Camping....
    Yang mana satu betoi nie.....

    ReplyDelete
  2. heh.. salah ke...! sorry... tu lah gayanya kalau dah 5 hari makan nasi dalam dulang, lidah pun dah keras mcm dulang. jgn mare..

    ReplyDelete