Friday, October 30, 2009

KEBALANNYA SEORANG POLIS

Tarikh: 30/10/2009 @ 0730 mlm
Tempat: KL Sentral

Baru je nak masak, anak pulak telipon suruh jemput kat Stesen bus Perkeliling & KL Sentral, anak dara kalau tak di jemput karang orang lain pulak jemput ya tak? nak tak nak kena juga redah hujan. dah ambil seorang kat perkeliling kena ambil seorang lagi pulak kat KL Sentral, kereta jangan nak cerita punya laa banyak, sampai KL Sentral koi parking kat Main Entrance dah tahu tempat tu tak bolih parking buat juga, lepas tu bolih pergi shoping lagi, faham2 je laa kalau org pempuan shoping dunia pun dah tak ingat beli nya tak lee seberapa membelik nya yang lebih.

Jam 0810 mlm bila kami nak balik tayar kereta kebal koi kena kunci la pulak......, notis tulis kereta RM 50, motor RM 20 aduh...... masa anak nak beli baju RM 19.90 koi tak layan tu la pasal.... sewaktu nak bayar saman koi minta amaran, tapi KPL Jaafar tu kata tak bolih sebab dah rekod, tapi akak punya pasal saya kasi diskaun bayar RM30 je. bila koi kasi dia IC nak bayar, dia mula mengelabah, alaaa kak kenapa tak cakap polis tadi...... kalau tak, tak payah bayar, macam mana nie, resit dah tulis, kalau mcm tu akak bayar RM 10 je bolih? bila koi tenguk rupanya dia tulis jenis kenderaan dari kereta ke motor..... patut le dapat murah, TQ KPL.

Dari dulu koi takut orang tahu koi polis, bukan apa kalau beli barang org suka ketuk polis nie terutama peniaga melayu, kalau peniaga cina beli barang dapat murah pulak, kadang-kadang tak cakap pun aura atau badi polis tu dah ada, tak cakap pun diaorang tahu, lagi satu kalau parking kat mana-mana kereta mesti kena calar tu yang takut tu.

Baru-baru ni, koi ada dengar cerita dari radio buruk ada di kalangan PLK yang menyamar jadi pegawai polis, nasihat koi jangan dik..... bahaya, jgn cuba benda yg bukan2. hiduplah di alam yang nyata, kalau nak bergaya ikut le kemampuan, kan lebih selamat..... Saboo, kalau nak sangat jadi pegawai, lepas ni kalau ada KPSL bolih kita sama2 mohon, tapi tu laa jangan le malas datang kelas, dapat cuti belajar tak nak belajar, entah merayau kat mana joli katak sakan, laki, anak tak adapun banyak masaalah, beringat la dik....


Alhamdulilah dah 20 tahu koi kerja belum sekali koi minta rasuah, tapi nak hidup mewah tu....tak dapatlah, setidak-tidak koi sentiasa dapat tido lena setiap malam, lagi satu ikut petua orang lama kalau nak duit tu lebih berkat walaupun sedikit beri lah kepada orang tua dikampung agar lebih berkat katanya. ingat... masa awak panjang lagi dikkk.. untuk sampai umur 58 tahun, mcm2 benda awak akan jumpa takut nanti kelabu mata, lepas tu buta pulak, kalau dia baca blog nie moga lepas ni dia akan lebih berhati2 di dalam setiap pergerakannya. Amin.


Thursday, October 29, 2009

LEGA.........

Tarikh: 29/10/2009

Hari nie koi periksa kertas communication SPS 332 jam 215 ptg tadi tapi dah tersadai kat McD Shah Alam dari jam 1000 pagi lagi. Lega......satu bab, ada 2 bab lagi subjek Law SPS 331 pada 2hb & Outdoor Recreation SPS 133 pada 8 hb, telah menjadi tradisi setiap sem & setiap kali menjelang final exam Koi, Ina, Yatie, Mala & Fauzi ambil peluang dari cuti yang diberi untuk buat study group di Tasik Titiwangsa, berhadapan dengan pintu belakang PULAPOL.

Setiap jam 0900 pagi kami dah berkumpul memerah otak, setiap kali berkumpul ada aje yang nak digaduhkan, pasal pendapat, pasal makan, minum semua ada, kalai dilihat mcm2 gaya nak menghafal, kalau koi kena salin banyak kali kat kertas baru ingat dan faham, nak faham habis jugak le 2 buah buku setiap kali ada exam.

Suami Koi belikan kopi CNI supaya bila baca buku Koi tak tertido, yang tak tahannya asyik ke tandas je, dekat 20 kali jugak le koi terkucil, tapi mata memang tak mengatuk ramuan apa kat dalam tu pun koi tak tahu, asalkan tak bubuh dadah sudah le, Apa-apa pun koi nak ucapkan terima kasih kepada mereka semua kerana tak jemu melayan kerenah koi nie, orang lama.... slow le sikit otak pun mcm dah nak beku, tula pasal banyak sangat makan otak ikat. nasib baik yatie ajar doa penerang hati baru le nampak jalan sikit, kalau tak meraba-raba lee koi.

Monday, October 26, 2009

YANG TERSURAT, TERSIRAT DI OUTDOOR RECREATION

Tarikh: 26/20/2009 @ Masa: 0300 petang

Pejam celik, pejam celik, rupanya hari ini adalah hari terakhir sebelum En. Hisyam menutup pintu blog. koi dah mencuba yang terbaik, semoga apa yang koi paparkan menepati sasaran seperti yang beliau inginkan.

Bila difikirkan semula, sewaktu koi ingin menempah tempat di UiTM bergitu banyak halangan dan dugaan yang harus koi tempuhi. Koi terpaksa ambil SPM semula pada tahun 2005, sewaktu berumur 37 tahun bagi melayakkan koi memohon program PLK UiTM-PDRM nie, sewaktu belajar pelbagai tomahan dan perhinaan koi terima, "hai!, dah tua-tua baru nak belajar? dulu orang kasi belajar malas, kalau saya tak payah laa membazir masa je", sendir mereka. koi telan semua tomahan yang dilemparkan. keputusan SPM koi agak cemerlang dan koi memohon pulak peperiksaan STPM pada penghujung Nov. 2006, entah macam mana pada Jun 2006 program PLK-PDRM dibuka koi pun mencuba nasib, Syukur alhamdulilah.......... permohonan koi di terima, koi lihat orang-orang yang selama ini menghina koi berpaling muka bila bertembung dengan koi, tak tahu mungkin diaorang malu atau benci terhadap koi, sewaktu menduduki peperiksaan final di sem 1, koi menerima slip peperiksaan STPM pulak, tak study koi terus je pergi periksa bila minta cuti periksa kena sindir lagi, awak ni tamak betul, dah belajar Dip. pun nak ambil STPM lagi buat apa!? diaorang tak faham sebenarnya duit periksa STPM koi dah bayar sejak Mac 2006 lagi, lagipun Yusanie beri koi semangat untuk ambil periksa, sebab dia pun periksa juga. walaupun tak study koi masih dapat keputusan 1P, 2R kira bolih laa sebab tak belajar lagipun jawap STPM ada format tersendiri.

Bila dapat belajar di UiTM datang satu masaalah lagi, bila subjek BELL (English) memanjang koi dapat "C", keputusan tersebut membuatkan koi tak dapat bersaing dengan mereka dalam GPA, koi terpaksa berusaha dengan bergitu keras untuk sebaris dengan mereka walaupun koi terpaksa merangkak sekalipun. TQ kepada suami dan rakan-rakan yang selama memberi semangat dan membantu koi. setiap kali menghadapi final exam Yatie, Mala, Ina, Fauzi & Koi buat study group, dari situ lah keputusan koi sentiasa meningkat hari demi hari.

Dapat mengikut Outdoor Recreation di Pulau Kapas mahupun di UiTM adalah sesuatu pengalaman yang amat menyeronokkan tidak dapat digambarkan dan diluahkan dengan perkataan, TQ En. Hisyam kerana berjuang untuk kami kalau tak kempunan kami nak merasa pengalaman ini. sepanjang kelas beliau, tidak pernah sekalipun koi rasa jemu. tapi orang lain koi tak tahu....

Terasa amat sedih bila nak meninggalkan UiTM tapi, hidup perlu diteruskan, koi juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada En Hisyam, PERLU dan SR221 yang selama ini banyak membantu. jasa baik kalian tak mungkin koi lupakan. dan tak lupa juga kepada semua pensyarah yang telah mendidik koi selama ini bergitu juga kepada semua rakan-rakan. disini koi mengambil kesempatan menyusun jari memohon maaf kepada semua, sekiranya dalam sedar atau tidak koi, pernah menyakiti dan menyinggung perasaan kalian moga ia tidak dijadikan alasan untuk kita memutuskan silaturahim yang telah terbina.

Saturday, October 24, 2009

AMALI FLYING FOX

Tarikh: 24/10/2009 @ 00830 pagi
Tempat: Belakang Pusat Renang UiTMN Shah Alam

Akhirnya tercapai juga hasrat koi untuk buat flying fox hari ini, tak terucap dengan kata-kata bagaimana seronoknya aktiviti tadi walaupun sewaktu bertolak ke UiTM pagi tadi, hati ini bergitu resah kerana terpaksa meninggalkan anak lelaki yang sedang sakti sejak malam lagi.

Jam 0700 pagi sebelum bertolak koi berikan dia ubat demam dan mandikannya supaya kepanasan badannya dapat diturunkan. sewaktu koi menyiram badanya dengan air dia menjerit kesejukan sehingga suami koi tersentak dari tidur sehingga tapak tangan kanannya terluka dan berdarah. koi mula tak sedap hati memikirkan insiden tersebut. hati mula berbelah bagi nak pergi ke tidak, kalau tak pergi.... dah janji dengan Yatie nak bergi bersama. lagi pun koi teramat teringin untuk mencuba aktiviti ini, walaupun 6 tahun koi bawa bebudak kadet-polis camping tapi, koi tak pernah berpeluang untuk mencuba kerana terpaksa mendulukan mereka. Seletah berbincang dengan suami alhamdulilah, dia izinkan koi pergi. TQ bang kerana sentiasa memahami perasaan ini.

Setelah ambil yatie di Bangsar kami bergegas untuk sarapan pagi di seksyen 2, Shah Alam, sampai disana Fauzi, Ina dan Mala sudah menunggu dengan roti canainya. Koi dan Yatie sebat 2 keping roti seorang untuk alas perut takut kalau-kalau aktiviti lewat habis. Jam 0830 pagi bila saja sampai di kolam renang koi lihat adik-adik degree semuanya dah sampai, rajinnya adik-adik ni, jam berapa laa diaorang sampai. sedang kami sibuk buat persiapan tepat jam 0900 pagi En. Hisyam sampai, koi takut juga kalau-kalau En. Hisyam marah sebab semuanya tak siap lagi. nasib baik dia ok aje.

Setelah siap pasang tali En. Hisyam memaklumkan yang XXL jalan dulu, tak semena-mena si Leny terus pasang sling kat yatie, alamak memang sah lepas nie pasti giliran koi, bila sampai kat puncak bukit yatie tolak koi dulu, pandai betul budak tu....

Sewaktu nak pasang sling ada masalah sikit, En. Hisyam suruh tukar sling yang panjang supaya dapat menyelamatkan muka koi dari disagat tali. sewaktu dilepaskan koi ikut semua arahan En. Hisyam buat "L" shape alhamdulilah selamat..... TQ, En. Apize kerana selamatkan koi dari merempuh pokok kalau tak bertambah penyet hidung nie, bila saja sampai koi disambut olih En. Yasser alangkah terkejutnya beliau, bila dapati sling koi "burn rope", selesai satu sling. YaAllah.... nasib baik tak terputus tadi. Risau juga hati memikirkan rakan-rakan yang lain adakah mereka akan selamat.

Untuk meneruskan aktiviti En. Hisyam & En. Yasser gunakan keadah yang lain yang lebih selamat kepada mereka, kalau tak sudah tentu mereka tak dapat merasa pengelaman ini. bercerita tentang berat pulak, koi sentiasa telus tak ada selindung-selindung 83 kg berat koi, tapi masih lagi En. Apize dapat menahan koi dari merempuh pokok, yang hairannya ada seorang kutu tu terlajak sampai belakangnya merempuh pokok, bila ditanya berat dia 70 kg aje. Takkan laa En. Apize tak dapat menahan talinya kalau beratnya seringan itu. kesian koi tenguk En Apize tangannya kepanasan menahan tali, pelbagai cara dia reduce kepanasan tangannya tanpal sana sini bagi tebal glove. tapi tetap melurut juga tali kami, bukan apa semuanya obesiti.

Keadaan menjadi lebih tegang ditambah pulak dengan keadaan cuaca panas, nasib baik En. Apize dibantu 2 bebudak degree, kalau tak kesian dia kepanasan badan dan tangan, sehinggalah En. Maslin datang baru lee rasa lega sikit. ada juga orang yang gagah membantu. TQ kerena sabar dengan kerenah kami.

Sesungguhnya pengalaman hari ini sungguh menyeronokkan dan tak mungkin dapat koi lupakan sampai bila-bila. TQ. En Hisyam kerana memberi peluang kepada kami semua. walaupun sibuk dan kesuntukan masa tapi beliau tetap mahu meneruskannya. kepada rakan-rakan yg tak percaya dengan kata2 koi dulu, koi dah buktikan pada mereka yang amali nie sungguh menyeronokkan sehingga ada yang ingin melakukannya sekali lagi, termasuk koi. rata-rata koi lihat wajah mereka penuh dengan keceriaan.

Kami menamatkan amali Flying Fox pada jam 0100 tengahari, sebelum bersurai En. Hisyam sempat juga menyampaikan amanat sebelum kami menduduki final exam.

Kepada adik-adik degree TQ kerena membantu merialisasikan impian kami, dan maafkan kami sebab tak dapat membantu mengemas barang-barang. kerana kami semua ada test 2 communication jam 0300 ptg. apa-apa pun Good Luck for your final exam.


PENANTIAN FLYING FOX


Tarikh: 24/10/2009 @ Masa: 0115 pagi
Tempat: Rumah

Haiii....tak sabarnya menunggu siang....esok ada amali Flying Fox di UiTM Shah Alam, sewaktu En Hisyam memaklumkan supaya kami memilih Wall Climbing atau Flying Fox ramai yang memilih aktiviti Wall Climbing dengan alasan susah nak mengikat tali kat pokok. Allah... kenapa laa singkat sangat pemikiran mereka, bab ikat mengikat ni kan bolih dibuat dengan bergotong royong.

Pada 3/10/2009 sewaktu amali Low Rope Course, En. hisyam memaklumkan yang kami akan buat Flying Fox, waktu itu alangkah gembiranya koi manakan tidak untuk mencapai matlamat itu, puas juga koi melobi mereka ni, ramai yang menentang hanya koi seorang saja yang suka Flying Fox dalam hati macam mana nak menyakinkan mereka, koi suruh Fauzi tolong pujuk mereka pun tak jalan. macam-macam koi cakap, wall climbing susah...... lebih-lebih lagi yang XXL, kena gunakan tangan yang kuat lah, macam2 koi cakap masih tak dapat menyakinkan mereka. Alasan mereka susah dan mengambil masa yang lama untuk pasang tali. akhirnya koi berserah jee, kena ikut suara ramai, nak buat macam manannnnnnnn...

Bila dapat tahu buat Flying Fox, rasa macam nak melompat je, TQ En. Hisyam kena memakbulkan doa koi, syukurr....akhirnya dapat juga koi buat Flying Fox. Koi janji pada mereka yang aktiviti ini akan menyeronokkan.


Thursday, October 22, 2009

WOW RAMBUTAN

Sewaktu low rope course 3/10/2009 kami dikelilingi pokok rambutan yang sedang lebat buahnya, En. hisyam kata kalau ikut perhitungan minggu ni (24/10/2009) sedang elok masaknya insyaalah...kalau ada rezeki esok kami dapat menjamahnya. tapi takut berebut dengan beruk dan tupai je. harap-harap Rino adala esok kalau tak sapa pulak yang nak panjat pokok rambutan, takkan Mala kot.

Doggeng ornag-orang tua, budak perempuan tak bolih panjat pokok, takut nanti bila buahnya masak ia akan merkah. tak pe...kalau kat situ rambutan tak ada, kat pasar ada, kan!?

GUNI


Niat hati kalau sempat pagi esok nak bawa guni lagi, sewaktu amali low rope ari tu dapat juga koi cari 12 helai guni, bukan apa kesian tenguk En. hisyam banyak kali pesan suruh kami bawa, rasa malu pulak kalau tak bawak.

Apa-apa pun terima kasih laa kat suami koi kerana dia yang beria-ia cari, dia cari guni di semua supermarket kat Setiawangsa JJ, Giant tak jumpa. Nasib baik dia suruh koi cari kat pasar Keramat rupanya melambak... tapi sehelai koi kena ketuk kat minah Indon RM 1, nasib baik 5 helai saja yang 7 helai lagi ada orang sedekah. Alhamdulilah...lepas nie kalau ada yang nak guni beritahu laa, insyallah kalau tiada halangan koi akan cari.