Tarikh: 16/08/2009
Aktiviti: Water Confident - Pulau Kapas
Hari ini adalah hari pertama koi berada di Pulau Kapas, selepas aktiviti Jalan Lasak pagi tadi, petang kami disajikan pulak dengan aktiviti Water Confident, bunyi macam seronok, sampai berebut-berebut siapa nak kena campak dulu dalam laut. kami dapat kumpulan ke 2 kena campak dalam laut.
Bot kami yang dipandu olih En Enjoy mengalami kerosakan, mati pulak enjinnya, koi rasa mungkin muatannya berlebihan kot, mana taknya badan yg naik semua XXL, Koi, Brain, Khairol & Ina cute. berhempas pulas juga En. enjoy hidupkan enjin bot sampai terputus talinya. nasib baik En Mazlin datang membantu menunda bot kami, takut juga bot kami dibawa arus ketengah laut.
Bila lihat kumpulan pertama dicampak dalam laut, perut mula lee kecut dah laa jauh, dalam pulak tu tak nampak batu karang langsung. bila teringat masaalah yang timbul tadi, mula le otak ni fikir yang bukan-bukan, bukan apa kata orang tua-tua kalau awal lagi dah mengalami masala tentu banyak masalah yang kita akan tempuhi nanti.
Sampai je kat pelampung, kami terus diarah terjun kelaut, sebelum kena tolak baik koi terjun sendiri, sekurang-kurang tak lee banyak koi minum air nanti. untuk sampai ke sisir pantai macam-macam stail kami kami berenang, kuak lentang, kuak kupu-kupu, kuak penyu semua ada. dalam otak ni berpusing-pusing fikir yang bukan-bukan terbayang naga, jerung dengan giginya yang tajam, kalaulah dia gigit peha koi yang gebu ni rasanya seminggu juga dia tak payah makan. itu yang laju je mendayung..... nasib baik kami semua pandai berenang, cuma Ina cute je yg koi risau sikit, sebab dia tak berapa pandai, masa latihan kat UiTM hari tu dia tak dapat datang. Untuk menghilangkan takut Khairol jaga dia sebab Khairol ada sijil Gangsa dalam renang. Dalam takut-takut tu rasa lucu pun ada bila tenguk gelagat Ina cute berenang, menyongsang dia berenang kalau dia letih di bergayut je kat khairul lagi senang.
Malang sememangnya tidak berbau, kalau berbau dah tentu koi lari, dah nak sampai sangat tingal beberapa ela aje dari pantai, batu-batu karang pun dah kelihatan, seronok jangan nak cerita lebih-lebih kumpulan kami dapat potong kumpulan si mamak. dalam kegembiraan tu tup, tup koi rasa ada sesuatu yang menyucuk kaki koi, Aduh.......... ibu jari kaki kanan koi kena tibai dek landak laut.....ya Allah sakitnya....
Sampai je pantai, En Mazlin suruh koi ketuk tempat yang sakit dengan seliper dia, kuat-kuat pulak tu.. biar sampai pecah benda yang hitam tu katanya. rasanya tak tergamak koi nak ketuk, lepas tu En Yasser ambil alih tugas mengetuk alamak.... dia ketuk macam orang buat rumah lag bro.....mcm2 rasa koi dapat, sakit, gatal, panas, rasa bengkak kaki jadi besar mcm buah kelapa pun ada. berpeluh jugak koi tenguk dia sampai keletihan dibuatnya. lepas tu En. Ali kimik ajak ke dapur untuk dituangkan air limau bagi mengurangkan bisa. Alhamdulilah mujarap jugak petuanya.
Rupanya bukan koi seorang je yang kena tibai, Si Mamak kena 5 kat tumit kaki kanan, Si Wan kena 5 liang kat tangan, ada juga kena kat buntut..... nak tahu siapa tak lain tak bukan si Ina Begum leee. pandai juga landak memilih tempat bila nak menyengat yek. Malang sungguh kepada siapa yang tidak mengalami pengalaman sebegitu. rugi tak rasa.......
Apa-apa pun tahniah kepada siapa yang kena tibai, terima kasih kepada semua yang membantu Koi sewaktu Koi alami kesukaran dan kesakitan

No comments:
Post a Comment