Saturday, October 24, 2009

AMALI FLYING FOX

Tarikh: 24/10/2009 @ 00830 pagi
Tempat: Belakang Pusat Renang UiTMN Shah Alam

Akhirnya tercapai juga hasrat koi untuk buat flying fox hari ini, tak terucap dengan kata-kata bagaimana seronoknya aktiviti tadi walaupun sewaktu bertolak ke UiTM pagi tadi, hati ini bergitu resah kerana terpaksa meninggalkan anak lelaki yang sedang sakti sejak malam lagi.

Jam 0700 pagi sebelum bertolak koi berikan dia ubat demam dan mandikannya supaya kepanasan badannya dapat diturunkan. sewaktu koi menyiram badanya dengan air dia menjerit kesejukan sehingga suami koi tersentak dari tidur sehingga tapak tangan kanannya terluka dan berdarah. koi mula tak sedap hati memikirkan insiden tersebut. hati mula berbelah bagi nak pergi ke tidak, kalau tak pergi.... dah janji dengan Yatie nak bergi bersama. lagi pun koi teramat teringin untuk mencuba aktiviti ini, walaupun 6 tahun koi bawa bebudak kadet-polis camping tapi, koi tak pernah berpeluang untuk mencuba kerana terpaksa mendulukan mereka. Seletah berbincang dengan suami alhamdulilah, dia izinkan koi pergi. TQ bang kerana sentiasa memahami perasaan ini.

Setelah ambil yatie di Bangsar kami bergegas untuk sarapan pagi di seksyen 2, Shah Alam, sampai disana Fauzi, Ina dan Mala sudah menunggu dengan roti canainya. Koi dan Yatie sebat 2 keping roti seorang untuk alas perut takut kalau-kalau aktiviti lewat habis. Jam 0830 pagi bila saja sampai di kolam renang koi lihat adik-adik degree semuanya dah sampai, rajinnya adik-adik ni, jam berapa laa diaorang sampai. sedang kami sibuk buat persiapan tepat jam 0900 pagi En. Hisyam sampai, koi takut juga kalau-kalau En. Hisyam marah sebab semuanya tak siap lagi. nasib baik dia ok aje.

Setelah siap pasang tali En. Hisyam memaklumkan yang XXL jalan dulu, tak semena-mena si Leny terus pasang sling kat yatie, alamak memang sah lepas nie pasti giliran koi, bila sampai kat puncak bukit yatie tolak koi dulu, pandai betul budak tu....

Sewaktu nak pasang sling ada masalah sikit, En. Hisyam suruh tukar sling yang panjang supaya dapat menyelamatkan muka koi dari disagat tali. sewaktu dilepaskan koi ikut semua arahan En. Hisyam buat "L" shape alhamdulilah selamat..... TQ, En. Apize kerana selamatkan koi dari merempuh pokok kalau tak bertambah penyet hidung nie, bila saja sampai koi disambut olih En. Yasser alangkah terkejutnya beliau, bila dapati sling koi "burn rope", selesai satu sling. YaAllah.... nasib baik tak terputus tadi. Risau juga hati memikirkan rakan-rakan yang lain adakah mereka akan selamat.

Untuk meneruskan aktiviti En. Hisyam & En. Yasser gunakan keadah yang lain yang lebih selamat kepada mereka, kalau tak sudah tentu mereka tak dapat merasa pengelaman ini. bercerita tentang berat pulak, koi sentiasa telus tak ada selindung-selindung 83 kg berat koi, tapi masih lagi En. Apize dapat menahan koi dari merempuh pokok, yang hairannya ada seorang kutu tu terlajak sampai belakangnya merempuh pokok, bila ditanya berat dia 70 kg aje. Takkan laa En. Apize tak dapat menahan talinya kalau beratnya seringan itu. kesian koi tenguk En Apize tangannya kepanasan menahan tali, pelbagai cara dia reduce kepanasan tangannya tanpal sana sini bagi tebal glove. tapi tetap melurut juga tali kami, bukan apa semuanya obesiti.

Keadaan menjadi lebih tegang ditambah pulak dengan keadaan cuaca panas, nasib baik En. Apize dibantu 2 bebudak degree, kalau tak kesian dia kepanasan badan dan tangan, sehinggalah En. Maslin datang baru lee rasa lega sikit. ada juga orang yang gagah membantu. TQ kerena sabar dengan kerenah kami.

Sesungguhnya pengalaman hari ini sungguh menyeronokkan dan tak mungkin dapat koi lupakan sampai bila-bila. TQ. En Hisyam kerana memberi peluang kepada kami semua. walaupun sibuk dan kesuntukan masa tapi beliau tetap mahu meneruskannya. kepada rakan-rakan yg tak percaya dengan kata2 koi dulu, koi dah buktikan pada mereka yang amali nie sungguh menyeronokkan sehingga ada yang ingin melakukannya sekali lagi, termasuk koi. rata-rata koi lihat wajah mereka penuh dengan keceriaan.

Kami menamatkan amali Flying Fox pada jam 0100 tengahari, sebelum bersurai En. Hisyam sempat juga menyampaikan amanat sebelum kami menduduki final exam.

Kepada adik-adik degree TQ kerena membantu merialisasikan impian kami, dan maafkan kami sebab tak dapat membantu mengemas barang-barang. kerana kami semua ada test 2 communication jam 0300 ptg. apa-apa pun Good Luck for your final exam.


No comments:

Post a Comment