Aktiviti: Pagi - Kayak
Sewaktu nak sampai Teluk Berakit koi nampak ikan melompat-melompat ke permukaan air, rasa cemas mula terasa, kalau tenguk National Geografi kat ASTRO saluran .. ikan melompat tu tandanya ada sekumpulan ikan sedang dimakan jerung, aku ingat mati hari tu, mengucap dah 3,4, kali, kalau dihitung-hitung dah jadi satu mukhadam ayat koi baca. takut bukan kepalang. tapi bila dilihat dalam air kelihatan banyak batu karang agak mustahil kalau ikan jerung bolih berenang di air sicetek itu. betul tak? saja jee nyedapkan hati.
Sampai je di teluk berakit kami dibenarkan snorkeling alamak.... saat yg paling ditunggu-tunggu. Cantiknya ciptaan tuhan.... jumpa gua, ikan NEMO kecil, cutenya.... opsss tak bolih tangkap kata En. Hisyam. time geng kedua snorkeling, koi ambil peluang makan sarapan yang dibawa roti sardin dgn 100 plus, pas tu Koi, Ina, Yatie & Khairol makan pulak epal hijau dicecah dengan air laut pulamak sedap jugak, semasa mandi koi ada juga terkucil beberapa kali, bak kata pepatah seperti mencurah segengam garam kelautan tak terjejas pun....
Bila saja nampak kemah, lega rasanya tub, tub ada capsize pulak sebab hari tu Mala "Kencing" waktu latihan kat Tasik Shah Alam, sememangnya En. Hisyam nak kenakannya dan berpakat dengan budy Mala, iaitu Hadi. 2 kali kami kena, suruh naik kayak dalam masa 8 minit, koi macam biasa kalau tak dilotong dek Wan jgn harap dapat naik. TQ Wan.
Akhirnya........ setelah kuyup dan kenyang minum air laut sampai juga kami, setelah mendengar penerangan dan mengikut arahan yang betul semasa berkayak kumpulan kami akhirnya sampai tempat ke dua & ketiga.
Alhamdulilah kali ni tak payah masak, dengan jasa baik Kak Rock dengan menyediakan hidangan makan tengahari, menu kari ikan tongkol , sayur dan air anggur.
No comments:
Post a Comment