Wednesday, August 26, 2009

INDAHNYA... LEMAK MANIS

Tarikh: 17/08/2009
Masa: 1200 mlm

Setelah dilanyak pagi petang koi ingat malam ni ada lee rehat sikit, dipulun pulak kami dengan lemak manis. bunyi macam seronok ok lah kot. sebelum bermula kami diberi taklimat sikit. masa taklimat koi terdengar bunyi gedung, gendang, gendung, gendang, ingat bebudak degree sedang buat latihan untuk persembahan hari penutup nanti, yaa lah, koi kalau bawa bebudak kadet polis camping dulu time mcm ni sibuk buat latihan. pandang kiri kanan lampu semua dah terpadan tenguk jam dah 1230 mlm. nak tanya dengan adik-adik degree batang hidung pun tak nampak. berputar-putar kepala ni memikir apa yang akan berlaku selepas ni. penerangan yang diberi tak berapa jeas tapi malas nak tanya, berat mulut.

Setiap kumpulan diberi satu sampul surat yang mengandungi petunjuk melalui pantun, petunjuk pertama senang bai tuuu, cari lampu pelita ayam je. Bila nak cari petunjuk yang kedua dah haru biru dibuatnya. puas baca pantun tak faham-faham, dipendekkan cerita cari aje sampul surat yang bertanda kumpulan satu habis cerita. malam tu koi lihat semua orang lintang pukang dibuatnya masing-masing berlari ke hulu ke hilir sampai berlaga-laga, nak cari sampul surat. tenguk orang selak-selak kemah kami pun selak jugak, Si Brain jumpa satu surat untuk cari penunggu malam (En. Hisyam) ditepi pantai bila dapat klu kami terus pergi untuk dapatkan keset untuk didengar. al malang lah sungguh bila semua kaset rosak, koi tenguk muka En. Azila dah mencuka lagu yg mereka nyanyi semakin perlahan mungkin dah keletihan. tak tahan lihat kebodohan kami, lalu mereka ber klu yang keempat.

Bila kami nak cari sampul ke 5 kami menghadapi kesukaran sebab kena baca compass bila kami minta kompas En. Azila kata kami punya dah terambil yang lain tak ikut susunan. kena marah lagi... rupanya kami tertinggal sampul yang ke 3 bukan susah sangat dibawah batu dekat dewan makan jee. terjerit juga bila jumpa.

Masalah lain pulak timbul bila nak cari sampul ke 5 kena berbalas pantun pulak koi bak berpantun ni failed betul. nak harap si Brain dan khairol!!? hemmmm bolih ke dia pun sama menyanyi dengan bebudak degree bukan nak tolong cari idea nak balas pantun, puas jugak koi dan Ina cute berpantun tak kena-kena. apa benda le yang dia nak nie.....aduh pening kepala, jam dah tunjuk pukul 0300 pagi esok dengar cerita ada berkayak pulak.

Lama juga kami berfikir apa yg diaorang nak sebenarnya, rupanya setiap kumpulan soalannya lain-lain, patut le bila kita jawap walaupun betul tetap salah rupanya kita jawap soalan kumpulan lain punya. bila dah faham lupa pulak soalan kami kena suruh diaorang ulang soalan semula, baru le kami bolih jawap rupanya yang dicari En Yaseer.... patut le dia sampai terlena tunggu jawapan kami.

Bila dapat je klu ke 5 ada berbunyi terbujur kaku, robek kami terus meluru di dewan makan kebetulan ada seorang perempuan bertelekung tidur kat situ, ya Allah punya le bodohnya kami bolih kan kami kejutkan perempuan tu. bukan saya katanya.. kah, kah, kah maluuu....Entah mana datangnya idea si Khairol bolih dia kata robek ni tentu ada kaitan dengan pisau, mungkin ayam kot katanya, berkejar kami kat dapur selongkar semua tak ada juga. baca baering dah betul tak jumpa juga nasib baik En. Yaseer beri klu sikit baru lekami jumpa rupanya ada sebungkus makanan ditanam dalam tanah kat belakang dapur je. rasa bangga juga bila kami orang ke dua dapat menyelesaikan semua klu. dah tak lalu nak makan kami beri semua kat adik-adik. lega walaupun agak lambat kami semua tetap dapat menyelesaikan semua tugasan.

Sebenarnya Koi dan mungkin juga orang lain tak pernah main permainan Lemak manis ni, rasanya permainan ini selalu dimain olih bebudak, bagi kami yang nak masuk separuh abad ni sememang bebal juga nak faham. sorry dik jgn marah.... walaubagaimanapun kami tetap seronok dan dapat pengalaman yang baru.


No comments:

Post a Comment