20-25/06/2009 - Bukit Kepong, Johor
Kursus ini dianjurkan C/Insp Hawa dari Cawangan Kebajikan IPK Kuala Lumpur, kursus ini hanya untuk pegawai dan anggota wanita IPK KL saja, ia diadakan bertujuan mementapkan salasiah diri setiap anggota wanita.
Seawal jam 0800 pg kami telah dihimpunkan di IPK, KL. jam 0900 pg kami terus menaiki bas PDRM bertolak ke Bukit Kepong. Sebaik saja sampai di Bukit Kepung kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkemahan dan terus menuju ke makan Tun Salleh pahlawan yg terkenal untuk bacaan yasin, lepas tu kami menuju ke tapak perkemahan, sekali lagi kami tidak dibenarkan masuk kaw perkemahan, kami sekali lagi suruh membaca doa di satu tanah perkuburan lagi, kami di maklumkan ada 4 buah tapak perkuburan disitu. waktu itu suasana bergitu menyerampak dah le dalam hutan hanya ada 4 buah rumah saja kat situ yg lain semak samun, dengar kata tempat tu tidak bolih dimajukan walaupun beberapa usaha memajukan telah dilakukan.
Setelah lebih kurang 30 minit menunggu tepat jam 0230 ptg baru kami dibenarkan masuk. terkejut juga lihat tempatnya, kami diberi kemah 2 men tan untuk tido 3 orang punya le sempit tp nak buat mcm mana, bilik air buat sendiri guna kanvas mandi air kolah, lantai kemah pusat guna kanvas atap guna kanvas juga, nak kukuh kami guna buluh je, situ le makan, situ juga sembahyang. lepas ni tak akan jadi mcm tu lagi sebab koi dah belajar knot.
Aktiviti penuh, setiap jam 0700 pagi senaman, sarapan lepas kelas motivasi, jam 0300 ptgg ada jalan lasak kena guling, lompat bintang, merangkak bawah kelengkang, crawling, kena lari tanpa berhenti sejauh 7 km. malam ada kelas motivasi lagi.
Hari ni 1000 pg selepas senaman dan sarapan pagi kami ada aktiviti water confident dalam Sg. Bukit Kepong guna PFD tapi dalam sungai ada buaya, airnya mcm teh tarik dalamnya tak jejak kaki tuuu. udang jgn ceritas punya le banyak.
malam - kami disuruh mendirikan rakit, diberi 8 batang kayu, 7 tiub tayar, tali, sampai jam 0100 pg baru siap kayak kami. tido.
Pagi - selepas senaman dan sarapan kami terus ke tebing sungai untuk aktiviti berakit setelah bacaan doa kami dilepaskan tepat jam 0105 tgh, mengikut arus laut kalau arus laut pasang kami tidak bolih berakit, kami terpaksa menunggu air laut surut supaya dapat menolak kami ke Pekan Bukit Kepong, satu kumplan 5 orang berakit menujuk ke pekan Bukit Kepong,
Sewaktu berkayak keadaan amat payah kami jumpa air mati, anak biawak melintas, ada juga yg jumpa buaya, kumpulan kami hanya diusik benda haus aje. sewaktu kami berkayak kami nampak satu kumpulan di belakang kami telah naik ke darat kami ingat kami dah tersesat rupanya ada benda menyerupai kwn kami. sampai di CP1 jam 0730 mlm kami naik ke darat utk makan malam dan sembahyang, lepas tu kami tunggu air surut pada jam 1100 mlm untuk sambung berakit semula hingga CP terakhir. cantik permandanagan malam banyak kunang-kunang mengiring kami sewaktu berkayak. jam 0530 pg baru kami sampai di CP akhir. ketibaan kami disambut dngan nasi goreng dan air milo. kami naik bas untuk balik ke kemah semula.
Malam - ada aktiviti jalan malam (solo), kami kena lalu dikawasan kubur yg diterangi dengan cahaya lilin, huhhh seram sungguh hanya tuhan yg tahu. dalam gelap tu kami merentasi kawasan hutan, pokok getah, pokok kelapa sawit, semak samun, lebih kurang 7 km juga kami jalan. Semuanya gelap tak nampak apa. aktiviti malam tu tamat jam 0300 pagi
Hari ini tibalah waktu kami balik ke famasi masing, selepas makan tengahari ada penyerahan sijil penyertaan lepas tu tibalah masa untuk bermaaf-maafan suasan amat pilu waktu koi pun entah mcm mana menangis gak. setelah semua selesai kami bertolak balik ke KL. sampai KL jam 0900 mlm. TAMAT