Monday, August 24, 2009

LIMPAHAN AIR DI SURVIVAL

Tarikh: 18-19/08/2009
Masa: pagi

Setelah semalaman kami dibiarkan dalam hutan, bila bangun pagi kami semua kehausan pelbagai cara mencari sumber air, termasuk minum air kelapa, sewaktu berjalan-jalan di kawasan jenerata pump air koi terserempak dengan Syaripah dan si mamak sedang berkira-kira nak potong saluran paip yang menyalurkan air ke kemah kami, apa kata kita potong saja getah ni koi, belum sempat koi jawap pah dah menyampuk bang...! jangan buat kerja gila bang.... nampak sangat si mamak tu dah hilang akal, tu la kalau orang tak biasa hidup susah..... sebab arahan tak bolih bercakap dengan orang lalu koi pun bla cepat-cepat takut kantoi.

Bila koi sampai di kemah si Brain bawakan kami air, dari mana ko dapat air? ako buka penyambung saluran paip dia menjawap, wahhh...pandai juga budak ni. pagi tu memang kami raya hindu...lah mewah dengan air. tu yang bolih buat tarzan bergayut pada akar pokok, tenaga dah banyak lah katakan..... kenapa lah kami tak terfikir nak buat mcm tu dari petang tak lah kami bercatu air untuk minum. bolih juga kami kongsi bersama rakan-rakan yang lain. bak kata orang biar tak ada api, jangan tak ada air. semua kerja terbengkalai kalau air tak ada. payah ....

Sebenarnya kami berempat berpakat untuk merahsiakan perkara ini sehingga balik, nampak gayanya lepas ni En Hisyam kena cari lokasi yang lain laa sebab lubang dah pecah.

Friday, August 21, 2009

Sesi Suai Kenal

Tarikh: 18/08/2009(selasa) Tempat: Pulau Kapas

Setelah selesai aktiviti "ikhtiar Hidup" satu hari satu malam petang ada pulak sesi suai kenal, lebih kuarng jam 0300 ptg En. Hisyam datang kat kemah kami, beliau yg mulakan cerita dulu, cerita dan pengamalan yg ditempuhinya sungguh menyedihkan hati. pas tu Brian pulak cerita sedih jugak ditinggalkan ibu bapa sejak kecil, Khairol cerita yag lebih kurang sama bapanya meninggal sewaktu kecil dihina dan dipulaukan keluarga pabila susah, Ina pulak cerita tentang kepayahan ibunya menjaga adiknya yg kemalangan sewaktu ketiadaan bapanya. cerita mereka semuanya sedih dan berkaitan dengan kematian.

Tiba giliran koi, tak ada cerita yg menyedihkan untuk dikongsikan, sehingga En. Hisyam menyatakan yg koi mungkin belum bersedia untuk berkongsi masaalah pada mereka waktu itu.

Certa sedih koi bermula sewaktu kami sekeluarga berpindah dari Negeri Johor ke Negeri Pahang, dengor cita ayah curi rantai mak waktu mula merantau ke Pahang. Dulunya mak adalah orang berada, bapanya adalah ketua kampung. waktu di Pahang, kami dianggap pendatang oleh orang kampung waktu tu, kami menyewa di sebuah rumah yg besar tetapi hanya dibahagian dapur sahaja dengan alasan mereka mempunyai perabut yg banyak. di dapur hanya ada sebuah pangkin dan dapur masak sahaja. disitu kami tidur dan makan. kami tinggal emak,ayah koi & 2 kakak koi. Waktu tu kakak yg sulung berumur 9 thn koi masa tu baru umur 3 thn, mungkin terlalu susah agaknya tetapi banyak peristiwa yg masih koi ingat hingga sekarang. Pernah satu ketika kami membeli ikan tetapi kami diberi ikan busuk, ikan-ikan yg tidak laku dicampak ke dalam sungai. klu jual kat kami pun tak pe. tapi.... tula manusia namanya.

Sewaktu umur koi 7 thn, kami pindah ke rumah baru lebih separuh dari rumah tu koi yg buat dengan ayah, terasa bangga hingga sekarang, Sewaktu koi tkt 3 koi mempunyai 3 kawan baik Yatie, Sal, Habsah, koi tak tahu kenapa mereka suka sangat berkawan dengan koi walaupun ibupaba mereka menghalang tetapi mereka sentiasa suka dgn koi, pernah satu hari bapa Habsah repot dgn guru besar, katanya koi ajak anaknya merayau2 apa lagi kami pun kena mengadap guru besar le dah le org kampung tuduh koi suka mencuri, pantang koi lalu je kat kebun mereka dah kena tuduh mencuri, mak kalau dengar cerita pasal koi, belum sempat cakap apa2 dah kena tibai tak dapat rotan, tali pinggang kalau tak pun batang ubi kayu pun jadi. badan jgn cerita lebam-lebam pecah darah, dua tiga minggu baru hilang.

Berbagai usaha koi buat untuk mengambil hati mak, setiap kali berjalan koi akan bawak buah tangan, pucuk paku merah,pucuk paku pakis, siput sedut, daun cemperai, ikan sungai dan banyak lagi tapi mak masih je marah, bab kerja org pempuan koi tak berapa pandai. tu yg mak selalu marah tak tolong kat dapur asyik merayau kat dlm hutan je.

Entah mcm mana keputusan SRP (PMR) koi bagus dpt pangkat "A" lagi, waktu tu ramai jugak yg terkejut, alhamdulilah rezeki tuhan yg beri, tp tingkatan 5 koi terpaksa duduk di asrama, satu hal pulak kena bayar asrama RM30 sebulan belum duit poket lagi, enak tak nak setiap bulan mak kena jual ayam dan buah nangka untuk menampung perbelanjaan koi. harapkan duit ayah mana le cukup dengan buat arang di kilang papan. dan perbelanjaan 2 adik dibawah koi lagi. kalau tak ada benda nak makan selain ada ubi kayu kami akan makan ayam sebab mak banyak bela ayam. yg sedihnya sehingga tkt 3 koi masih belum mampu mempunyai baju dalam sendiri, walaupun tak muat koi terpaksa berkongsi dengan 2 org kakak yg lain. sedihnya....

Lepas SPM - pagi koi menoreh getah petang koi belajar menaip kat Batu Kikir, untuk membantu mak dan ayah pada tahun 1988 belum keputusan SMP keluar koi dah masuk polis walaupun umur koi baru mencecah 18 tahun. setidak2nya koi dapat menaikan maruah keluarga koi selama ini. dan sekarang koi menjadi kebanggaan ibubapa koi memandangkan dalam keluarga hanya koi yg bekerja kerajaan."I LOVE MAK, AYAH" sesungguhnya tiada sebesar kuman pun perasaan benci koi pada kamu sekelian

Koi tahu, sebenarnya mak sayang dgn koi tapi mungkin dia sakit hati org mengata koi agaknya, Sesungguhnya....Allah swt. sememangnya Maha berkuasa, org yg mengata koi selama ini koi tenguk mereka tak senang mana pun hidup pun susah jugak. ini saja sebahagian ceti koi, kalau nak cerita terlalu banyak satu hari pun tak habis.

Oleh itu kepada rakan-rakan koi harap pengalaman hidup koi ini akan menjadi tauladan kepada kalian. hindarlah lah perasaan dengki sesama kita. jadikanlah PLK PDRM sebuah keluarga yg harus dibanggakan kepada diri sendiri dan juga Pasukan.

BBQ

Tarikh: 19/08/2009
Tempat: Pulau Kapas

Malam ini malan terakhir kami di Pulau Kapas dan kami dihidangkan dengan makannan yang agak istimewa, kami dijamu dengan BBQ semuanya segar-segar dari laut:

Ikan Kembong
Sosej
Sotong
Udang
Ayam
Nasi Goreng
Air Fresh Oren
Air Anggur

Kalau dah orang kampung.... perut ni kalau tak ada nasi mcm tak berapa jalan sikit makanan orang Putih ni. Harun pulak tunjuk kemahiran goreng ayam berempah nampak mcm sedap je, broo.. kalau ada ayam mesti lawannya nasi, betul tak?? Nasib baik koi nampak ada nasi sejuk satu periuk, dapat juga koi buat nasi goreng buat tambah-tambah menu yang ada. mula ingat nak goreng satu kuala je , bila tenguk permintaan banyak koi pun goreng satu kuali besar lagi. Alhamdulilah habis semua hidangan malam tu tak ada yang membazir....

Kami gotong-royong masak malam tu, bila tenguk bebudak degree baru habis aktiviti kami suruh mereka berehat je kasihan. sesekali memasak ramai-ramai seronok jugak bolih rasa macam-macam air tangan. tenguk mereka makan dengan selera perut koi jadi kenyang. ini adalah malam pertama kami dihidangkan dengan makanan yang mewah. walaupun kara-oke tak ada kira meriah habis lee malam ni.. syukur..Alhamdulilah rezeki yang Allah s.w.t. beri.


SEMANGAT BEBUDAK DEGREE

Tarikh: 29/08/2009

Malam tu selepas majlis BBQ Koi, Ina, Yatie kemas sikit-sikit bahagian dapur, yang jangan harap dah lama hanyut dibuai mimpi. jam 0200 pagi Ina dan yatie dah tak tahan minta izin beradu gak, tinggal koi sesorang kat dapo. koi tabik dengan adik-adik baik lelaki atau perempuan masih tak tido semua bergotong-royong, bertungkus lumus kemas paeking barang Kemah Pusat dan Kemah peralatan. jam 0400 pagi dah tahan mengantuk koi pun masuk tidur.

Bila jam 0700 pagi waktu nak mandi koi terkejut bila nampak adik-adik yang buat kerja malam tadi masih tak tidur dan tak mandi lagi, bila koi tanya kenapa tak mandi, nanti bila sampai di IPD Marang, kalau tak siap kemas tak bolih mandi .. katanya lagi. kasihan tenguk diaorang , kenapa lah bebudak PLK tak bersikap bergini... entahlah bila mereka nak berubah, sentiasa bawa pangkat, darjat mereka kemana saja mereka pergi. Koi awal-awal lagi waktu sem 1, suami koi dah berpesan kalau belajar, buat macam orang belajar, jangan bawak perangai polis kat fakulti jangan malukan abang. katnya. koi sentiasa jadikan sesi pembelajaran ni satu yang menyeronokkan dan sememangnya koi seronok lebih-lebih lagi kalau aktiviti Out door. kalau dilawa sekali lagi pasti koi akan ikut sekali. TQ kerena diberi peluang.


Thursday, August 20, 2009

HARI KELIMA - BALIK

Tarikh: 19/08/2009 (Rabu) - Hari Balik

Wahhh..lebarnya senyum kalau nak balik


bergambar bersama orang-orang kuat yg menjayakan program ini

Jam 0700 pg sewaktu koi bangun nak mandi koi jumpa bebudak tu lagi, nak tahu diaorang tak tido & tak mandi tau, dari malam BBQ tadi dia orang berkemas buka kemah pusat, buka kemah peralatan kasihan tenguk diaorang tak berhenti-henti ber kemas dari malam sampai pagi, takut nanti terlepas bot, kalau nak mandi kat IPD Marang nanti katanya, Koi ngan geng PLK semua dan lawa mula malas nak buat kerja.

Hah....sapu cepat dik, kalau lambat, nanti terlepas bot pulak...

Jam 1000 pg bot yang bawa kami ke Jeti Marang dah sampai kali ni koi cuba naik bot Marin yang besar pulak, biar lambat sikit sampai darat sebab sayang nak tinggalkan Pulau Kapas walaupun baru 4 hari tinggal kat sini rasa seronok pulak, hilang semua stress yang selama ini membelengu kepala. Rasanya lapang sikit otak ni. kalau tambah lagi 3 hari lagi bagus.


waktu datang PFD muat bila balik dah tak muat
sabo kak Rock saboooo, kita dah nak balik nie...
tak ada cermin muka cermin bot pun jadi le dikkk..

Sewaktu bot hendak bertolak hentak macam mana kami dapati beberapa kayak telah terlepas ikatan talinya dan hanyut dibawa arus ke tengah lautan. entah macammana ada seorang fesi wanita telah berenang kelaut untuk menarik kayak-kayak tersebut. mungkin terlalu ingin menyelamatkan kayak sehingga beliau terlupa yang beliau telah terjun tanpa mmeninggalkan pochbagnya seperti "luncai terjun dengan labu" biarkannn......

Bila tiba di jati Marang kami lihat beliau menangis sambil mengeringkan gambar, duit dan h/phonenya yang basah kesihaan pulak melihatnya.....setelah perbincangan dibuat kami pun membuat derma ikhlas terhadapnya...,. moga-moga dapatlah meringankan sedikit beban sekiranya beliau nak beli h/phone baru. duit tu jangan joli katak pulak dikk..

Setelah selesai loading barang ke dalam lori kami mendapat tahu yang adik-adik teringin nak naik bas polis sampai kat simpang pun jadi laaa. bukan senang nak naik bas polis tau.... Punya lah teringin sangat nak naik kenderaan polis sehinggakan seorang budak e-PJJ (Azlina) tertinggal didalam lori polis nasib baik tak di bawa terus sampai UiTM Shah Alam. yang sebenarnya dia tak tahu macam mana nak suruh pemandu tu berhenti.


Setelah semua selesai, kami bertolak ke IPD Marang, sebab ada beberapa bebudak degree nak tumpang mandi, sementara menunggu mereka bersiap koi ngan geng ambil peluang minum kat kantin IPD Marang, 30 minit selepas tu kami bertolak balik dan singgah di kedai keropok 008 untuk membeli buah tangan. unutk mengalas perut koi makan keropok lekor yang mentah, sebenarnya lebih sedap makan keropok mentah jika dibandingkan dengan yang digoreng. beru terasa ikannya. tapi ada juga yang tak tergamak untuk menjamahnya.

Sehingga jam 0600 ptg kami masih belum makan tengahari tak tahu nak makan kan mana, untuk meredakan keadaan Harun mempelawa kami makan di Restoran Pak Wan di Daerah Kijal tapi dengan syarat tidak melebihi RM 20 seorang. koi makan ngam-ngam RM 10. nasi putih, daging masak merah, telur dada & air sirap, lebih RM 10 lagi Harun kata untuk minum petang. apa-apa pun TQ Abang Hassan.

Malam - Bandar Temerluh
masakan "Tempoyak Ikan Patin" sehingga menjilat jari

Waktu agak lewat hampir jam 1000 mlm, baki RM 10 ringgit ada lagi, sewaktu kami singgah Bandar Temerluh untuk memulangkan periuk nasi & tarmus nasi yang koi pinjan dari adik ipar kami singgah untuk makan malam di gerai ikan patin yang terkenal di Temerluh, Pahang. sebab dia orang tak puas makan sewaktu makan hari bertolak hari itu.

Sampai - PULAPOL Kuala Lumpur
Kami masa hanya 30 minit saja untuk makan malam dan teruskan perjalanan dan sampai di PULAPOL, Kuala Lumpur tepat jam 0130 pg. Syukurr Alhamdulilah akhirnya sampai juga koi kat KL dengan disambut oleh suami dan anak lelaki koi....walaupun kulit koi hitam tapi masih lagi mereka mengenalinya. TAMAT.


Sunday, August 9, 2009

Latihan Kayak Di Tasik Shah Alam


kayuh jangan tak kayuh

angkat yg ringan je...... mcm pak pacak la pulok

Tarikh: 8, Ogos, 2009 @ 0800 pg Tempat: Latihan Kayak di Tasik Shah Alam

Hari ini koi dgn geng PLK-PDRM buat Latihan Berkayak di Tasik Shah Alam. Seawal jam 7.30 pagi semua orang berkumpul di Stor untuk loading peralatan berkayak untuk dibawa ke Tasik Shah Alam. Terkilan juga koi ada juga yang kencing sewaktu loading barang terutama kaum "ADAM" yang selama ini koi harap tenaganya. Sewaktu dalam perjalanan untuk ke tasik telah beberapa kali kayak terjatuh dari dalam lori ke jalan raya, Syukurrrr alhamdulilah, beberapa orang yang mengikuti rapat lori tersebut tak terhimpap dek kayak yang terjatuh tadi.

seperti biasa taklimat & senaman sebelum jalankan aktiviti
Sewaktu taklimat koi dapati beberapa orang telah di tegur olih En. Hisyam kerana merokok di tempat awam, syabas... kerana telah bersikap jujur menegur kami yang otai ni.

Setelah mendengar beberapa taklimat ringkas dari En. Hisyam kami semua warming up terlebih dahulu sebelum memulakan latihan dengan peralatan kayang yang masih panas dan dara. rasa sayang juga nak gunakan.. benda baru. sayang............ koi dan Ina mengambil keputusan menggunakan kayak yang lama bukan apa saja nak test muat tak dengan punggung kami yang comel ni. kami ingat berkayak macam dondang sayang rupanya kena "capsize" budy koi rasanya mcam dah kenyang minum air tasik. kah, kah, kah..... dahlah airnya warna hijau rasanya tak tahu nak hakap.....

berjaya........
Setelah selesai berkayak Koi, Ina, Yatie, Kamsiah, Liza tumpang mandi dalam tandas awam kat tasik tu, mandi dengan sabun tak ada serupa tak mandi je. Apa yang sedih tu lepas mandi koi tenguk diaorang ramai yang dah caau tinggal Atikah & Fauzi je, mana pergi diaorang yang lain!!? banyak barang yang belum loading dalam lori untuk dihantar ke stor semula. Terasa malu rasanya dengan adik-adik, nasib baik mereka sudi membantu kami loading barang. Untuk kamu semua koi ucapkan ribuan terima kasih jasamu tetap kak koi kenang sampai bila-bila. untuk rakan-rakan PLK-PDRM bila kah kalian akan berubah tinggalkan pangkatmu, gelaranmu sewaktu kamu memasuki gerbang UiTM. jadilah kalian semua termasuk koi seorang pelajar yang sebenarnya. Ammin....

Sunday, August 2, 2009

Latihan Water Confident

Tarikh: 1 Ogos,2009 @ 8.00 hrs Tempat: Pusat Renang UiTM Shah Alam.


Demi keselamatan, semua peserta mendenger dengar khusuk takut tengolam..

Hari ni koi menghadiri Latihan Water confident di Pusat Renang UiTM Shah Alam, nasib baik orang tak ramai mana taknya kami ramai yang tak tahu berenang. Pagi tu koi bersemangat betul nak berenang maklumlah baju renang baruu.... tapi bila sampai kat sana, macam tak tergamak la pulak nak pakai baju tu, heeee mcam seksi lah pulak. Ini tak bolih jadi takkan nak bagi free depa tenguk, terutama si mamak tu bukan bolih harap. untuk menjadikan keadaan tidak bertambah buruk koi & geng mengambil keputusan untuk cover dengan T'Shirt lain kat luar. ooooh. selamat kami.

Apa yang seronok tu mak nya?


Kami kalau bolih nak berenang tempat cetek tapi ada pulak bebudak kecil dah booking, hem melopeh...
nak tak nak kena lah berlatih di 20 meter dalam, raba-raba tak jejah kaki kat lantai kecut juga perut. Dulu kat kampung ada juga berenang tapi airnya dalam paras dada itik je.

Nasib baik juga koi pandai berenang sikit-sikit, tapi untuk lepas tengkok sendiri bolihlah itupun tak bolih lama. tengelam timbul, tengelam timbul, last-last tengelam. Kami juga rasa hairan kat mamat seorang tu mati-mati kami ingat dia pandai berenang, rupanya.......... kami ingat kalau kami lemas kat Pulau Kapas nanti bolih le mintak tolong dia rupa-rupanya dia yang akan minta tolong kami. Tak bolih harap...walauapapun kami semua rasa seronok dan teringat masa kecil-kecil dulu...