Aktiviti: Water Confident
bergini keadaan 2 minggu selepas ditibai oleh landak laut
Petang - Lebih kurang jam 0300 ptg, kami ada aktiviti water confident kumpulan koi terdiri dari Brain, Khairol, Ina & Koi, kami kumpulan ke dua yg menjalanakan aktiviti tersebut selepas kumpulan si mamak. Belum lagi aktiviti bermula dah ada masaalah, sewaktu bot yang membawa kami ke tengah laut telah rosak, En. Enjoy cuba untuk menghidupkan enjin tetapi talinya pulak putus lalu bot kami ditunda olih bot En. Mazlin.
Kata orang kalau mula-mula dah dapat halangan tu maknanya ada sesuatu yang buruk akan berlaku, hati koi mula rasa gerun koi pandang Ina, Ina pandang kami masing-masing membesarkan mata. Koi buat-buat tak takut sambil tanya En. Enjoy jauh lagi ke cik, dekat je kat pelampong tu katanya. kami di jatuhkan jauh dari rakan-rakan tapi koi tak berapa takut sebab kumpulan koi hanya Ina yg tak tahu berenang, jadi dia Khairul support dia sebab Khairol ada pinggat gangsa dalam renang. legaaa
Sewaktu renang macam-macam gaya kami buat letih buat kuak lentang, kami menangkup, gaya katak, anak katak semuanya ada, yg berenang kaki dulu pun ada asal kan sampai ke destinasi, yg bangganya kami bolih potong kumpulan si mamak tu, ingat nak mintak tolong kat dia rupanya diapun tak tahu berenang. asyik ketengah ketepi je.
Waktu dalam laut koi sebenarnya ada jugak perasaan takut, macam-macam koi fikir, terbayang naga lah, terbayang jerung dengan mulut terngaga sambil menunjukkan giginya yg tajam, fuhh lamak kalau dia gigit peha koi banyak isi ni sebulan dia tak payah makan. syukur... semuanya selamat.

salah satu jenis landak laut
Bak kata perpatah malang sememang tak berbau, lepas dari cengkaman jerung koi kena pulak tusukan landak laut.... dah nak sampai di gigi pantai lak tu. 2 liang koi kena tibai satu kat ibu jari kaki kanan dan satu lagi di tumit kaki kiri. aduhhhh sakitnya tak bolih nak hakappp, mula rasa panas, sakit, berdenyut2, gatal, rasa kaki membesar sebesar buah kelapa pun ada.
Sampai je darat ehh senang2 je En. Mazlin suruh ketuk kaki yg sakit, mana bolih tak tergamak koi nak ketuk bila En. Yasser tenguk koi ketuk macam nak mati je dia pun ambil mengetuk kaki koi, hanya koi dan Allah saja yg tahu bertapa sakitnya....dah le tangan dan selipa dia besarrr dia ketuk pulak kuatnya macam orang menungkang rumahhh la...., katanya nak kasi bisanya pecah, koi tenguk En. Yasser ketuk sampai letih, punya lah kuat dia mengetuk sampaikan berpeluh-peluh dia. rupanaya ikut petua memang mcm tu kena ketuk sampai yg hitam tu pecah baru tak sakit. Apa-apa pun TQ En. Yasser. lepas tu En. Ali bawak koi ke dapur pulak dan dia letakkan air limau nipis kat tempat luka tadi, betul lah hilang bisanya.TQ En. Ali. Koi cuba congkil kaki nak tenguk apa yg hitam tertanam dalam daging tu, tapi rupanya di dah jadi hancur mcm arang.
Rupanya bukan koi seorang yg kena si mamak, wan, harun pun kena diaorang lagi banyak tapi biasa le lelaki... mereka kuat kan, yg kasihanya si Yatie dengar cita kaki dia kena peluk di obor-obor, kalau kena jari obor2 pun sakit inikan pulak kena peluk obor2. Yatie kata petua kena obor2 letak abu je dah baik. Kalau tak kena tak ada kenangan pahit manis nanti betul tak geng!! rugi sapa yg tak kena...
Kalau ada aktiviti mcm tu, koi masih lagi nak ikut sama jangan malukan orang Pahang kan En. Din? Org Pahang semuanya kuat-kuat belaka.
Sesungguhnya pengalaman sebegini tak mungkin koi lupakan sepanajang hayat koi. TQ semua kerana membantu koi dalam menghadapi situasi yg getir.

No comments:
Post a Comment