bahang keriangana syawal 2009
Tarikh: 3/10/2009Tempat: Maktab PDRM Cheras
Pagi jam 0800 pagi ada kelas En. Hisyam lepas tu test sampai jam 1100 pagi. jam 1200 tgh ada Majlis jamuan Hari Raya yang diusahakan si mamak dengan mengabungkan semua kelas PLK-PDRM Meriahhhh.... kami semua dah berpakat pakai baju raya, bling, bling lagi, nyah jangan malukan kaum...hudup PLK 7.
Ucapan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir terutama Pn. Rosniah dan para pensyarah serta kakitangan FSR 113 Uitm Shah Alam. Hidangan hari tu sungguh enak-enak walaupun hanya dapat makan satay 1 cucuk je. tp koi pulun nasi empit kuah kacang, nasi goreng, bee hoon bersama rendang...memang best gila...seronok dapat jumpa adik-adik junior, ada juga perasaan terkilan terhadap bebudak PLK sem 1,3 yang duduk sebelah meja kami langsung tak nak bertegur sapa apa tah lagi nak hulurkan tangan bersalam, walau pun mereka budak-budak muda takkan tatasulula tidak diajar dan tidak pernah belajar. moga-moga selepas ini mereka akan lebih prihatin. Tahniah kepada PLK sem 5 yang dah pandai mengikut rentak kami, teruskan usaha anda agar nanti, menjadi tauladan dan panduan kepada adik-adik yang baru.
Kami juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua tetamu yang hadir diatas kebiadapan yang telah mereka lakukan dan kami berharap sikap mereka itu tidak menguris hati dan menjadikan penghalang persahabatan kita. Akhir kata "KAMI TUNGGUUUU MAJLIS JAMUAN HARI RAYA" dari pihak Fakulti.
No comments:
Post a Comment