Wednesday, August 26, 2009

MASAK OH MASAK

kesan terkena periuk nasi panas

Kalau nak cerita pasal masak memasak ni koi sememangnya berminat sangat, sedap tak sedap belakang kira yg penting apa yang disediakan semua habis dibedal. pada awalnya koi seorang yg tak tahu memasak langsung masa kecil koi hanya ditugaskan pergi kedai, kebun, & merayau2 keja rumah dah dibuat olih 2 orang kakak lagi.

Waktu mula-mula kahwin memanjang telipon mak tanya resepi bila nak masak. dpat pulak suami yg suka makan kat rumah nak tak nak kena belajar juga masak, pantang aje ada resepi dalam akbar koi pun potong dan simpan buat koleksi. Masa dulu selain tak mampu nak beli, buku resepi bukan mudah nak cari. Kerja pulak kat ceruk bandar (IPD Temerluh, Pahang)

Koi belajar memasak dalam qualiti yang banyak bila koi bertugas di Caw. Hal Ehwal Awam IPD Ampang Jaya, Selangor sebab selalu masak untuk bebudak kadet-polis. setakat makan untuk 300 orang bolih lagi koi masak, Sedap??? yg itu koi tak bolih nak jamin kena rasa sendiri.

Masa Malam BBQ di Pulau Kapas Harun menunjukkan bakatnya goreng ayam berempah, memang sedap betul. koi terfikir ayam goreng kalau makan mesti ada nasi, lagi pun perut koi bukan pandai makan masakan orang putih ni, nasi jugak dia nak, betul jugak kata Apai, walaupun tak ada dalam menu koi masak juga nasi goreng bodoh. Mula-mula koi ingat nak masak satu kuali sahaja, bila Harun kata tak cukup koi pun tambah sekuali besar lagi, takut tak cukup kata harun, alhamdulilah berkat juga nasi goreng yg koi masak.

Dalam kelang kabut masak hari tu koi terlupa yang koi termasak tangan koi sekali, itu yg nasi gorang rasa sedap je ada ramuan tersendiri. jangan maree. jangan tak tahu, dekat 3 minggu jugak tangan koi yg kena kuali panas tu nak hilang kesannya. mengelembung jugakk kulit koi. tapi tak pe koi buat dengan penuh ikhlas untuk kalian semua. andai kata rasanya tak sedap koi mintak maaf le ya.

aktiviti sampingan yg diminati

Sebenarnya koi bukan nak lawan kemahiran memasak En. Rahsia cuma ingin berbakti kepada kekawang dan adik-adik je. moga2 tiada yg tersinggung hari tu maaf yeee.

No comments:

Post a Comment