Tempat: Falkuti FRS UiTM Shah Alam
keseronokan terpancar diwajah
Seawal jam 0800 pg Koi, Yatie & Ina dah menangok kat Falkuti FRS menunggu baju sponser yang dibawah olih Sapia untuk di pakai sewaktu perasmian nanti. Hari ni ada majlis perasmian sempena Program Explore Kapas Experiance Challange 2009 yang akan diadakan pada 14 - 19/09/2009 di Pulau Kapas. bila baju sampai alamak.. terangnya warna, oren pun orennnnnnnn lah asalkan baju free. TQ sapiah.
Perasmian bermula jam 0900 pg, kelihatan ramai juga pensyarah yang datang, ada juga wakil dari Caw. Latihan Bukit Aman, PDRM. Majlis pagi itu dirasmikan oleh En. "BOB", tahniah kepada bebudak degree kerana dapat mengelolakan majlis tersebut dengan jayanya siap tayang video explore yg lepas-lepas lagi, tu yg menambahkan semangat kami nak pergi. macam seronok aje.
Perasmian selesai jam 1130 pg, ingatkan lepas perasmian ada makan-makan hampehhh, dengan perut yg berdondang sayang kami terus pergi ke stor untuk loading barang, disana 3 buah lori PRDM dah menunggu, selesai di stor kami kena loading barang basah kat asrama Melati pulak, tak ada seorang PLK lelaki yang bantu kami sewaktu di sana, apa lah ko org ni asyik kencing je malu le sikit dengan adik-adik ni, tinggal Koi, Yatie, Kamisah, Liza & Ina je yg lain semua dah cau dulu. buat le selalu perangai mcm tu.
Nak bertolak jam 0400 ptg, jam 0300 ptg masih kat UiTM apa lagi masing-masing mcm lipas kudung, sampai rumah ambil barang dengan tak mandi terus je pergi ke PULAPOL, KL. siap leoding tepat jam 0500 ptg kami bertolak ke IPD Marang.
Jam 0710 ptg kami singgah sekejap di Temerluh, nak ambil periuk nasi & tarmus nasi yg koi pinjam dari mak di kampung, entah mcm mana bas dah terlajak hingga ke RR Temerluh, terpaksalah adik koi hantar barang tersebut ke RR, sementara tunggu adik sampai ramai mencuba makan ikan patin masak tempoyak yg terkenal di Temerluh, Pahang, ramai yg memuji keenakannya. setelah adik sampai 5 minit lepas tu kami pun menyambungkan perjalanan semula.
Koi tenguk ramai yg tido, koi tak dapat lelapkan mata sebab seronok sangat. jam 1020 malam kami singgah sekali lagi kat makan, koi tak makan asyik mencari baju hujan, takut nanti kat Pulau Kapas hujan, lagipun En. dah list kan suruh bawak. kat kedai makan tv menayangkan cerita tarzan 2 baru je nak layan kutu dah ajar jalan semula.
Tepat jam 0100 pg kami sampai di IPD Marang, teramat cantik dan canggih IPD Marang, bangunannya semuanya masih baru, kalau nak banding dengan IPD Sentul 100 kali cantik IPD ni. Setelah si mamak berbincang kami terus menujuk ke surau IPD , kami dibenarkan berehat sebentar di surau menunggu hari siang, kami dapat tahu adik-adik degree tido.

No comments:
Post a Comment