Friday, October 30, 2009

KEBALANNYA SEORANG POLIS

Tarikh: 30/10/2009 @ 0730 mlm
Tempat: KL Sentral

Baru je nak masak, anak pulak telipon suruh jemput kat Stesen bus Perkeliling & KL Sentral, anak dara kalau tak di jemput karang orang lain pulak jemput ya tak? nak tak nak kena juga redah hujan. dah ambil seorang kat perkeliling kena ambil seorang lagi pulak kat KL Sentral, kereta jangan nak cerita punya laa banyak, sampai KL Sentral koi parking kat Main Entrance dah tahu tempat tu tak bolih parking buat juga, lepas tu bolih pergi shoping lagi, faham2 je laa kalau org pempuan shoping dunia pun dah tak ingat beli nya tak lee seberapa membelik nya yang lebih.

Jam 0810 mlm bila kami nak balik tayar kereta kebal koi kena kunci la pulak......, notis tulis kereta RM 50, motor RM 20 aduh...... masa anak nak beli baju RM 19.90 koi tak layan tu la pasal.... sewaktu nak bayar saman koi minta amaran, tapi KPL Jaafar tu kata tak bolih sebab dah rekod, tapi akak punya pasal saya kasi diskaun bayar RM30 je. bila koi kasi dia IC nak bayar, dia mula mengelabah, alaaa kak kenapa tak cakap polis tadi...... kalau tak, tak payah bayar, macam mana nie, resit dah tulis, kalau mcm tu akak bayar RM 10 je bolih? bila koi tenguk rupanya dia tulis jenis kenderaan dari kereta ke motor..... patut le dapat murah, TQ KPL.

Dari dulu koi takut orang tahu koi polis, bukan apa kalau beli barang org suka ketuk polis nie terutama peniaga melayu, kalau peniaga cina beli barang dapat murah pulak, kadang-kadang tak cakap pun aura atau badi polis tu dah ada, tak cakap pun diaorang tahu, lagi satu kalau parking kat mana-mana kereta mesti kena calar tu yang takut tu.

Baru-baru ni, koi ada dengar cerita dari radio buruk ada di kalangan PLK yang menyamar jadi pegawai polis, nasihat koi jangan dik..... bahaya, jgn cuba benda yg bukan2. hiduplah di alam yang nyata, kalau nak bergaya ikut le kemampuan, kan lebih selamat..... Saboo, kalau nak sangat jadi pegawai, lepas ni kalau ada KPSL bolih kita sama2 mohon, tapi tu laa jangan le malas datang kelas, dapat cuti belajar tak nak belajar, entah merayau kat mana joli katak sakan, laki, anak tak adapun banyak masaalah, beringat la dik....


Alhamdulilah dah 20 tahu koi kerja belum sekali koi minta rasuah, tapi nak hidup mewah tu....tak dapatlah, setidak-tidak koi sentiasa dapat tido lena setiap malam, lagi satu ikut petua orang lama kalau nak duit tu lebih berkat walaupun sedikit beri lah kepada orang tua dikampung agar lebih berkat katanya. ingat... masa awak panjang lagi dikkk.. untuk sampai umur 58 tahun, mcm2 benda awak akan jumpa takut nanti kelabu mata, lepas tu buta pulak, kalau dia baca blog nie moga lepas ni dia akan lebih berhati2 di dalam setiap pergerakannya. Amin.


7 comments:

  1. Tahniah Kakkoi.

    Nota: Hampir-hampir saya nak bagi 1 markah sahaja untuk pemulisan blog. Nasib baik terperasan, rupa-rupanya dah register blog baru da.

    ReplyDelete
  2. Alamak Koi...
    Betul kata awak tu, insyaalah rezeki tu ada kalau kita usaha dan sampai masa nanti...saya doa kan untuk koi dan rakan-rakan yang lain semuga berjaya. Kalau dah dapat nanti, jangan jadi IO Jenayah atau CPJ, minta la bahagian lain yang boleh lena tidur malam atau banyak masa dengan keluarga...saya dah rasa peritnya..cukuplah.

    ReplyDelete
  3. salam...kak radio buruk bukan sebarang buruk 2 huhuhu... semoga kita semua berjaya dalam hidup masing2... x jadi pegawai pun x pe, janji kerja ikhlas, jujur dan x menipu ... amin

    ReplyDelete
  4. maaf menumpang blog.. kak benda yang tak nyata jangan jadikan ia nyata nanti nyaya beb...
    (mek ros)

    ReplyDelete
  5. Pesanan dari penaja..

    PDRM ialah Polis Di Raja Malaysia bukan Polis Raja Di Malaysia...so Polis tak ada kekebalan la koi...

    ReplyDelete
  6. kak koi.. cite pasal menyamar ni.. Nape tak de yang nak menyamar jadi Pegawai Polis yang ditahan kerja ke, gantung kerja ke.. Tengok macam org Myanmar.. Tak de pun menyamar.. Tapi kalo lawa, saya yang samba.. kah kah kah..

    ReplyDelete
  7. Wan.
    hei Wan koi tahu le awak tengah sanggap takkan tu pun ko nak gak, apa kelas...

    Cik Pah & Ross
    kalau tak ada angin tak kan pokok bergoyang... tapi...tak mustahil ada yang guna kipas kot.

    Apai,
    betul kata En. Ali bro,orang yg pendek nie akal nya panjang. kalau dia tak berubah gak tak tahu laa.. nak jadi apa.

    ReplyDelete