Monday, October 5, 2009

Godaan Durian

Tarikh: 30/09/2009 (Rabu)
Tempat: Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor

Setelah saja tamat aktiviti orienteering pada jam lebih kurang 0400 ptg koi bersama Yatie & Ina masuk semula dengan menggunakan pas bebudak degree untuk memastikan adakah benar ada aktiviti sukanneka berlangsung di Empangan Sg. Air Kuning. sewaktu dalam kereta koi ceritakan pada Ina tentang cerita mistik di empangan tu dan koi terdengar suara riuh rendah sewaktu aktiviti orienteering (CP6) tadi, akibat ketakutan Ina dan Yatie tak turun dari kereta, sewaktu di sana koi hanya terlihat terdapat 3 oarng yang sedang memancing disana, setelah disahkan tiada aktiviti kami meneruskan perjalan ke Taman kaktus.

sewaktu menuju ke Taman kaktus kami terjumpa dengan seorang lelaki penjaga Taman Durian, semua pokok durian dipenuhi buah yang durian yang telah matang, apa lagi kami semuanya kaki durian.... dengan muka selamba koi bertanya kepada mereka "Bang tak jual ke durian tu....!? jual RM3.00 sekilo katanya. tapi tunggu sebentar timbang tak sampai lagi. sementara menunggu timbang sampai kami terus menuju ke taman kaktus, setelah mengambil beberapa gambar kami terus menuju semula ke Taman Durian.


Sampai je disitu, tanpa berlengah kami pun terus menuju ke selonggok durian ditepi jalan. Dengar je murah kami terus pulun sampai 5 kilo best gila sebab semua dari baka yang baik-baik tikus tidur, kucing tidur, orang tidur pun ada, hilang rasa penat, walaupun tadinya masing-masing macam nak mati keletihan. Sememangnya makan sambil menikmati permandangan dari atas bukit sengguh menyeronokkan, satu pengelaman yang sukar untuk dilupakan. sedang asyik makan lalu sebuah m/kar peronda polis lantas kami pun ajak mereka joint kami makan durian. sporting habis abang polis tu. kami lihat buah durian melayut-layut disetiap dahan, kami dimaklumkan yang pegawai penjaga kawasan durian tak makan durian patut le buahnya tak hilang kena kebas.....cayalahhh

Dari Taman kaktus kami bergerak balik melalui jalan pintas rupa laluan tadi menuju ke Tempat Basikal CP2 tak lah jauh sangat rupanya cuma jalannya sehala. akibat kekenyangan punya pasal, koi belanja mereka makan nasi ayam di Chiken Rice Shop pun dah lalu.

Untuk mengelak kesesakan lalulintas kami terpaksa balik sebelum jam 0500 ptg. Nak tahu! sewaktu dalam kereta menuju ke Kuala Lumpur hah.. kami berlawan sendawa durian... macam-macam bau ada... yang paling tak tahan Yatie punya, koi rasa sendawanya keluar bergelodak dari perut besar dia, mana kan tidak dia punya bau ada lain macam sikit sehingga kami tak tahan sampai buka tingkap...... kalau tak sesak nafas.. dah le kereta kebal koi kocik, punya le kuat bau. sepanjang perjalan kami ketawa terbahak-terbahak nasib baik tak ada yang melepas....... jangan mare...

Kepada mereka keseronokan bersamamu tak mungkin koi lupakan. TQ semua.

2 comments:

  1. kak, angin satu badan dia yg keluar akibat kena tendang dgn durian tu. Keh... keh...keh..

    ReplyDelete
  2. Hari tu Koi control habis, kalau tak sendawa koi bau durian campur mee gemuk lagi...

    ReplyDelete