Tarikh: Julai, 2008
Tempat: Tmn Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.
Tuan rumah kali ini adalah IPD Kajang tetapi memandangkan tiada tempat yg sesuai perkemahan kali ini dibuat di Taman Rekreasi Sg. Congkak, Bt. 14 Hulu Langat, Selangor.
Hari Pertama
Jam 0200 ptg kami sampai di tapak perkemahan, pasang kemah dapur, bebudak ahli kor-kadet yg lain 35 lelaki 35 bebudak perampuan sibuk pasang kemah sendiri tak jauh dari kemah dapur, polis 10 org dan guru kadet 10 org tidur kat chelet berhampiran. Kontijen dari IPD Ampang Jaya lebih kurang 100 orang pegawai dan ahli kor-kadet yg terlibat.
Hari Kedua
Pagi seawal jam 0600 pg 20 org ahli kor-kadet ada aktiviti jalan lasak dan 20 org lagi pergi rentas halangan di Pusat Rekreasi Jabatan Pendidikan. dengan menaiki lori PDRM memandangkan jaraknya agak jauh. malam tak ada kativiti.
Hari Ketiga
0800 pagi ada pertandingan kawad ada yg buat aktiviti orienteering dekat kawasan perkemahan.
Malam - ada pertandingan persembahan, koi lihat sejak petang IPD kajang dah belatih persembahan dengan menggunakan gong, ada juga kutu yg tegur "tak elok guna gong ni", "dah bawak sayang kalau tak digunakan" kata mereka. lantak laaa.. tak dengo kata
Nak jadikan cerita mereka buat persembahan jam 1100 mlm persembahan kami jam 1130 mlm. jam 1110 mlm waktu koi ngan 2 member nak pergi tapak persembahan dalam kemah IPD Kajang ada 2 org dah bersilat-silat kena histeria, sedang koi asyik persembahan dari IPD kami tiba-tiba ada seorang budak lelaki lari dgn laju sebelah kami dengan dikejar beberapa orang tangkap2 kata diaorang koi buat tak reti je, tak sempat persembahan dari IPD kami selesai persembahan telah ditamatkan para penonton dikerah untuk balik ke kemah masing-masing. kami ambil keputusan untuk balik ke chelet kesihan dengan beberapa budak perempuan koi tak semena-mena melawa seramai 13 org budak perempuan datang ke chelet koi. sebelum masuk ke chelet koi suruh diaorang ambil air sembahyang dan baca yasin, ada seorang cikgu tegur koi kenapa bawa bebudak ni ke chelet kami, koi jawap lepas mandi koi hantar diaorg balik ke kemah diaorg semula.
Tak semena-mena seorang budak tu terus menjerit, mengelupor dengan mata terbeliak dah le pakai baju kurung habis semuanya terselak.........ajak masuk chelet tak nak lepas tu datang sepasang bomoh dari Urusetia (Pertahanan Awam) puas diaorg jampi, silat semua tak jadi. entah mcm mana budak tu bersuara dgn garau "Aku tak akan tinggalkan budak ini hingga akhirat" Haa, Haa, Haa" kebetulan koi pegang bahu yg member pegang kaki, puas le koi tengok mata dia seram betul... sebenarnya koi bapak takut tapi nak buat mcm mana, bebudak yg lain dah mula menangis. datang 10 org lelaki angkat dia bawa kat tengah lapang baru dia baik, bila diselidik rupanya "SAKA" dia tak masuk chelet sebab ada org baca yasin.
Member kat kemah suruh kami balik ke kemah dapur bebudak sebelah kemah kami dah ramai kena rasuk, yg pelik bila kena rasuk mereka suka lari sana lari sini, waktu perjalanan kami menuju ke kemah dapur benda tu sebenarnya dah ikut salah seorang dari guru kadet, sampai je kat kemah dapur cikgu dah mula meracau tak nak buka mata ada org ajar dia pergi katanya, malam tu tak de seorang yg tido kat kemah semua tido kat kemah dapo berhimpit2 lelaki & perempuan.
Semasa kat kemah dapur masing2 baca yasin, Cigku yg kena rasuk dah pesan kalau saya tak sedar panggil nama mak saya tau kak zam katanya, entah mcm mana koi bolih lupaaa ngok betul, bila dia kena rasuk dia peluk koi dan satu tangannya masuk dalam peha koi sambil berkata "saya nak dengan kak zam" koi kata hehh cari orang lain la...masing2 semua tengok kami jiran2 sebelah dah menjerit2 kena rasuk. dalam takut koi tanya dia nak apa dia berkata dengan suara yg sangat lembut "dah mintak kebenaran kenapa pagar lagi, mcm mana saya nak balik rumah"katanya dalam keadaan tak sedar. member2 yg lain dah mula kecut. sebab masa mula datang memang ada seorang guru tu dah pagar tempat perkemahan kami dengan tabur garam. tu yg penunggu tu marah kot.
Bila tengok keadaan makin teruk Urusetia suruh asingkan dia dan dibawa ke tempat Urusetia, dia tak nak "saya akan pergi kalau kak zam pergi sekali" satu hal lagi....dah tak bolih nak elak koi terpaksa pergi, dlm perjalanan dia tak buka mata langsung kalau buka benda tu panggil dia ajak dia pergi katanya, dlm perjalanan koi dengar bunyi katak ong dengan kuat tiba-tiba cikgu mula menjerit sambil pegang tangan koi lebih erat, dan berkata kak zama dia panggil saya..! mana!?, kata koi yg bunyi katak tu ke!? tanya koi? ya lah, apa lagi bertambah takut la koi.. tuhan je yg tahu nasib baik ada 3 org urusetia yg ikut klu tak, tak tahu nak cakap apa.
Sewaktu di tempat urusetia pelbagai cara mengubatinya, akhirnya jam 0400 pg baru lah cikgu tu sedar, koi pun tanya dengan bomoh tu, dengar cerita ada salah seorang budak sewaktu orienteering dah petik bunga warna unggu dan simpan dalam beg nak bawa balik sebagai kenangan. penunggu tempat tu dah marah, satu kes lagi penunggu yang berpasangan telah masuk ke dalam tubuh 1 budak lelaki dan 1 budak perempuan tak bolih dipisahkan kalau jumpa mereka berpelukan. seperti sepasang kekasih yg tak bolih dipisahkan. berlarutan hingga tengahari waktu penutup.
Camping kali di Sg. Congkak ada 3 jenis rasukan yang berlaku, atas pengalaman ini koi ingin nasihatkan kepada yg mengamal ilmu salah janganlah di bawa ke orienteering di Taman Pertanian Bukit Cerakah nanti kita tak tahu keadaan tempat yg ingin kita pergi dan kalau berada di tempat orang biasakan untuk merendah diri selalu.